Ahad, 28 Julai 2024

Nangka Madu J33

 Salam bertani

Wak nak tunjuk sepokok nangka madu di dusun WP yang sedang berbuah lebat. Ada lebih kurang 15 biji buahnya. Walau pun wak tak sempat nak balut buah nangka tu, tetapi tetap elok sampailah wak tuai. Jom tenguk


Inilah pokok nangka madu j33 yang berbuah lebat. 
Masa ni buahnya masih muda dan tidak berbalut.


Kesemua buah nangka ini sudah boleh dituai.
Sebahagiannya sudah sudah matang di pokok dan telah dituai.


Tiga biji matang serentak.
Yang besar tu lebih 10 kg beratnya.


Tugas wak jadi tukang kupas nangka.


Dapat sebesen besar dari sebiji buah nangka.
Isi nangka madu sangat manis, kering dan tidak benyek.
Lagi sedap bila dah disimpan di dalam esbok.

Salam bertani

Sabtu, 20 Julai 2024

Inna haza larizquna ma lahu min nafad

 Salam bertani



Inilah ayat yang wak baca apabila mengutip setiap biji buah
durian yang gugur di dusun WP. 
Wak baca juga apabila mendongak ke atas melihat segala
jenis buah-buahan yang bergantungan di atas pokok.




Jumlah bacaan sepagian


Jumlah bacaan sepetangan.


ioi


mk


Kim hong


D2


Kampung
Alhamdulillah
Syukur di atas kurniaan rezeki  Allah yang tidak sehabis-habisnya

Salam bertani.

Rabu, 17 Julai 2024

Anak Menantu Buah

 Salam bertani

Hujung minggu lepas semua anak, menantu dan cucu wak balik ke kampung. Riuh rendahlah rumah wak mereka buat pesta buah terutama menantu-menantu wak penggemar buah-buahan tempatan. Puas makan, siap sibuk nak bawa balik bandar, nak bagi jiranlah, nak bawa officelah, nak bagi kawan baiklah. Wak layankan aje.


Rezeki mereka pulang ke kampung pada musim buah


Ni mereka tuai sendiri.
Pokoknya pun rendah-rendah aje.


Kegemaran anak nombor 2.
Dah tuaikan sebakul tak cukup, pergi dusun ambil lagi.


Budak sekolah pun jadi mangsa.


Nipun nak dibawa ke bandar.


Limau masam pun dia orang minat.
Biasanya bertabur kat tanah tiada orang kutip


Pisang nipah vietnam.
Boleh buat pisang goreng


Yang ni kalau wak tak kupas, takde yang peduli.
Bila siap kupas sekejap aje licin.


Buah nangkadak perlu diperam.
Bawa balik seorang satu.


Peliknya anak-anak dan cucu-cucu wak semuanya
 tak makan durian.
Nasib baiklah menantu-menantu hantu kendurian.
Dua bakul ni mereka boleh licinkan.


Salam bertani.

Ahad, 14 Julai 2024

Tuai Buah Mesta Pula

 Salam bertani

Ada beberapa pokok mesta yang sudah berbuah di dusun WP. Buah mesta matang awal hampir-hampir sama dengan musim durian.  Jom wak tunjuk (maaf cuma dapat tunjuk aje tetapi dak dapat pelawa).


Buah mesta adalah sejenis manggis juga.
Cuma bentuk buahnya lebih lojong.


Inilah pokok mesta yang buahnya wak tuai itu.
Kebanyakan buahnya tidak kelihatan kerana 
berada di dalam perdu pokok.


Pokok mesta sekecil ini pun sudah berbuah.
Pokok mesta ini sudah berumur lebih tiga tahun.
Pokok mesta klon sangat lambat tumbesar.




Buah mesta di pokok.


Buah mesta yang hampir matang.


Hasil tuaian.

Salam bertani

Khamis, 11 Julai 2024

Buah Pulasan Pun Dah Nak Masak

 Salam bertani

Jom nenguk buah pulasan kat dusun WP. Seminggu dua lagi masak ranumlah.










Salam bertani

Rabu, 10 Julai 2024

WW 564 : Ngeteh Petang Rabu

 Salam bertani


Kudapan kami berdua petang ini.
Nangkadak goreng dan teh.


Isi nangkadak sebelum digoreng.


Goreng sedikit aje.
Bakinya dimakan segar.


Buah nangkadak matang.
Salam bertani.

Ahad, 7 Julai 2024

Anak Sekolah Dah Merah

 Salam bertani

Buah rambutan anak sekolah di dusun WP dah mula merah.


Baru mula nak merah


Setangkai buah rambutan anak sekolah


Seminggu lagi merahlah.


Buah rambutan anak sekolah biasanya matang awal 
berbanding rambutan lain.

(Gambar-gambar di atas diambil pada minggu lepas)


Petang ni tuai sedikit buah rambutan anak sekolah
 untuk cemilan kami berdua.


Dah masak ranum.


Ini pokok rambutan jarum emas.
Buahnya akan matang lebih kurang sebulan lagi.

Salam bertani.