Rabu, 29 April 2020

WW 170 : Entri Dulu-dulu 'Kerabu Daun Selom'

Salam bertani


kerabu daun selom

Kerabu daun selom

Sayuran daun selom

Sayuran daun selom


Tanaman pokok selom

Tanaman pokok selom

Salam bertani.

Ahad, 26 April 2020

Mengejar Lauk di Belakang Rumah

Salam bertani

Pagi ini wak mengejar dua ekor ayam kampung bujang untuk disembelih. Semua kerja memproses ayam wak buat sendiri secara manual. Sembelih, buang bulu sehinggalah siap dipotong. Simpan dalam beberapa bekas buat stok bulan ramadan. Fikir nak masak apa, itu tugas pn isteri wak pula.


Siap proses dua ekor ayam kampung.
Asingkan bahagian isi, tulang dan organ dalaman.


Selepas disembelih, ayam dibersihkan 
daripada kotoran dan darah.
Kemudian direndam dalam air panas
 untuk memudahkan mencabut bulunya.


Siap cabut bulu ayam secara manual.


2 ekor seberat 7 kg.


Ayam diganggang pada api dapur untuk membersihkan 
bulu-bulu halusnya sebelum dipotong.


Sebahagian daripada ayam yang siap diproses.

Puasa kali ini, anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu tak balik kerana PKP. Tak tahulah ayam dua ekor tu berapa lama nak habis. Stok yang masih hidup di belakang rumah pun banyak lagi. Kalau hari-hari makan ayam kampung pun  jemu juga.

Salam bertani

Khamis, 23 April 2020

Tuaian PKP Ramadan

Salam bertani

Alhamdulillah, petang semalam hujan turun dengan lebatnya setelah sekian lama tidak hujan.
Jadi pagi ini wak tak menyiram tanaman. Dapatlah membuang rumput di kawasan tanaman keladi.
Selebihnya wak jalan-jalan round kebun sambil mengutip sedikit hasil. Lagi pun besok dah nak puasa. Selamat menyambut Ramadan Kareem. PKP pun tambah dua minggu lagi.



Tuai buah jambu bertih, buah nanas madu, buah betik,
buah limau kasturi, bunga kantan merah dan serai gajah.


Pucuk ubi pulut tu ada jran pesan.
Serai nak buat air detox soda untuk berbuka.


Yang ni untuk kegunaan sendiri.


Buah betik ni perlu diperam 2 hari lagi.


Buah pisang jari buaya yang diperam beberapa hari
 lepas dah matang.
Boleh digoreng atau buat cekodok untuk berbuka esok.


Kudapan sambil nonton tv 'Bachelor Japan'
lepas solat tarawih tadi.

Salam bertani.

Rabu, 22 April 2020

Ahad, 19 April 2020

MB 129 : Makanan Untuk Kesihatan Rambut

Salam bertani

          Makanan Untuk Kesihatan Rambut




Sumber : mStar

Salam bertani

Sabtu, 18 April 2020

Jambu Bertih Merah

Salam bertani

Wak ada menanam sepohon jambu bertih merah pada tahun lepas. Benih jambu bertih merah tut ini wak beli di sebuah nurseri pertanian di Kuala Kangsar semasa pergi jemputan kahwin di sana. Alhamdulillah, pokoknya telah mengeluarkan buah beberapa tangkai dan sedang mula mengeluarkan bunga baru yang lebat.


Setangkai buah jambu bertih merah


18.04.2020
Inilah pokok jambu bertih merah yang berbuah sulung
beberapa tangkai.
 Setiap hujung dahannya mula mengeluarkan bunga baru.


Beberapa tangkai buah  yang masih muda.


Setangkai lagi


Putik mudanya berwarna putih


13.05.2019 - beberapa hari selepas ditanam


25.09.2019 - Pokok jambu bertih kelihatan subur
walau pun musim kemarau.

Jumaat, 17 April 2020

Kebun Kelapa Sawit Tepi Sungai

Salam bertani

Pagi ini wak kerja kat kebun kelapa sawit di tepi sungai bersebelahan dengan tempat wak menggembala lembu. Kebun kelapa sawit ini asalnya adalah kawasan tanaman dusun yang diusahakan oleh arwah bapak wak dulu. Ada pokok durian, cempedak, kuini dan duku.  Akhirnya pokok-pokok buah-buahan tersebut terpaksa wak tebang kerana serangan monyet yang sangat serius sehingga tidak pernak mendapat hasil. Alhamdulillah kini tanaman kelapa sawit yang berumur hampir lima tahun sudah mendatangkan hasil.



Sepohon kelapa sawit yang sudah mengeluarkan hasil


Kebun kelapa sawit yang terletak di tepi sungai.
Rizab sungai wak jadikan padang ragut ternakan lembu.
Rumput ragut yang berkurangan kerana musim kemarau.
Kelihatan lembu wak sedang meragut rumput.


Wak kerja potong pelepah sawit dan susun
di tengah-tengah barisan pokok sawit.


Pokok sawit selepas dipotong pelepahnya. 


Pokok paku pakis suka hidup menumpang
di batang pokok sawit.


Pokok paku pakis yang wak buang daripada
batang kelapa sawit.


Keadaan pokok-pokok kelapa sawit selepas dibrowning


Minggu depan potong buah pula.


Pahat pemotong pelepah dan buah kelapa sawit
yang wak gunakan.

Salam bertani.

Rabu, 15 April 2020

Selasa, 14 April 2020

Rambutan Jarum Emas Sedang Berputik

Salam bertani

Ada beberapa pokok rambutan jarum emas yang hidup subur di dusun WP.  Pokok-pokok rambutan ini sudah berumur menghampiri dua puluh tahun tetapi masih produktif kerana selalu dipangkas selepas habis musim buah. Musim buah-buahan dijangkakan selepas raya nanti akan bertahan sehingga beberapa bulan kerana ada pokok yang sudah berputik, ada yang baru berbunga dan ada yang belum berbunga.


Sepohon rambutan jarum emas yang rimbun dan berputik lebat


Putik buah rambutan jarum emas


Putik rambutan ini akan mencecah tanah apabila berisi nanti


Putik yang menyentuh tanah.


Sepohon rambutan jarum emas ini pula sedang berbunga


Bunga rambutan yang baru terbit.
Memerlukan masa sebulan lagi untuk menjadi
putik seperti pokok di atas.

Salam bertani.

Ahad, 12 April 2020

MB 128 : Tuaian Musim PKP

Salam bertani

Pulang dari kebun wak bawa hasil tuaian. Pisang kapas muda, kelapa pandan muda, bunga kantan merah dan jantung pisang nipah.


Salam bertani.