Sabtu, 27 Februari 2021

Otto Dah Masuk Jawi

 Salam bertani

Budak Otto dah nak jadi orang bujang. Sudah mula belajar kencing merata-rata untuk menanda kawasan. Jadi wak terpaksalah hantar Otto ke vet untuk disunatkan.



Wajah kitten si Otto


Otto menunggu giliran di klinik haiwan untuk disunatkan


Selesai pembedahan
Baru sedar daripada pengsan


Otto dalam pantang di rumah selama 3 hari
Ahli keluarga bertanyakan khabar


Otto dah sihat dan selamat masuk jawi.


Sambung rutin harian bergomol dengan
abang pendatangnya si Kent.
Kent dah lebih awal masuk jawi.

Salam bertani.

Jumaat, 26 Februari 2021

Pokok Kuini Pun Berbunga

 Salam bertani

Selain pokok-pokok durian, pulasan dan bacang, pokok kuini juga merupakan pokok buah-buahan bermusim yang awal berbunga. Ada beberapa pokok kuini dewasa di dusun yang mula mengeluarkan bunga berikutan musim panas sekarang. Pokok kuini setahun jagung di hadapan rumah juga sudah berbunga. Harap-harap musim buah kuini pada tahun ini akan menjadi.


Pokok kuini mula mengeluarkan bunga 
berikutan musim panas sekarang.


Akan menghasilkan buah yang boleh dituai
selepas raya nanti.


Ini adalah pokok kuini kampung yang ditanam
menggunakan biji benih,
Sudah berumur lebih daripada 30 tahun.
Mula berbuah setelah  berumur 15 tahun
selepas ditanam.


Ini adalah pokok kuini klon yang ditanam melalui
cantuman baji.
Baru berumur 3 tahun sudah 3 kali berbunga.
Wak tanam di tepi jalan di hadapan rumah.


Bunga kuini klon lebih besar dan lebat.


Hasil panenan buah kuini kampung
pada  musim yang lepas.

Salam bertani.

Selasa, 23 Februari 2021

Bunga Fern Hiasan

 Salam bertani

Wak nak tunjuk bunga fern hiasan dalam pasu yang menghiasi kawasan tepi rumah. Pokok fern hiasan ini sesuai ditanam di tempat teduh dan boleh juga dijadikan tanaman indoor. Pokok fern hiasan ini tidak berbunga dan boleh dibiakkan melalui pembahagian rumpun.



Salam bertani.

Sabtu, 20 Februari 2021

JDT 08

 Salam bertani


Petang tadi tuai setandan buah pisang kapok
Beberapa biji dah masak kat pokok.
Pisang ni sesuai digoreng atau buat kerepek


Pokok bacang ni tengah gila berbunga
sampai tak nampak daun.


Pokok janggut tuk adam


Si Otto tunggu nak minum air kelapa muda agaknya


Lepas kenyang makan, tidurlah


Belimbing buluh di belakang rumah sedang gila berbuah


Bunga bauhinia (bunga merak) di luar pagar.
Bagus tanam pokok bunga ni,
 bunganya tahan lebih 3 bulan.


Jambu bertih merah takde biji


Semai biji labu di perunan, merecup tumbuh


Cemilan petang, keladi mawar goreng tepung.


Pisang 40 hari untuk dibagi-bagi


Buah durian belanda.
Simpan dalam esbok, makan sejuk2

Saalam bertani.


Khamis, 18 Februari 2021

Bunga Pulasan

 Salam bertani

Sebahagian daripada pokok buah-buahan bermusim telah berbunga berikutan musim panas dan tiada hujan sekarang. Antara pokok buahan bermusim yang paling awal berbunga ialah pulasan, kuini, bacang dan durian. Pokok-pokok pulasan dewasa di dusun WP sudah mula mengeluarkan bunga selepas diberikan baja bunga kira-kira sebulan yang lepas.


Bunga pokok pulasan

Gambar-gambar di bawah menunjukkan pokok-pokok pulasan yang sedang lebat berbunga.






Setangkai buah pulasan matang
(Musim yang lepas)

Salam bertani

Isnin, 15 Februari 2021

MB 156 : Cucu Atuk WFH

 Salam bertani


Dah tiga hari bercuti, hari ini cucu Melaka wak yang setahun jagung tu WFH. Entah kerja apa-apantah.





Petangnya buat projek tanaman cili fertigasi pulak.
Semoga dipermudahkan dan dilumayankan rezekinya.

Salam bertani.

Ahad, 14 Februari 2021

Memangkas Pokok Kantan

 Salam bertani


Semalam petang wak turun ke kebun untuk menyiram tanaman dan seterusnya memangkas perdu pokok kantan. Batang pokok kantan yang sudah tua dan kering perlu dipotong supaya nampak kemas dan memudahkan untuk mengutip hasil. Wak memotong batang pokok kantan tua menggunakan kacip pemangkas. Sebahagian daripada tanaman kantan wak sudah mengeluarkan hasil dan sebahagiannya belum lagi. Jom layaan














Salam bertani.

Jumaat, 12 Februari 2021

Ulat Kupu-kupu Gajah

 Salam bertani.

Wak jumpa seekor ulat kupu-kupu gajah sedang berumah di pokok kantan di kebun wak. Dah habis daun dua batang pokok kantan dibahamnya. Tapi wak tak nak bunuh ulat ni. Wak nak biarkan dia jadi kepompong dan kupu-kupu gajah sekiranya tidak dimakan oleh haiwan lain. Ulat ni kuat makan. Dalam sehari boleh habis empat helai daun pokok kantan dimakannya.


Seekor ulat kupu-kupu gajah yang cantik.
Gambar hari ini.


Sehari semalam boleh habiskan 4 helai daun kantan


Kesan daun kantan yang dimakannya


Najis ulat kupu-kupu gajah.
Jadi baja organik kepada pokok kantan tersebut.


Gambar beberapa hari yang lepas.


Saiznya dah sebesar ibu jari orang dewasa.
Wak nak tunggu sampai dia jadi kupu-kupu gajah.

Salam bertani.