Selasa, 2 Februari 2021

Projek Empangan Mini

 Salam bertani.

Air parit di dusun wak semakin berkurangan kerana sudah beberapa minggu tidak hujan. Selepas musim tengkujuh pada akhir bulan disember tahun lepas, cuaca panas dan berangin mengambil gilirannya. Wak melaksanakan satu projek empangan untuk menyimpan air  memandangkan bulan februari ini biasanya kemarau akan berlaku. Kebanyakan tanaman di dusun masih memerlukan penyiraman terutama semasa musin panas dan ketiadaan hujan sekarang.


Inilah empang yang wak bina pada parit di tengah dusun.
Wak gunakan batu bata dan ditebat menggunakan
tanah liat.


Empang dapat menyekat aliran air parit daripada
terus mengalir keluar.
Air yang bertakung dapat digunakan untuk
menyiram tanaman pada musim panas sekarang.



Air parit sudah penuh dan melimpahi empangan


Keadaan aliran air parit sebelum empangan dibina.

Salam bertani.

19 ulasan:

  1. Wah, hebat wak siap bina mini empangan..!
    Lepas ni bina pula roda turbin,janakuasa elektrik.. Menangis TNB.. Hihihi

    BalasPadam
  2. awal2 lagi dh sedia hadapi kemungkinan apa pun mmg proaktif

    BalasPadam
  3. Saya ingat, ini projek Wak tiap tahun kan. Dulu tak terfikir kerja kebun begini banyak, lepas ni Tak boleh komplen harga hasil kebun mahal

    BalasPadam
  4. Jernih airnya wak..terus pasangkan pam wak..buat kincir air mcm kat belanda..hehe

    BalasPadam
  5. Harga projek ni sama tak dengan empangan Bakun?

    BalasPadam
  6. ye lah wak, sekarang musim panas kemarau. Elok juga buat empangan awal simpan air.

    BalasPadam
  7. Entah kenapa saya rasa nak beekubang dalam tu hehehe

    BalasPadam
  8. gelak jap baca komen² kat atas ^_^

    BalasPadam
  9. Senang dah ada tempat nak siram pokok bila kemarau nanti. Nie pun dah mula dah cuaca panas kan Wak..

    BalasPadam
  10. Bagus idea WP memudahkan nak siram tanaman.
    Berkebun pun kena ada ilmu

    BalasPadam
  11. kena buat macam ni untuk spare air masa kemarau kan wak..

    BalasPadam
  12. Banyak kengunaan emoangan ni nanti

    BalasPadam
  13. Seronok betul ada semua ni kat rumah kan..especially ada dusun sendiri

    BalasPadam
  14. Wah initiatif yang bagus buat mini empangan! Dah start panas je ni wak..

    BalasPadam
  15. Bernassss!!! Sediakan sebelum pape... Kan

    BalasPadam
  16. Baguslah idea dan usaha wak.. Sekurang-kurangnya air tak akan putus untuk menyiram tanaman kan wak.. Betul lah wak sekarang ini memang cuaca agak panas dan kering..

    BalasPadam