Ahad, 27 Jun 2021

Diari Cempedak PKP 3.0

 Salam bertani

Pokok-pokok cempedak di dusun WP sedang berbuah muda sekarang. Musim panen cempedak tahun ini agak lewat iaitu selepas berakhirnya musim durian, rambutan dan manggis. Walau pun putik cempedak agak lebat tetapi mungkin kurang menjadi kerana penjagaannya yang agak rumit.

 Untuk mendapatkan buah cempedak yang berkualiti, ianya perlu dibuat penjarangan dan perlu dibalut. Buah cempedak yang tidak dibalut biasanya akan busuk atau rosak akibat serangan perosak lalat buah. Nampaknya wak tak sempat untuk membalut dan membuat penjarangan buah cempedak tersebut kerana banyak tugas hakiki lain yang perlu dibuat.

Jom layan diari cempedak PKP 3.0




















Salam bertani

Khamis, 24 Jun 2021

Diari Manggis PKP 3.0

 Salam bertani

Selain pokok-pokok durian, pulasan dan rambutan, wak juga menanan pokok manggis di dusun WP. Pokok-pokok manggis  di dusun wak sudah berumur lebih 30 tahun tetapi masih tetap mengeluarkan hasil. Benih asalnya wak beli di Pusat Pertanian Ajil, Hulu Terengganu semasa wak bekerja di Terengganu dahulu. Sejak wak tidak lagi berniaga di pasar tani, hasil manggis jarang-jarang wak jual. Cuma tuai sikit-sikit untuk kegunaan sendiri sahaja.

Menuai buah manggis agak rumit sebab kena petik satu-satu. Buah matangnya tidak boleh jatuh ke tanah kerana isinya mudah rosak. Biasanya wak petik buah yang rendah-rendah sahaja.



Buah manggis PKP 3.0
Ada yang sudah mula matang dan hampir matang 


Gambar close-up sebiji buah manggis muda


Sepohon manggsi yang rimbun dan rendang di dusun WP


Sepohon lagi sedang lebat berbuah
Buah-buah manggis tidak kelihatan kerana terlindung daun



Tiga pohon manggsis
Sepohon manggis sekah dahannya kerana buah yang terlalu lebat


Gambar buah manggis muda dirakam daripada bawah kanopi pokok


Ada buah manggis yang sudah hampir matang
2 - 3 minggu lagi musimlah


Buah manggis matang yang tidak dituai akan gugur sendiri
Buah manggis matang amat digemari oleh monyet dan tupai


Isi buah manggis matang PKP 3.0
Putih. manis bersari.


Tuaian manggis matang pada musim yang lepas

Salam bertani.

Selasa, 22 Jun 2021

Diari Rambutan PKP 3.0

 Salam bertani

Ada beberapa batang pokok rambutan di dusun WP yang sedang sarat berbuah. Rambutan jarum emas paling lebat sekali. Ada juga rambutan anak sekolah, rambutan gading dan rambutan deli. Buah rambutan baru nak mula berisi dan ada juga yang sudah mula menguning. Sebulan lagi musimlah.


Rambutan anak sekolah paling awal matang
Buahnya sudah mula kemerahan


Sepohon rambutan jarum emas yang lebat berbuah


Buah-buahnya sehingga mencecah tanah


Buah rambutan semasa muda


Sudah mula menunduk ke bawah


Mula berisi dan menguning.
Beberapa minggu lagi merahlah


Setangkai buah rambutan muda yang mula berisi


Buah rambutan hampir menguning
Akan kemerahan beberapa minggu kemudian.


Salam bertani.






Ahad, 20 Jun 2021

Diari Durian PKP 3.0

Salam bertani

Alhamdulillah musim durian dah tiba. Buah durian di dusun WP juga sudah mula matang dan gugur. Kebanyakan pokok durian dewasa di dusun WP adalah baka kampung yang wak tanam kira-kira 40 tahun dahulu. Ada juga beberapa pokok durian klon seperti durian D2, durian IOI, durian kim hong dan durian tembaga. Pokok durian muda seperti durian musang king dan duri hitam ada yang sudah mula berbunga tetapi buahnya tidak menjadi.

Walau pun masa PKP, wak tiada masalah untuk memasarkan buah durian kerana tempahan yang tak putus-putus daripada kawan-kawan dan masyarakat sekeliling. 

Tuaian pada pagi tadi
Durian kampung dan durian klon
Buah durian banyak gugur pada waktu malam

Buah durian menunggu masa untuk gugur


Buah durian kampung


Luruhan sepokok


Buah durian yang gugur sebelum dikutip


Buah durian D2 ditebuk tupai


Kalau masuk perangkap memang takde ampunlah


Kutipan sepagi sebelum dibersihkan


Kutipan pada sebelah petang tadi


Ni isi durian klon tembaga


Ni isi durian kampung


COD kepada pelanggan
Bunga kantan merah tu FOC

Cerita pasal durian pun dia nak nyebuk
Gaya kurang sopan pulak tu.

Salam bertani.

Sabtu, 19 Jun 2021

Buah Abiu

 Ada sepohon abiu yang wak tanam di hadapan rumah sejak dua tahun yang lalu sudah dua kali berbuah. Buah kali ini hanya lekat 6 biji sahaja walau pun bunganya sangat lebat. Mungkin disebabkan faktor cuaca  yang tidak menentu semasa awal pembungaannya dulu. Buah-buah abiu tersebut sudah matang dan wak sudah pun menuainya 3 biji. Sekarang pokok abiu tersebut sedang berbunga lagi.


Wak tuai 3 biji buah abiu yang sudah matang


Inilah pokok abiu yang wak tanam di depan rumah
Kelihatan beberapa biji buah yang yang menguning


Buah abiu muda berwarna hijau


Apabila matang bertukar warna kuning terang


Saiznya sebesar genggaman orang dewasa


Buah abiu matang yang dibelah dua
Ada satu biji benih di dalamnya


Rasanya manis dan lembut seakan-akan jeli kelapa


Sedang berbunga lagi.
Harap2 kali ini lebat menjadi




Salam bertani