Jumaat, 12 Februari 2021

Ulat Kupu-kupu Gajah

 Salam bertani.

Wak jumpa seekor ulat kupu-kupu gajah sedang berumah di pokok kantan di kebun wak. Dah habis daun dua batang pokok kantan dibahamnya. Tapi wak tak nak bunuh ulat ni. Wak nak biarkan dia jadi kepompong dan kupu-kupu gajah sekiranya tidak dimakan oleh haiwan lain. Ulat ni kuat makan. Dalam sehari boleh habis empat helai daun pokok kantan dimakannya.


Seekor ulat kupu-kupu gajah yang cantik.
Gambar hari ini.


Sehari semalam boleh habiskan 4 helai daun kantan


Kesan daun kantan yang dimakannya


Najis ulat kupu-kupu gajah.
Jadi baja organik kepada pokok kantan tersebut.


Gambar beberapa hari yang lepas.


Saiznya dah sebesar ibu jari orang dewasa.
Wak nak tunggu sampai dia jadi kupu-kupu gajah.

Salam bertani.

25 ulasan:

  1. Besarnya alien tu Wak... πŸ›
    Menumpang rezeki...
    Buangan dia pun macam buangan gajah juga rupa dia. Semoga panjang umur πŸ› tu & menjadi πŸ¦‹ yang cantik

    BalasPadam
  2. besarnya..sib baik tinggalkan baja organik..

    'ulat bulu naik daun' the real one..

    BalasPadam
  3. Erkk.... Ok x tau nak ckp apa sbb geli plk tgk ulat tu πŸ™ˆ

    BalasPadam
  4. Besarnya 😱😱😱😱😱

    BalasPadam
  5. besarnya ulat ni nk tengok juga bgmana rupa kupu2 gajah tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak pun nak tunggu macam mana rupa kupu2 gajah tu.

      Padam
  6. Meremang plk bulu roma SA...well...dulu kecik2 suka tengok arwah atuk buang ulat ni yang banyak kat pokok pisang..habis daun pisang bergulung2 dijadikan perumah..bila bukak sekali tgok ulat ni...hahahah...mencicit lari...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulat gulung pisang tu kecik sikit SA.
      yang ni lagi besar, macam ibu jari kita.

      Padam
  7. Besar sangat! Gambar close-up tu macam menakutkan juga, tengok kaki-kaki dia. Hehe.

    BalasPadam
  8. Licin dia makan daun bunga kantan tu. First time tengok ulat kupu-kupu gajah ni. Gambar wak ambik pun cantik sangat, masyaAllah.

    BalasPadam
  9. Adoi wak.. geli geleman saya menengoknya.. Besar..

    BalasPadam
  10. besarnya dan nampak geli.. haha
    WP boleh emailkan details. sbgai top komen di blog

    BalasPadam
  11. adoiii gelila pula tengoknya haha

    BalasPadam
  12. Teringat cerita alice in wonderland

    BalasPadam
  13. harap dapat jadi kupu kupu dengan jayanya...terimakasih wak sebab tak bunuh dia...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab dia makan daun kantan wak tak kisah.
      Kalau usik daun durian memang nahaslah dia.

      Padam
  14. Ya Allah pertama kali tengok. Kalau depan mata saya tak tahan ni.. geli geleman

    BalasPadam
  15. Comel.. mcm.flm latin bug's life. Tapi mama Tak gamak nak duduk dekat huhu

    BalasPadam
  16. Betul betul besar ulat ni. habis daun dikerjakan. 4 helai daun sehari tu. memang kuat makan. Bagus juga boleh buat baja organik.

    BalasPadam
  17. tangkap dr dekat besar plak tgknyee..seram wak ^_^

    BalasPadam
  18. ohhh itu najisnya.. cida pernah jumpa najisnya je.. ulatnya tak pernah jumpa.. kahkah..

    BalasPadam