Sabtu, 16 Julai 2022

Durian Cili Api

 Salam bertani

Ada sepohon durian pusaka di belakang rumah wak yang wak panggil durian cili api. Ia adalah pokok durian kampung yang ditanam oleh arwah ayah wak kira-kira 50 tahun yang lalu. Pada musim durian baru-baru ini, pokok durian ini menghasilkan buah yang lebat. Saiz buahnya agak kecil itulah sebabnya wak panggil durian cili api. Jom layan gambar


Jatuhan sepagian buah durian cili api
Buahnya bersaiz kecil, 3 hingga 4 biji sekilogram


Hanya sebesar tapak tangan wak sahaja


Perbandingan saiz buah durian cili api dengan
sebiji buah durian tembaga


Walau pun kecil tetapi isinya penuh, kuning dan uump.
Kecil-kecil cili api.


Salam bertani


23 ulasan:

  1. uenekke duren cilik cilik cili api kuii ;p

    BalasPadam
  2. saiz comel macam tu kena makan banyak biji baru puas hati. hihi

    BalasPadam
  3. Ini kalau beli puas hati ni...sekilo dapat 3,4 biji🤭

    BalasPadam
  4. Senang hendak kopek. Comel pula.

    BalasPadam
  5. baru tadi beli anak pokok tupai king di pasar lambak pekan nanas

    BalasPadam
  6. Ooooo..ini durian cili api namanya..haha..terbaiklah Wak...Ingatkan kelainan apa tadi...

    BalasPadam
  7. Puas hati dapat durian cili api, walaupun kecil penuh berisi.

    BalasPadam
  8. bestnya dah musim durian. berbaloi makan durian cili api tu, padat isinya

    BalasPadam
  9. Terliur plak SA tengok durian tu ha....comel...

    BalasPadam
  10. wow..comeinya & isi nya pun nampak wow sgt!!!

    BalasPadam
  11. jangan pandang enteng pd yg kecil

    BalasPadam
  12. Aduii Wak sedapnyaa.. ni kalau beri sebakul pun saya boleh makan habis hahahaha

    BalasPadam
  13. Mantap duriannya, Wak. Aku pengen. Ha ha .....

    BalasPadam
  14. Kecik molek duriannya .tapi tengok isi padat tu

    BalasPadam
  15. Baru tahu ada durian kecil macam ni dan namanya durian cili api. Biasanya durian kecik² ni sedap.

    BalasPadam