Ahad, 31 Julai 2022

Selasa, 26 Julai 2022

Panen Cempedak

 Salam bertani

Musim buah durian dan manggis sudah berakhir di dusun WP. Semingguan ni wak sibuk meluruhkan buah cempedak kerana sudah ada yang matang di pokok. Buah cempedak perlu dipanen sebelum matang untuk mengelakkan rosak semasa jatuh. Ia perlu diperam beberapa hari sehingga matang/masak. Isi cempedak boleh dimakan begitu sahaja atau digoreng. Jom layan


Isi cempedak oren


Buah cempedak di pokok


Buah cempedak oren


Buah cempedak sudah boleh dituai apabila
tangkainya bertukar warna kuning


Buah cempedak merah


Selepas dituai
Perlu dijemur setengah jam untuk menghilangkan getahnya


Dalam masa 1 - 3 hari buah cempedak akan masak


Sudah masak/matang
Berbau wangi dan lembut apabila dipicit


Tempahan pelanggan


Ada yang sampai 6 kg sebiji


Isi cempedak yang paling sedap
Cempedak merah

Salam bertani.


Isnin, 25 Julai 2022

Ahad, 17 Julai 2022

MB 194 : Ikan Kitang Bakar

 Salam bertani


Dapat sebesen ikan kitang pada hari ini


Yang besar ni hampir sekilo beratnya


Menu tengah hari ini

Salam bertani

Sabtu, 16 Julai 2022

Durian Cili Api

 Salam bertani

Ada sepohon durian pusaka di belakang rumah wak yang wak panggil durian cili api. Ia adalah pokok durian kampung yang ditanam oleh arwah ayah wak kira-kira 50 tahun yang lalu. Pada musim durian baru-baru ini, pokok durian ini menghasilkan buah yang lebat. Saiz buahnya agak kecil itulah sebabnya wak panggil durian cili api. Jom layan gambar


Jatuhan sepagian buah durian cili api
Buahnya bersaiz kecil, 3 hingga 4 biji sekilogram


Hanya sebesar tapak tangan wak sahaja


Perbandingan saiz buah durian cili api dengan
sebiji buah durian tembaga


Walau pun kecil tetapi isinya penuh, kuning dan uump.
Kecil-kecil cili api.


Salam bertani


Rabu, 13 Julai 2022

Cempedak Durian

 Salam bertani

Ada beberapa pokok cempedak durian yang wak tanam di dusun WP sudah mula berbuah. Walau pun buah cempedak durian ini tidak dibungkus tetapi tiada yang rosak atau busuk diserang lalat buah. Alhamdulillah wak dah dapat menuai beberapa biji buah cempedak durian yang mula matang di pokok.


Pokok cempedak durian ini baru pertama kali berbuah.
Pokoknya masih kecil dan buahnya boleh dicapai tangan.


Buah cempedak durian


Mempunyai bentuk dan duri yang hampir menyerupai
buah durian sebab itu dipanggil buah cempedak durian


Sepohon yang lain juga baru pertama kali berbuah


Buah cempedak durian yang matang di pohon.
Baunya harum semerbak serata dusun.


Tuaian 2 biji buah cempedak durian yang sudah matang.
Anggaran sekilogram lebih sebiji.


Isi buah cempedak durian.
Isinya padat, tebal dan bersaiz besar


Gorengan cempedak durian tanpa biji 
untuk minum petang ini.
Sebahagian lagi makan fresh.

Salam bertani.


Selasa, 12 Julai 2022

Buah Sulung Durian IOI

 Salam bertani

Sepohon durian IOI di dusun WP mula berbunga pada musim buah kali ini. Usia penanamannya menjangkau 6 tahun. Alhamdulillah, wak dapat merasa buah sulung daripada pokok durian ini.



Daging buah durian IOI sulung


Walaupun berbunga sulung, bunganya agak lebat juga


Cuma tiga biji menjadi buah matang.
Yang lainnya gugur kerana musim hujan panas


Buah sulung yang matang dah gugur


Hampir 2 setengah kilo beratnya


Tidak mengecewakan


2 biji lagi  gugur kemudian.

Salam bertani


Ahad, 10 Julai 2022

Pengorbanan COVID 20

 Salam bertani

Pagi ini selepas selesai solat sunat aidiladha, Kobit telah selamat menjadi haiwan korban bagi keluarga WP. Terima kasih Kobit di atas kebersamaan kita selama 2 tahun  3 bulan tanpa banyak karenah dan masalah. Semuanya sudah menjadi lipatan sejarah dan semoga kita bertemu lagi di syurga nanti. Aamiin


Kobit sebelum dikorbankan


Kobit berumur 2 tahun


Kobit berumur 1 setengah tahun 


Kobit berumur setahun


Kobit berumur 8 bulan pada 25.11. 2020


Kobit bersama dengan Nana (Corona) pada 27.07.2020
Umur kobit 4 bulan dan Nana 2 bulan


Kobit bersama ibunya Kechik sejurus selepas dilahirkan
pada 25.03.2020


Salam aidiladha 1443H
Sakam bertani





Khamis, 7 Julai 2022

Rezeki Zulhijjah

 Salam bertani

Pagi jumaat lepas  seekor induk lembu wak yang namanya si Mon melahirkan seekor anak jantan. Kiranya ini adalah anak Mon yang ke-dua selepas melahirkan anak pertamanya pada tahun lepas.


si Mon melahirkan anak ke-dua pada hari jumaat lepas
01 zulhijjah bersamaan 01 julai


Ada tompok putih di atas kepalanya


Wak dah pasangkan rantai leher pada hari ke-dua


Mula-mula nak namakan Zul tapi tak jadi
Wak namakan Jumaat sempena hari lahirnya
Sama macam nama ibunya si Mon sempena lahir hari isnin


Anak sulung Mon, si Jana tu dah anak dara sunti
Umurnya dah hampir setahun.

Salam bertani

Rabu, 6 Julai 2022