Salam bertani.
Air parit di dusun wak semakin berkurangan kerana sudah beberapa minggu tidak hujan. Selepas musim tengkujuh pada akhir bulan disember tahun lepas, cuaca panas dan berangin mengambil gilirannya. Wak melaksanakan satu projek empangan untuk menyimpan air memandangkan bulan februari ini biasanya kemarau akan berlaku. Kebanyakan tanaman di dusun masih memerlukan penyiraman terutama semasa musin panas dan ketiadaan hujan sekarang.
Inilah empang yang wak bina pada parit di tengah dusun.
Wak gunakan batu bata dan ditebat menggunakan
tanah liat.
Empang dapat menyekat aliran air parit daripada
terus mengalir keluar.
Air yang bertakung dapat digunakan untuk
menyiram tanaman pada musim panas sekarang.
Air parit sudah penuh dan melimpahi empangan
Keadaan aliran air parit sebelum empangan dibina.
Salam bertani.
Wah, hebat wak siap bina mini empangan..!
BalasPadamLepas ni bina pula roda turbin,janakuasa elektrik.. Menangis TNB.. Hihihi
Tahniah wak!
BalasPadamawal2 lagi dh sedia hadapi kemungkinan apa pun mmg proaktif
BalasPadamSaya ingat, ini projek Wak tiap tahun kan. Dulu tak terfikir kerja kebun begini banyak, lepas ni Tak boleh komplen harga hasil kebun mahal
BalasPadamJernih airnya wak..terus pasangkan pam wak..buat kincir air mcm kat belanda..hehe
BalasPadamjernihnya air dia
BalasPadamHarga projek ni sama tak dengan empangan Bakun?
BalasPadamBijak betul wak ni.
BalasPadamye lah wak, sekarang musim panas kemarau. Elok juga buat empangan awal simpan air.
BalasPadamEntah kenapa saya rasa nak beekubang dalam tu hehehe
BalasPadamgelak jap baca komen² kat atas ^_^
BalasPadamSenang dah ada tempat nak siram pokok bila kemarau nanti. Nie pun dah mula dah cuaca panas kan Wak..
BalasPadamBagus idea WP memudahkan nak siram tanaman.
BalasPadamBerkebun pun kena ada ilmu
kena buat macam ni untuk spare air masa kemarau kan wak..
BalasPadamBanyak kengunaan emoangan ni nanti
BalasPadamSeronok betul ada semua ni kat rumah kan..especially ada dusun sendiri
BalasPadamWah initiatif yang bagus buat mini empangan! Dah start panas je ni wak..
BalasPadamBernassss!!! Sediakan sebelum pape... Kan
BalasPadamBaguslah idea dan usaha wak.. Sekurang-kurangnya air tak akan putus untuk menyiram tanaman kan wak.. Betul lah wak sekarang ini memang cuaca agak panas dan kering..
BalasPadam