Khamis, 30 November 2017

Rezeki Hujan

Salam bertani.

Ikan ini mungkin terlepas daripada tasik semasa empangan dibuka. Berkeliaran di sungai untuk mencari makanan dan akhirnya menjadi mangsa yang tidak diundang.






Alhamdulillah, rezeki musim hujan.
Salam bertani.

Selasa, 28 November 2017

Bye Bye Putih

Salam bertani

Kesedihan berterusan. WP teruskan entri kesedihan ini supaya tidak berpanjangan. Selain si Kutip. WP juga terpaksa berpisah dengan si Putih pejantan sado dan maskulin yang sangat baik dan mudah dijaga. Sudah banyak lembu pejantan yang pernah WP pelihara namun si Putih adalah yang terbaik.

Si Putih adalah lembu pejantan baka Brahman yang telah menganugerahkan berpuluh anak lembu yang gemuk dan sihat kepada tuannya. Dalam usianya menghampiri sembilan tahun, WP terpaksa berpisah dengannya atas beberapa faktor.

 Selain faktor usia yang menyebabkan si Putih kurang produktif, si Putih terpaksa dilepaskan kerana anak-anak betinanya sudah meningkat dewasa dan bakal menjadi induk lembu ternakan WP. Si Putih tidak boleh menjadi pejantan kepada anak-anaknya (sumbang mahram) kerana akan menghasilkan baka yang kurang berkualiti dan kurang daya tahan rintangan terhadap  penyakit.




Selamat tinggal si Putih .
Maafkan perpisahan ini.
(Air mata berjujuran lagi)

Gambar-gambar kenang-kenangan si Putih semasa dalam tempuh penternakan.



07.11.2014 - Si Putih berumur 5 tahun.
Seekor pejantan yang besar dan tinggi.


08.10.2015 - Si Putih sedang berehat pada waktu pagi.


08.02.2016 - Masih cergas dan berotot


23.09.2016 - Walau pun besar dan tinggi si Putih mudah dijaga.

24.02.2017 - Si Putih agak susut kerana usianya.


27.10.2017 - Gambar terakhir sebelum si Putih terpaksa meninggalkan
4 induk ,7 ekor anak dan tuannya buat selama-lamanya.


Selamat tinggal si Putih.
Sedihnya perpisahan ini.

Terima kasih di atas segala bakti dan pengorbanan semasa kita bersama.
Semoga kita berjumpa lagi di Jannah nanti.

Salam bertani.

Bye Bye Kutip

Salam bertani.

Hari ini WP nak kongsikan cerita sedih kerana terpaksa berpisah dengan beberapa ekor lembu kesayangan. Walau pun WP biasa menjual dan menyembelih lembu peliharaan setiap tahun, tapi tak sama apabila berpisah dengan si Kutip.

Kutip adalah seekor ibu lembu yang sudah tua berumur hampir 15 tahun. Kerana faktor usianya itu, kini kutip sudah tidak produktif (tidah beranak) dan fizikalnya semakin susut. Malah tanduknya semakin panjang dan salah satunya hampir mencecah pipi.

Sepanjang hayatnya Kutip telah menganugerahkan tuannya sebanyak 10 ekor anak lembu yang gemuk dan sihat. Kebanyakan anak-anak kutip telah dijual atau dikorbankan dan kini ada 3 ekor lagi anak-anak kutip untuk meneruskan legasinya. Dua ekor betina yang akan dijadikan induk dan seekor anak jantan terakhir zuriat  Kutip.


Tak sanggup nak menatap gambar ni lama-lama.
Air mata jatuh berjujuran.
Selamat tinggal si Kutip.


Gambar-gambar di bawah hanya tinggal kenang-kenangan  semasa hayatnya.


06.10.2008 - Kutip bersama anak ke duanya. Jantan


05.10.2009 - Kutip bersama anak ke tiganya.

15.10.2010 - Kutip bersama anak ke empatnya.


07.11.2013 - Kutip bersama anak ke tujuhnya.


15.10.2014 - Kutip sedang bunting anak ke lapan.


04.11.2014 - Kutip bersama anak ke lapan.
si Siti.

14.11.2015 - Kutip bersama anak ke sembilan.


23.09.2016 - Kutip sedang bunting anak terakhirnya



24.02.2017 - Kutip berusia 14 tahun.
Badannya semakin susut dan tanduknya hampir mencucuk pipi.


13.11.2017 - Gambar terakhir si Kutip sebelum berpisah dengan tuannya buat selama-lamanya.
 Kutip semakin susut kerana usianya.


Selamat tinggal Kutip.
Terima kasih di atas segala bakti dan pengorbanan.
Semoga kita bertemu di Jannah nanti.
(Air mata terus bercucuran).

Salam bertani.

Pisang lemak Manis

Saalam bertani

WP ada menanam beberapa perdu pokok pisang lemak manis di kawasan sekeliling rumah. Pokok pisang lemak manis mudah ditanam dan cepat membiak, malangnya tak ramai orang menanam pisang lemak manis ini kerana hasilnya yang sedikit dan tidak ekonomik untuk dijadikan tanaman komersial.

Buah pisang lemak manis adalah buah pisang yang terkecil dalam kategori buah pisang. Kita boleh menghabiskan beberapa biji pisang lemak manis dalam sekali makan. Sesuai dengan namanya lemak manis, buah pisang ini adalah diantara buah pisang yang paling sedap rasanya kerana mempunyai tekstur yang halus, sangat manis, lemak dan beraroma.

Ramai orang yang keliru untuk membezakan di antara pisang lemak manis dan pisang 40 hari. Sebenarnya kedua-dua pisang ini adalah berbeza walaupun rupa buahnya seakan-akan sama. Perbezaannya yang nyata ialah buah pisang lemak manis berbentuk lebih bulat (berisi) manakala buah pisng 40 hari agak tirus. WP ada menyiarkan entri tentang pokok pisang 40 hari sebelum ini.

Buah pisang lemak manis sesuai dimakan sebagai pencuci mulut atau dimakan sebelum makan nasi.
Buah yang masak ranum boleh juga dibuat cekodok pisang atau lempeng pisang tetapi jarang-jarang dibuat pisang goreng. Jantung pisang lemak manis kurang sesuai dimakan kerana rasanya yang kelat.
Daunnya sesuai dijadikan pembungkus makanan  seperti nasi lemak, tempe , kuih muih atau untuk membakar ikan.


Setandan buah pisang lemak manis yang masak ranum.


Anak pokok pisang lemak manis


Cepat mengeluarkan sulur



Sudah mengeluarkan jantung


Setandan buah pisang lemak manis di sudut pagar rumah.


Buah pisng lemak manis ini sudah sesuai untuk dituai.


Seperdu pisang lemak manis di belakang reban ayam.
Sudah mengeluarkan jantung.


Buahnya hampir matang.
Sulurnya sudah membesar


Buah pisang lemak manis.
Pokok yang subur mengeluarkan tandan yang panjang.


Saiz pokok pisang lemak manis kecil  tetapi agak tinggi.
Di bawahnya ialah pokok keladi sarawak.


Induk pisang lemak manis yang sudah berbuah
 dan menghasilkan banyak sulur/anak pokok.


Buah pisang lemak manis yang baru dituai.
Hanya ada 3 sikat sahaja.


Buah pisang lemak manis yang sudah matang.
Boleh habis setandan sekali hadap sahaja.


Salam bertani.

Isnin, 27 November 2017

MB 24 : Koleksi Bekal 2

Salam bertani

Nak tunjuk koleksi bekal WP sepanjang minggu lepas.


Nasi putih, ayam kampung grill, sotong masak ungkep dan  sawi tumis air.



Nasi putih, telur itik masin, ikan bilis goreng,
Ikan kembung asam pedas + bendi dan udang ungkep.


Nasi putih, ikan kembung goreng, ayam kampung goreng
dan labu air masak lemak + tahu kering + soon.


Nasi putih, isi ikan mayung masak kicap,
peria katak tumis dan telur itik masin.


Salam bertani.

Jumaat, 24 November 2017

Rambutan Gading

Salam bertani.

Musim durian sudah hampir ke penghujung. Selepas ni beberapa jenis buah-buahan bermusim yang lain menunggu giliran. Salah satunya yang terdapat di kebun WP ialah rambutan gading. WP ada merakam perkembangan buah rambutan gading untuk entri kali ini.



Buah rambutan gading yang dituai pada pagi ini.


29.07.2017 - Pokok rambutan gading mula berbunga. 


16.08.2017


28.08.2017


18.09.2017


15.10.2017


01.11.2017


16.11.2017


24.11.2017 - Buah rambutan gading yang dituai


Setangkai buah rambutan gading.


Hasil tuaian pagi ini.
Hanya untuk santapan sekeluarga.

Salam bertani.