Salam bertani
Wak nak tunjuk sepohon cempedak di dusun WP yang telah tumbang beberapa hari lalu. Mungkin disebabkan cuaca asyik hujan sahaja menjadikan struktur tanah longgar apatah lagi pokok tersebut sedang sarat berbuah. Mujurlah ia sujud dengan bersopan sehinggakan tiada akarnya yang putus dan tiada buahnya yang berguguran. Jangkaan sebulan lagi buahnya akan matang. Wak rasa pokok ini tiada masalah untuk meneruskan kehidupannya. Jom nenguk
Pokok cempedak ini sujud menyembah bumi
beberapa hari yang lalu.
Mungkin ia tak larat menanggung beban.
Buahnya bergantungan hampir mencecah tanah.
Mujurlah tiada buahnya yang tanggal atau berguguran.
Jangkaan dapat dituai sebulan lagi.
Mudahlah nak tuai nanti tak payah panjat pokok.
Hayat pokok tegak berdiri semasa berputik.
Lebat betul buahnya.alhamdulillah rezeki
BalasPadamMasih ada rezeki tu wak....insyaallah...
BalasPadamwow panen raya Wak...mbul sih suka banget ama buah ini...
BalasPadamYa Allah lebatnya buahnya, walau dah tumbang harap akarnya masih utuh menyuburkan buahannya.. kalau masak senang petiknya yer Wak..
BalasPadamSekarang musim hujan angin, memang banyak kes pokok tumbang kan…
BalasPadamSeronok tengok buah banyak gitu.
Syukurlah pokok Wak tumbang tapi tak terjejas buahnya.
dia tumbang dgn sopan santun anak melayu wak😁
BalasPadamberat sgt tu anak-anaknya ramai bergantungan wak hehehe
BalasPadamLebat betul buahnya.......
BalasPadamseronok tengok buah banyak.......
Nanti bulan depan saya 'datang' kutip hasilnya.
BalasPadamMeriah betul buahnya. Dah nampak cempedak goreng kat situ. 😂
BalasPadamnak permudahkan wak mengutip hasilnya nanti...mcm pokok kuini mak saya jugak di kampung hari tu...tgu sampai buah nya masak,baru mak kerat2 batang nya...hihihi
BalasPadamLebat buah nya tu.
BalasPadamHarap pokok cempedak tu terus selamat.
Tak payah Wak petik buahnya nanti.
BalasPadamPohon cempedak ini tahu yg merawatnya selalu perhatian, lemah lembut, dan sayang dengan mereka semua. Jadi dia tak ingin menyusahkan Wak saat panen 😄. Itulah mungkin salah satu bentuk terimakasihnya yaa ❤️
BalasPadamMeriah buahnya Wak. Rezeki ni sebab pokok ni nak bagi Wak senang ambik hasilnya.
BalasPadamlebatnya buah. kat kg sama wak ada pokok cempedak sy tp baru belajar berbuah ada dlm. 2, 3 biji. sb angin agaknya. takda rezeki nk tgk terus membesar.
BalasPadamtumbang disaat mula belajarberbuah
Alhamdulillah. Masih sempurna pokok dan buahnya. Senang nak tuai bila tiba musim matanganya nanti.
BalasPadamRezeki wak buah-buahnya masih survived walaupun pokok dah menyembah bumi. 😊
BalasPadamMeriah laa buah² tu walaupun batang pokok dah sembah bumi ..
BalasPadamAllahuakbar....buahnya lebat sungguh. Pandai dia tumbang dengan lemah lembutnya
BalasPadamAgaknya lah tu berat sangat kan. Syukur tak ada yang rosak. Memang senanglah nak ambil nanti bila dah tumbang begitu.
BalasPadam