Salam bertani
Ada beberapa pokok cempedak durian yang wak tanam di dusun WP sudah mula berbuah. Walau pun buah cempedak durian ini tidak dibungkus tetapi tiada yang rosak atau busuk diserang lalat buah. Alhamdulillah wak dah dapat menuai beberapa biji buah cempedak durian yang mula matang di pokok.
Pokok cempedak durian ini baru pertama kali berbuah.
Pokoknya masih kecil dan buahnya boleh dicapai tangan.
Buah cempedak durian
Mempunyai bentuk dan duri yang hampir menyerupai
buah durian sebab itu dipanggil buah cempedak durian
Sepohon yang lain juga baru pertama kali berbuah
Buah cempedak durian yang matang di pohon.
Baunya harum semerbak serata dusun.
Tuaian 2 biji buah cempedak durian yang sudah matang.
Anggaran sekilogram lebih sebiji.
Isi buah cempedak durian.
Isinya padat, tebal dan bersaiz besar
Gorengan cempedak durian tanpa biji
untuk minum petang ini.
Sebahagian lagi makan fresh.
Salam bertani.
Aduhh..sedap betul cempedak goreng.
BalasPadamWak, mehlah jual, sy pergi ambil kat sana.
BalasPadamkalau beli cempedak durian ni dana suka keluarkan bijinya dan potong kecil isi cempedak baru goreng, kalau goreng seulas-seulas besar sangat wak
BalasPadamSedappnya
BalasPadambau harumm cempedak tu buat tak tahan he hee
oh ada ye cempedak durian. yang saya jumpa anak pokok cempedak madu. Saya cari anak cempedak nangka tak jumpa lagi benih pokoknya. wak meh le jual kat KL ni. nak le rasa hadil kebun wak ni. geram je tenguk buah dia melayut2
BalasPadamwow besar isinya xperlu dibungkus tapi tiada serangan ulat buah terbaik tu mudah penjagaannya
BalasPadambaru je mkn cucuq cempedak minggu lepas mak bagi cempedak, sedap buat minum ptg, nak beli pun mahal betul..
BalasPadamwaduuh kangji, ueanekke paling apik mangan cempedak goreng yen ono rondo ibu tunggal neng jejere sampeyan ;p
BalasPadamSaya suka cempedak durian ni...Saya berpeluang beli 2x tahun lepas...Memang isi penuh walau saiz kecik
BalasPadamGoreng seround!
BalasPadamSedapnya. Aromanya tu.. fuh.
BalasPadamAlhamdulillah..rezeki. Berhasil tanaman wak. Tak berbalut pun tak diserang musuh. Tanpa biji tu sedap makan. Lagi lagi bila digoreng. Sedapnya!
BalasPadamAlhamdulillah..rezeki. Berhasil tanaman wak. Tak berbalut pun tak diserang musuh. Tanpa biji tu sedap makan. Lagi lagi bila digoreng. Sedapnya!
BalasPadamnampak sedap sungguh tu..tebau pulak
BalasPadamsedap tul nampaknya...tambah2 ada teh o secawan!
BalasPadamSedapnya cempedak goreng isi tebal. Biji cempedak pun saya suka..
BalasPadambesarnya isi cempedak
BalasPadamPernah makan durian cempedak, beli di Ayer Hitam.
BalasPadamCempedak goreng sedappp! Ya Allah, lapar pulak rasa! Teringin cari cempedak lah gini..heheh
BalasPadamNasib la SA ni x makan cempedak...tapi tengok kejadiannya yang cantik tu..isinya gebu...huiiii.....terliur
BalasPadamuihhh feveret saya wak ^_^
BalasPadamBuahnya lbih padat ye wak..
BalasPadamsedapnyeee.. fresh terus dari pokok
BalasPadamBos macam maan nak elakkan buah cempadak gugur(putik)
BalasPadamTaburkan baja yang tinggi kandungan calsium dan boron untuk menguatkan tangkai buah. Tabur sebelum pokok berputik dan selepas berputik.
PadamContohnya baja yaramila nitrabor