Selasa, 26 Julai 2022

Panen Cempedak

 Salam bertani

Musim buah durian dan manggis sudah berakhir di dusun WP. Semingguan ni wak sibuk meluruhkan buah cempedak kerana sudah ada yang matang di pokok. Buah cempedak perlu dipanen sebelum matang untuk mengelakkan rosak semasa jatuh. Ia perlu diperam beberapa hari sehingga matang/masak. Isi cempedak boleh dimakan begitu sahaja atau digoreng. Jom layan


Isi cempedak oren


Buah cempedak di pokok


Buah cempedak oren


Buah cempedak sudah boleh dituai apabila
tangkainya bertukar warna kuning


Buah cempedak merah


Selepas dituai
Perlu dijemur setengah jam untuk menghilangkan getahnya


Dalam masa 1 - 3 hari buah cempedak akan masak


Sudah masak/matang
Berbau wangi dan lembut apabila dipicit


Tempahan pelanggan


Ada yang sampai 6 kg sebiji


Isi cempedak yang paling sedap
Cempedak merah

Salam bertani.


30 ulasan:

  1. Oh kena peram dahulu cempedak. Rasa macam tunggu masak baru ambil.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nak dapat masak serentak, kena petik dan peramlah

      Padam
  2. aduh sedapnya nengok cempedak ni, dekat kl dan selangor area rumah dana pun dah banyak orang jual cempedak wak tapi masih mahal lagi harganya. Sekilo masih lagi rm8 atau 12 kadang ada yang sampai rm15 kalau yang jenis kawin tu. Nampak elok semua tuaian cempedak wak

    BalasPadam
  3. Aroma cempedak sampai ke LD Wak. Sihat-sihat montel cempedak dari dusun Wak.

    BalasPadam
  4. ilmu baru untuk saya Wak. Saya ingat kena tunggu masak dan jatuh baru boleh. rupanya kena panen kan ya..

    BalasPadam
  5. Ingatkan panen tu sejenis mknn yg diperbuat dpd cempedak... hihihihi... ampun wak.. xtau.. rupanya peram ek

    BalasPadam
  6. dappnya...goreng, makan plak panas2..yum yum

    BalasPadam
  7. Oh, baru tahu panjang jugak prosesnya. Sy belum goreng cempedak lagi, tapi dah dua kali beli yg siap goreng. Tak puas macam goreng sendiri, hihi.

    BalasPadam
  8. waduh wak cantik buah cempedaknya. Alhamdulillah seronok tenguk buah cempedak banyak hasilnya.

    BalasPadam
  9. wow banyak hasil tuaiannya tu kak suka mkn cempedak masak segar..buat serawa sedap juga kan

    BalasPadam
  10. uncle suka buah cempedak di luar pagar....

    BalasPadam
  11. Aduhai macam terbau cempedak tu sampai sini.Kalau untuk di goreng saya suka cempedak yang baru mula masak dan isinya tidak terlalu lembut..Kalau dapat cempedak durian bestnya...

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah meriah hasilnya.
    Sedapnya cempedak goreng ๐Ÿ˜‹

    BalasPadam
  13. Sallam WP, Alhamdulillah, waww cantiknya isi cempedak WP, penuh, kalau dekat saya datang dah nak beli

    BalasPadam
  14. Ya allah...ya ampunnnn.....x leh la tengok...kang semput...hahahaha...

    BalasPadam
  15. Menggoda betul warna dan baunya.. Sampai ke sini ๐Ÿ˜‚๐ŸŒธ

    BalasPadam
  16. wah banyak juga iya panen cempedaknya, saya suka cempedak, apalagi di jadikan makanan gorengan

    BalasPadam
  17. Banyaknya cempedak bestnya semua nampak helok.
    Cempedak goreng kegemaran Mrs.A

    BalasPadam
  18. Beberapa hari lps sy ambil cempedak di sek. Skrg tgh peram.

    BalasPadam
  19. uenakke buah cempedak dodolan iso dadi wong sugeh ;p

    BalasPadam
  20. Bibitnya jual idak ya kak, saya mau pesan jika ada yang manis..

    BalasPadam
  21. Sedapnya Wak.. kalau dekat dengan Wak, Saya dah minta beli dengan Wak.. sini jual rm8 sekilo Wak..

    BalasPadam
  22. Banyak hasil buah cempedak kebun wak. Elok elok isinya rapat-rapat. Banyak pulak tu. Berat boleh tahan. Berbaloi ni kalau beli dengan wak. Haritu saya beli cempedak madu 2 biji dah RM56 macam tu. Nasib baik Isi banyak dan besar besar.

    BalasPadam
  23. Sedapnya.. Kalau Sha suka makan mentah macam nie dari digoreng.. Lebih nikmat.. hehehe

    BalasPadam