Sabtu, 28 Januari 2023

Dapat Majikan Baharu

 Salam bertani

Tak tahulah sama ada kucing sesat atau orang buang, hampir seminggu dia menumpang di reban ayam wak. Curi-curi makan dedak ayam. Mula-mulanya liar tetapi akhirnya wak dapat pegang. Jadilah ia majikan yang ke-12 kat rumah wak.


Nampak kurus


Menumpang di rumah didik anak ayam


Badan panjang
Ekor pun panjang dan kembang


Wak dan pn is3 sepakat "kita belalah"
Budak jantan ni kami namakan Oyen
Dah seminggu jadi majikan, nampak berisi sikit.

Salam bertani.

Ahad, 22 Januari 2023

Petanda Bermulanya Musim Bunga

 Salam bertani


Pokok bacang adalah pokok buah-buahan bermusim yang paling awal berbunga. Selepas ini diikuti pula oleh pokok kuini, pulasan dan durian. Fasa kedua diikuti oleh pokok manggis, rambutan, cempedak, duku dan dokong.  Akhir sekali pokok rambai.

Salam bertani.

Rabu, 4 Januari 2023

WW 526 : Tolong Lipat Pakaian

 Salam bertani

Untungnya pn is3 wak, kalau lipat pakaian ramai yang bantu. Jom tenguk




Salam bertani

Ahad, 1 Januari 2023

Selamat Tahun Baharu 2023

 Salam bertani

Selamat tahun baharu 2023 daripada wak dan kehidupan di sekeliling wak. Semoga tahun  ini sinarnya lebih cerah buat kita semua. Usaha selagi terdaya.


Cucu lanang wak mewakili lima orang cucu setakat ini


Rumahku syurgaku tenang dan damai jauh di pedalaman


Apis dan Nona mewakili 21 ekor cucu tepi sungai


Siti Nur Elsa Sara Aisyah mewakili 11 majikan kat rumah
She is KKU (kucing kurang upaya)


Jiwa berternak sejak kecil tak dapat dipisahkan


Hobi baru layan juga


Ternak suka-suka buat meriah belakang rumah


Pendapatan mingguan buat tabung surau


Hasil setahun sekali


Pendapatan bulanan buat beli beras dan bayar bil


Cari lauk tak payah beli


Sungai dan padang ragut jadi sahabat setia sejak wak kecil


Motor yamaha lagenda yang banyak berjasa


Jiwa jadi tenang membelainya


Mewakili semua tanaman yang wak usahakan.


Salam bertani