Pagi ini wak dan pn is3 tengah dalam mood kesedihan kerana cucu bongsu kesayangan si Oyen telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Oyen ditemui tidak bernyawa pada pukul 10 pagi waktu kami ingin membawanya ke vet untuk rawatan susulan.
Kisahnya bermula kira-kira tiga hari yang lepas apabila Oyen didapati tidak mahu makan dan tidak mahu keluar bilik. Kami membawanya ke vet tetapi doktor kata Oyen tidak demam dan memberikan suntikan dan tiga jenis pil untuk dimakan, Timbangan Oyen menunjukkan 9 kg, doktor kata beratnya budak ni.
Pagi ini selepas memberikan Oyen ubat dan suapkan makanan, Oyen masuk dalam bilik sementara menunggu pukul 10 untuk dibawa ke vet. Rupanya Allah lebih menyayangi si Oyen dan hanya memberikan kami pinjaman tak sampai setahun pun.
Selamat berehat Oyen. Damai dan tenanglah Oyen di sana.
Oyen ditemui kaku di tempat pembaringannya.
Si Bubu menemaninya di saat-saat akhir pemergiannya.
Bulan januari depan genaplah setahun kami menjaganya.
Tapi Oyen lebih dahulu pergi meninggalkan kami.
Sedihnya menatap wajah Oyen buat kali terakhir.
Tidurlah Oyen dengan tenang selamanya.
Jasad Oyen sebelum dikebumikan.
Berpisahlah kita Oyen buat selama-lamanya.
Memori bersama Oyen hampir setahun tetap kekal abadi.
Gambar ceria Oyen yang terakhir beberapa hari
sebelum pemergiannya.
Salam bertani.