Salam bertani
Salam bertani
Salam bertani
Musim buah durian dan manggis sudah berakhir di dusun WP. Semingguan ni wak sibuk meluruhkan buah cempedak kerana sudah ada yang matang di pokok. Buah cempedak perlu dipanen sebelum matang untuk mengelakkan rosak semasa jatuh. Ia perlu diperam beberapa hari sehingga matang/masak. Isi cempedak boleh dimakan begitu sahaja atau digoreng. Jom layan
Salam bertani
Salam bertani
Salam bertani
Ada sepohon durian pusaka di belakang rumah wak yang wak panggil durian cili api. Ia adalah pokok durian kampung yang ditanam oleh arwah ayah wak kira-kira 50 tahun yang lalu. Pada musim durian baru-baru ini, pokok durian ini menghasilkan buah yang lebat. Saiz buahnya agak kecil itulah sebabnya wak panggil durian cili api. Jom layan gambar
Salam bertani
Ada beberapa pokok cempedak durian yang wak tanam di dusun WP sudah mula berbuah. Walau pun buah cempedak durian ini tidak dibungkus tetapi tiada yang rosak atau busuk diserang lalat buah. Alhamdulillah wak dah dapat menuai beberapa biji buah cempedak durian yang mula matang di pokok.
Salam bertani
Sepohon durian IOI di dusun WP mula berbunga pada musim buah kali ini. Usia penanamannya menjangkau 6 tahun. Alhamdulillah, wak dapat merasa buah sulung daripada pokok durian ini.
Salam bertani
Salam bertani
Pagi ini selepas selesai solat sunat aidiladha, Kobit telah selamat menjadi haiwan korban bagi keluarga WP. Terima kasih Kobit di atas kebersamaan kita selama 2 tahun 3 bulan tanpa banyak karenah dan masalah. Semuanya sudah menjadi lipatan sejarah dan semoga kita bertemu lagi di syurga nanti. Aamiin
Salam bertani
Pagi jumaat lepas seekor induk lembu wak yang namanya si Mon melahirkan seekor anak jantan. Kiranya ini adalah anak Mon yang ke-dua selepas melahirkan anak pertamanya pada tahun lepas.
Salam bertani