Ahad, 28 April 2019

Membaja Tanaman Serai

Salam bertani.

Musim kemarau dan panas melampau sudah berakhir. Hujan sudah mulai turun membasahi bumi. Tanaman dan rumput ragut sudah mulai menghijau kembali. Wak mengambil kesempatan untuk membaja tanaman serai yang ditanam beberapa bulan yang lalu. Pertumbuhan tanaman serai agak lambat kerana kekurangan air  akibat musim kemarau tersebut.

Untuk pertumbuhan pokok serai yang seimbang dan menghijau, wak gunakan baja sebatian NPK 16:16:16. Ini adalah pembajaan kali ke-dua, selepas diberi baja organik  beberapa minggu selepas ditanam dahulu.


Keadaan 3 baris tanaman serai sebelum dibaja.


Wak gunakan baja sebatian NPK 16:16:16



Kandungan unsur NPK yang tertera di beg baja


Baja berbutir yang hanya perlu ditaburkan di sekeliling
perdu pokok serai.


Seperdu pokok serai. Kesan tanah yang merekah akibat
musim kemarau yang lepas.


Tanaman serai selepas selesai dibaja.
Dalam masa seminggu selepas dibaja kesuburannya akan bertambah
dan pokok serai akan menghijau kembali.

Salam bertani.

22 ulasan:

  1. Alhamdulillah.Kembali subur dan membiak.Syukur.Betul Pakcik WP..alhamdulillah hujan sudah mula turun walau sesekali dan singkat.

    BalasPadam
  2. walaupun tanah merekah dgn adanya baja yara subur bugar juga serai tu.... allhamdulillah

    BalasPadam
  3. Terima kasih kongsi ilmu bermanfaat

    BalasPadam
  4. Tadi baru saja Tedi cabut serai-serai di belakang rumah sebab banyak sangat, masak sekali-sekala ja... lalang pun dan menumpang menyamar jadi serai, tak kurang yang reput perdunya... ada yang Tedi bakar sedikit sebagai baja... aroma serai dibakar memang memikat jiwa teringat satay di pasar malam.

    BalasPadam
  5. Ahamdulillah. Kembali menghijau.

    BalasPadam
  6. Banyak tanaman serai WP.. saya biasa guna baja 15:15 untuk membaja sayuran kangkung dan sawi..

    BalasPadam
  7. Patutlah tanam pokok serai asyik mati ja..kena letak baja juga rupanya...igtkan main tanam macam tu ja...

    BalasPadam
  8. tak pernah letak baja.. siram je, patut la tak gemok

    BalasPadam
  9. Wah! banyaknya pokok serai WP.

    Dah cukup baja mesti subur tu

    BalasPadam
  10. xpernah letak baja & tak tahu pun boleh letak baja. patut lah serai kecik mcm penyapu lidi

    BalasPadam
  11. Semoga terus subur menghijau lepas dibaja :)

    BalasPadam
  12. NAMPAK KEMBALI SUBUR SERAINYA..KAK DULU BERTANAM SERAI SAMPAI BERJUALAN JUGA...ADALAH HASILNYA SERINGGIT DUA ALHAMDULILLAH

    BalasPadam
  13. mesti gemuk-gemuk serai tu nanti..perghhh! tomyam ayam satu plis!

    BalasPadam
  14. Subur menghijau..terbaik infor

    BalasPadam
  15. Selang berapa lama baru kena baja blik..makasih

    BalasPadam
  16. Kalau tanah gambut sesuai tak nak tanam serai

    BalasPadam
  17. Boleh tanam serai di tanah gambut asalkan tidak menakung air.
    Perlu taburkan kapur dolomit sebelum menanam untuk mengurangkan keasidanan tanah gambut tersebut.

    BalasPadam
  18. Baru nak berjinak utk tanaman serai..😁

    BalasPadam
  19. Assalammualaikum,,tanah bukit ni sesuai tak tanam serai,ke ada cpuran baja lain untk bgi subur trmekasih

    BalasPadam
  20. Wkmussalam
    Tambahkan dolomite dan baja organik di tapak penanaman sebelum pokok ditanam.

    BalasPadam