Jumaat, 26 Februari 2021

Pokok Kuini Pun Berbunga

 Salam bertani

Selain pokok-pokok durian, pulasan dan bacang, pokok kuini juga merupakan pokok buah-buahan bermusim yang awal berbunga. Ada beberapa pokok kuini dewasa di dusun yang mula mengeluarkan bunga berikutan musim panas sekarang. Pokok kuini setahun jagung di hadapan rumah juga sudah berbunga. Harap-harap musim buah kuini pada tahun ini akan menjadi.


Pokok kuini mula mengeluarkan bunga 
berikutan musim panas sekarang.


Akan menghasilkan buah yang boleh dituai
selepas raya nanti.


Ini adalah pokok kuini kampung yang ditanam
menggunakan biji benih,
Sudah berumur lebih daripada 30 tahun.
Mula berbuah setelah  berumur 15 tahun
selepas ditanam.


Ini adalah pokok kuini klon yang ditanam melalui
cantuman baji.
Baru berumur 3 tahun sudah 3 kali berbunga.
Wak tanam di tepi jalan di hadapan rumah.


Bunga kuini klon lebih besar dan lebat.


Hasil panenan buah kuini kampung
pada  musim yang lepas.

Salam bertani.

27 ulasan:

  1. kuini @ bacang kn ni. sedapppnya
    biasa bila pokok ni berbunga akan diikuti pokok2 durian ,rambutan manggis seangkatannya
    penah arwah mak kata dulu
    alhamdulillah
    tak sabar nk tgk pokok2 durian di kg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kuini dan bacang spesis berlainan mama sara nur.
      Tapi bunganya sama. Kuini lebih sedap sebab manis dan kurang serat.
      Kuini dan bacang kira pokok buah2an bermusim yang paling awal berbunga.

      Padam
  2. kalo sebut laju2 leh menimbulkan kecelaruan ehh kelucahan nih kangji., hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waak panggil buah koloiki.
      Tiada unsur kecelaruan meaning.

      Padam
  3. Ya Allah sedap betul kalau buat sambal ni. Bertambah makan nasi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kata orang tua2, buah kuini muda jangan buat sambal belacan.
      Nanti buahnya yang kat pokok sering busuk sebelum matang.

      Padam
  4. hasilpanenan kuini xmengecewakan

    BalasPadam
  5. sedap ni buah kuini gaul sambal mkn dgn nasi

    BalasPadam
  6. yay!! musim dia dah ka ? dekat belakang rumah ada sebatang hehehe

    BalasPadam
  7. Baunya tu PC suka wak. Apatah lagi buahnya. Sedap.

    BalasPadam
  8. kat rumah mentua dah berbuah agaknya...last balik sebelum PKP hari tu tengah berbunga kuininya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang berbunga awal haritu dah nak mula matanglah ni

      Padam
  9. Banyaknya hasil kuini wak, musim lepas. Ni buat sambal belacan buah kuini, best giler ni, wak, meleleh air liur dibuatnya. Hehe.

    BalasPadam
  10. wah sedapnya kuini..lama tk mkan

    BalasPadam
  11. lamanya tak makan kuini di kampung..

    BalasPadam
  12. Bunga kuini sama macam bunga bacang kan..Cantik.merahnya & menjadi kesukaan kelulit. Setiap kali memandang bunga ini, dalam lubuk hati saya ada satu rasa yang sangat nostalgik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak pun sama
      Sangat teruja menunggu musim bunga.
      Bagi wak bunga pokok buah-buahan melambangkan harapan yang menghampiri impian.

      Padam
  13. Lebat bunganya. Lebat juga buahnya tu nanti. Bau kuinin tu semerbak baunya :)

    BalasPadam
  14. sedapnya.. WP tak jual online ke? boleh beli

    BalasPadam
  15. Alahai wak.. ditayang bunga kuini pula.. Kalau dekat nie memang memborong dengan wak.. buah best ini..

    BalasPadam
  16. Terbayang2 bau buah kuini masak...

    BalasPadam
  17. wah, sedapnyaaaa buah kuini :)

    BalasPadam