Ahad, 28 Julai 2024

Nangka Madu J33

 Salam bertani

Wak nak tunjuk sepokok nangka madu di dusun WP yang sedang berbuah lebat. Ada lebih kurang 15 biji buahnya. Walau pun wak tak sempat nak balut buah nangka tu, tetapi tetap elok sampailah wak tuai. Jom tenguk


Inilah pokok nangka madu j33 yang berbuah lebat. 
Masa ni buahnya masih muda dan tidak berbalut.


Kesemua buah nangka ini sudah boleh dituai.
Sebahagiannya sudah sudah matang di pokok dan telah dituai.


Tiga biji matang serentak.
Yang besar tu lebih 10 kg beratnya.


Tugas wak jadi tukang kupas nangka.


Dapat sebesen besar dari sebiji buah nangka.
Isi nangka madu sangat manis, kering dan tidak benyek.
Lagi sedap bila dah disimpan di dalam esbok.

Salam bertani

32 ulasan:

  1. Wah…banyak hasilnya Wak. Alhamdulillah!

    BalasPadam
  2. 10 kg sebiji Wak? Besarnya. Patutlah isinya penuh sebesen.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah rezeki seronok tengok elok kejadiannya

    BalasPadam
  4. alamak wak, sedap betul tengok gambar

    BalasPadam
  5. Setuju dgn Wak... lebih sedap makan sejuk2 lepas disimpan dalam peti sejuk semalaman 😄

    BalasPadam
  6. alhamdulillah. meriah betul hasilnya. sedappp

    BalasPadam
  7. Alamak... kepengen plak.. nak kena cari lah ni 😁

    BalasPadam
  8. Alhamdullillah...... sedapnya......

    BalasPadam
  9. Saya pulak jadi tukang tengok je. He he ye

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah lumayan 👍
    Betul Wak, simpan dlm esbok pastu makan sejuk², nyaman sekali :D

    BalasPadam
  11. 10 kilo sebiji....besar tu wak buahnya

    BalasPadam
  12. Sihatnya nampak buah nangka madu ni.....

    BalasPadam
  13. lebatnya buahh, alhamdulillah
    seronokk tengok

    BalasPadam
  14. Nangka ni sy suka jika dimasak pengat, sedappp.

    BalasPadam
  15. bestnya tu wak, harum bau nya... buat pengat sedap tu nangka nya

    BalasPadam
  16. banyaknya buah, bergayutan.. Alhamdulillah..

    BalasPadam
  17. ni dpt mkn dgn dessert thai tu perghhhh heaven wak!

    BalasPadam
  18. Terliur tengok. Montok-montok setiap ulasnya tu. Suka makan nangka. Sodap ooooo.

    BalasPadam
  19. aromanya sampai ke sini WAK hehe :)

    BalasPadam
  20. nangka madu fav sgt...br je td beli...ni tgk post wak meriahnya buah tu

    BalasPadam
  21. suburnya.. nangka mmg sedap, kalau teringin kita beli yg packaging dlm bekas je, dah la mahal

    BalasPadam
  22. Sedapnya. Mesti semerbak bau harum kat dusun tu.

    BalasPadam
  23. Macam mana tahu nangka boleh dituai, adakah tengok dari segi saiz atau kulit buah nangka? Cantik isi dia..

    BalasPadam
  24. Wah.. besarnya.. puas makan ini..

    BalasPadam
  25. Menjadi betul buah- buah musim ni ye wak

    BalasPadam
  26. Terliuuur sangat melihat ya Wak 🤤🤤🤤. Dah lama tak makan nangka. Selama ini saya tak tahu jenis2nya. Makan saja. Ternyata ada juga nangka madu yaa

    BalasPadam
  27. Banyak isi tu ..dapat sebesen besar pulak tu . Alhamdulillah . Rezeki

    BalasPadam
  28. Aduhaii wakk.. alhamdulillah rezeki sungguh.. terliur sy tgk nangka nya..

    BalasPadam