Pagi ini wak kerja kat kebun kelapa sawit di tepi sungai bersebelahan dengan tempat wak menggembala lembu. Kebun kelapa sawit ini asalnya adalah kawasan tanaman dusun yang diusahakan oleh arwah bapak wak dulu. Ada pokok durian, cempedak, kuini dan duku. Akhirnya pokok-pokok buah-buahan tersebut terpaksa wak tebang kerana serangan monyet yang sangat serius sehingga tidak pernak mendapat hasil. Alhamdulillah kini tanaman kelapa sawit yang berumur hampir lima tahun sudah mendatangkan hasil.
Sepohon kelapa sawit yang sudah mengeluarkan hasil
Kebun kelapa sawit yang terletak di tepi sungai.
Rizab sungai wak jadikan padang ragut ternakan lembu.
Rumput ragut yang berkurangan kerana musim kemarau.
Kelihatan lembu wak sedang meragut rumput.
Wak kerja potong pelepah sawit dan susun
di tengah-tengah barisan pokok sawit.
Pokok sawit selepas dipotong pelepahnya.
Pokok paku pakis suka hidup menumpang
di batang pokok sawit.
Pokok paku pakis yang wak buang daripada
batang kelapa sawit.
Keadaan pokok-pokok kelapa sawit selepas dibrowning
Minggu depan potong buah pula.
Pahat pemotong pelepah dan buah kelapa sawit
yang wak gunakan.
Salam bertani.
Bersih kebun kelapa sawit atuk. Boleh main kejar-kejar dalam kebun π
BalasPadamterbaik... buat keluar peluh..badan sihat, hasil lumayan.
BalasPadamSekali menyawit dapat berapa tan wak? Hehe
BalasPadamDapatlah beratus2 tan (dan)
PadamNampak bersih dan teratur kebun sawit wak
BalasPadamBapa sy ada kebun sawit jugak, tapi adik yg urus. Hari tu try pergi kerat buah sawit pakai pemotong tu..kali pertama buat... tak larat hahaha... Mungkin ada kaedah dia tengok adik saya buat ok jer... Nampak macam luas jer kebun sawit wak tu...
BalasPadamKalau tak biasa buat nampak memang susah.
PadamMonyet tak kacau ke buah2 sawit tu..
BalasPadamMacam tak kacau sebab satu kampung ni tamanan sawit belaka.
PadamAlhamdulillah.
BalasPadamBersih kebun kelapa sawit Wak. Mudah-mudahan hasilnya berterusan lumayan.
BalasPadamseronoknya wak mesti tak terasa musim pkp kalau duk melayan hasil2 yang meriah ni.. pandai wak jaga kebun bersih
BalasPadamRutin wak macam sama aje walaupun semasa PKP
PadamJaga ayam, jaga lembu, jaga sawit, jaga dusun
Cuma jarang2 ke pekan ajelah.
KAWASAN KEBUN SAWIT NMPK TENANG SANGAT MCM NAK BERKELAH JA KAT SNA ^_^
BalasPadamDulu2 kalau penat kerja wak terjun ke sungai sejukkan badan.
PadamDah tua ni tak buat lagilah.
BERSIH TERJAGA KEBUNNYA N BANYAK BUAH YG BOLEH DITUAI...NAK COP BUAH SAWIT TU MESTI KUAT KUDRATNYA
BalasPadamAlhamdulillah, masih larat lagi PI
PadamLapang, kemas je kebun Wak.
BalasPadamSiap pakej sungai...mmg terapi jiwa sungguh. Untung Wak.
Alhamdulillah.Hidup dan berbuah..rezekinya untuk kelangsungan hidup..syukur sangat-sangat.
BalasPadamdan juga mask muka...hahahha
BalasPadamtu tak masuk tajuk
Padamwak nak tanya. kenapa pokok kelapa sawit ni rendah ?
BalasPadamusually tengok yang tinggi baru ada buah kan ?
Pokok kelapa sawit menang rendah dah keluarkan hasil.
PadamDalam 2 tahun gitu.
Kelapa sawit wak tu umur dalam 4 tahun.
Tapi kelapa sawit muda, tandannya kecil sikitlah.
kat kampung saya kebun getah ja..tapi ada jugak kebun kelapa sawit sebelah kebun saya.
BalasPadamWak pun ada kebun getah tapi dan naik hutan
PadamDah lama tak toreh sebab harga getah murah sangat.
Saya anak Felda jadi merasalah kutip buah sawit relai. Masa Arwah Abah ada dulu pergi. seronok bila kenang
BalasPadamsenang buat kerja kelapa sawit rendah macam ni. nak bersihkan pelepah pun senang.
BalasPadamSelamat bertani. Semoga dimurahkan rezeki..
BalasPadamRendang pokok nyer dah berbuah lebatππ
BalasPadamPernah beberapa kali singgah kebun arwah abah dulu. kebun kongsi dengan kawan abah. kadang2 jenguk,saya tak sanggup nak ikut sbb seram kadang2 masuk ladang tu.. huhu
BalasPadamCantik cantik buah sawit wak..
BalasPadamWak kutip sendiri ke buah kelapa sawit tu?? rendah2 ok lg la..
BalasPadamPakai mask jugak ke WP dlm kebun tu? Dak pegah opo?
BalasPadamcomel buah sawit tu.
BalasPadam