Salam bertani
Selain pokok-pokok durian, pulasan dan bacang, pokok kuini juga merupakan pokok buah-buahan bermusim yang awal berbunga. Ada beberapa pokok kuini dewasa di dusun yang mula mengeluarkan bunga berikutan musim panas sekarang. Pokok kuini setahun jagung di hadapan rumah juga sudah berbunga. Harap-harap musim buah kuini pada tahun ini akan menjadi.
Pokok kuini mula mengeluarkan bunga
berikutan musim panas sekarang.
Akan menghasilkan buah yang boleh dituai
selepas raya nanti.
Ini adalah pokok kuini kampung yang ditanam
menggunakan biji benih,
Sudah berumur lebih daripada 30 tahun.
Mula berbuah setelah berumur 15 tahun
selepas ditanam.
Ini adalah pokok kuini klon yang ditanam melalui
cantuman baji.
Baru berumur 3 tahun sudah 3 kali berbunga.
Wak tanam di tepi jalan di hadapan rumah.
Bunga kuini klon lebih besar dan lebat.
Hasil panenan buah kuini kampung
pada musim yang lepas.
Salam bertani.
kuini @ bacang kn ni. sedapppnya
BalasPadambiasa bila pokok ni berbunga akan diikuti pokok2 durian ,rambutan manggis seangkatannya
penah arwah mak kata dulu
alhamdulillah
tak sabar nk tgk pokok2 durian di kg
Kuini dan bacang spesis berlainan mama sara nur.
PadamTapi bunganya sama. Kuini lebih sedap sebab manis dan kurang serat.
Kuini dan bacang kira pokok buah2an bermusim yang paling awal berbunga.
kalo sebut laju2 leh menimbulkan kecelaruan ehh kelucahan nih kangji., hahaha
BalasPadamWaak panggil buah koloiki.
PadamTiada unsur kecelaruan meaning.
Ya Allah sedap betul kalau buat sambal ni. Bertambah makan nasi
BalasPadamKata orang tua2, buah kuini muda jangan buat sambal belacan.
PadamNanti buahnya yang kat pokok sering busuk sebelum matang.
hasilpanenan kuini xmengecewakan
BalasPadamCantik :)
BalasPadamsedap ni buah kuini gaul sambal mkn dgn nasi
BalasPadamyay!! musim dia dah ka ? dekat belakang rumah ada sebatang hehehe
BalasPadamBaru musim bunga.
PadamRaya nanti baru panen
Baunya tu PC suka wak. Apatah lagi buahnya. Sedap.
BalasPadamkat rumah mentua dah berbuah agaknya...last balik sebelum PKP hari tu tengah berbunga kuininya
BalasPadamYang berbunga awal haritu dah nak mula matanglah ni
Padamsedapnya, lama tak makan kuini :)
BalasPadamBanyaknya hasil kuini wak, musim lepas. Ni buat sambal belacan buah kuini, best giler ni, wak, meleleh air liur dibuatnya. Hehe.
BalasPadamwah sedapnya kuini..lama tk mkan
BalasPadamBau dia pun boleh tahan!
BalasPadamlamanya tak makan kuini di kampung..
BalasPadamBunga kuini sama macam bunga bacang kan..Cantik.merahnya & menjadi kesukaan kelulit. Setiap kali memandang bunga ini, dalam lubuk hati saya ada satu rasa yang sangat nostalgik.
BalasPadamWak pun sama
PadamSangat teruja menunggu musim bunga.
Bagi wak bunga pokok buah-buahan melambangkan harapan yang menghampiri impian.
lebatnya bunga kuini wak :)
BalasPadamLebat bunganya. Lebat juga buahnya tu nanti. Bau kuinin tu semerbak baunya :)
BalasPadamsedapnya.. WP tak jual online ke? boleh beli
BalasPadamAlahai wak.. ditayang bunga kuini pula.. Kalau dekat nie memang memborong dengan wak.. buah best ini..
BalasPadamTerbayang2 bau buah kuini masak...
BalasPadamwah, sedapnyaaaa buah kuini :)
BalasPadam