Ahad, 20 Jun 2021

Diari Durian PKP 3.0

Salam bertani

Alhamdulillah musim durian dah tiba. Buah durian di dusun WP juga sudah mula matang dan gugur. Kebanyakan pokok durian dewasa di dusun WP adalah baka kampung yang wak tanam kira-kira 40 tahun dahulu. Ada juga beberapa pokok durian klon seperti durian D2, durian IOI, durian kim hong dan durian tembaga. Pokok durian muda seperti durian musang king dan duri hitam ada yang sudah mula berbunga tetapi buahnya tidak menjadi.

Walau pun masa PKP, wak tiada masalah untuk memasarkan buah durian kerana tempahan yang tak putus-putus daripada kawan-kawan dan masyarakat sekeliling. 

Tuaian pada pagi tadi
Durian kampung dan durian klon
Buah durian banyak gugur pada waktu malam

Buah durian menunggu masa untuk gugur


Buah durian kampung


Luruhan sepokok


Buah durian yang gugur sebelum dikutip


Buah durian D2 ditebuk tupai


Kalau masuk perangkap memang takde ampunlah


Kutipan sepagi sebelum dibersihkan


Kutipan pada sebelah petang tadi


Ni isi durian klon tembaga


Ni isi durian kampung


COD kepada pelanggan
Bunga kantan merah tu FOC

Cerita pasal durian pun dia nak nyebuk
Gaya kurang sopan pulak tu.

Salam bertani.

24 ulasan:

  1. Seronok bila ada pokok sendiri dan Belum sempat tuk membeli

    BalasPadam
  2. Wak..allahu..teringinnya..nk mkn duyannn

    BalasPadam
  3. seronoknya ada dusun macam ni.boleh tahu dusun WP dekat mana?mana tahu boleh terjah kalau dah boleh rentas daerah & negeri.hi2

    BalasPadam
  4. Best tengok durian berbuah elok je kat pokok.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah rezeki boleh cod kat kak 100 rm..kak kat serendah xjauh nanti kak emel alamat ya

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah.. Rezeki. Seronok kalau ada kebun durian sendiri..

    BalasPadam
  7. Bestnya durian fresh gitu wak...kat sini dana belum jumpa lagi kalau ada pun harga nya mahal sangat sekilo nak beli sebiji 2 pun rasa serba salah

    BalasPadam
  8. masya Allah...nak beli jugak wak! mai la ke Pulai! pleaseee pleaseeeee...haha!

    BalasPadam
  9. alhamdulillah, rezeki org bertani dan berniaga memang lain macam kan WP..Syukur! baru-baru ni encik suami ada order online dan mintak delivery durian IOI, sayangnya peniaga tak jujur..dihantarnya durian yang dah masam dan berair..sedih jugak..bukan rezeki kami..lepas ni memangs erik nak order camtu, pilih sendiri baru puas hati..

    BalasPadam
  10. rezeki berbuah lebat pokok pokok durian wak ye...
    rindu betul zaman2 nak kutip buah durian gugur waktu malam...

    BalasPadam
  11. Cantik-cantik duriannya. Kawan saya sakit athma darik kecik. Ayah dia gorengkan hati tupai. Katanya selepas itu sakitnya pun hilang.Wallahua'lam,

    BalasPadam
  12. Wah,excited nya dapat tengok pic durian yang berguguran dibawah pokok.

    Sedih pula muka tupai tu..sepandai-pandai tupai melompat...akhirnya ...

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah rezeki wakkk. Segar segar isinyaaaa. Wak tolong picitkan perut si bulu bulu tu hahaha gerammm betull dengan kucing tu

    BalasPadam
  14. Alhamdulillah rezeki wakmusim pkp ni. Wak jual kat mana. Lokasi jualan kat mana. Kalau dekat boleh terjah

    BalasPadam
  15. Banyak jenis durian wak tanam. Hasilnya pun bagus. Rezeki boleh rasa macam macam jenis durian fresh from kebun. Boleh buat tambah pendapatan juga hasil berbudi pada tanah. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  16. Ya allah...terliur nyer..kalau boleh merentas negeri lama dah pi kebun wak and beli kat wak je...mahal pun takpe...

    BalasPadam
  17. Jelesnya sana dh musim durian.. sini durian mahal je ada.. yg musang king, ioi.. yg local belom lg muncul

    BalasPadam