Di belakang rumah wak ada beberapa batang pokok durian kampung yang sudah berusia lebih 30 tahun. Sebahangiannya ditanam oleh arwah bapa wak dan sebahagiannya wak sendiri yang tanam semasa muda dahulu.
Ramai orang kampung yang menebang pokok durian kampung tua dan digantikan dengan tanaman kelapa sawit yang lebih menguntungkan. Tetapi wak tetap memelihara pokok-pokok durian kampung ini sebagai tarikan untuk anak-anak, adik beradik dan anak-anak saudara pulang ke kampung bila tiba musim panen.
Pagi ini semasa cahaya matahari terbit, wak sempat menjepret beberapa gambar untuk dimuatkan dalam entri kali ini. Cuma gambarnya mungkin kurang jelas sebab wak gunakan hp cap ayam dan lokasinya sangat tinggi menjulang awan.
Sepohon durian kampung tua yang sedang sarat menanggung beban.
Mudah2an terus larat berjuang
Sepohon lagi yang sayup2 menjulang awan
Bila mendongak ke atas wak selalu berdoa:
'Inilah rezeki pemberian Allah yang tak sehabis-habisnya'
Masih jauh perjalanannya.
Pohon yang ini pun tak mau mengalah
bergayutan dengan aman
Alhamdulillah
9 budak hijau membesar sekata.
Banirnya sebesar dua pemeluk
Mendapat nutrien organik daripada reban ayam
Warisan peninggalan arwah bapa
Mungkin dah 50 tahun usianya.
Salam bertani.
Assalamualaikum wak. Allahu, seronoknya saya tengok pokok durian kampung Wak ni. Saya kagum dengan wak, tetap menjaga pokok ini. Ada kenangan kan, wak. Dan doa wak kepada pokok durian kg ini telah menjentik hati saya. Subhanallah. Rezeki semua adalah dari keizinan Allah. Saya suka makan durian kampung. Saya doakan semoga Allah terus limpahkan rezeki untuk wak. Aamiin..
BalasPadamAllahuakbar... tinggi-tinggi pokoknya dan masih lebat buah durian kampung tu. Saya juga kagum dengan prinsip wak itu... pastinya pokok durian di tanam dengan niat anak-anak dan cucu-cucu serta generasi akan datang dapat menikmati hasilnya, teringat kata-kata ayah saya... Didoakan semoga Wak dimurahkan rezeki
BalasPadamalhamdulillah...suka doa yang wak tuturkan tu...ameen ameen...moga rezeki ni tak akan putus...
BalasPadamAllahu Akbar!
BalasPadamLebatnya buah durian wak!
Saya pun nak jadilah sebahagian daripada keluarga Wak, supaya dapat sama-sama berkumpul di kebun durian bila tiba musim panen!
Kurrr semangat lebat buahnya Wak....agak-agak musim ye bila tu? lepas PKP ler, boleh anak cucu Wak ngunjung nanti.
BalasPadamAaamiinn...moga hasil kebun Wak melimpah ruah..
BalasPadamWak, lepas PKP saya datang yaa kutip buah hahahaha
Durian kampung ni ada keistimewannya yang tersendiri kan Wak.
BalasPadamSyoknya ada pokok buah...saya nama ja kerja pertanian...beluam ada rezeki ranah utk berkebun...
BalasPadamlebatnya wak :)
BalasPadamDURIAN KAMPUNG LEBAT BUAHNYA KAN MAIN TINGGI
BalasPadamSuke tgk wak update pasal kebun wak.. wal kongsilah tips tanam syur cemane..
BalasPadamLebatnya buah durian
BalasPadamSabar je la tgk doyan banyakngitu.. POS sini sikit wak
BalasPadamBanyaknya buah durian kampung ni wak. tiba musim memang puas makan sekeluarga. Sayang kalau ditebang kalau masih ada hasil lagi kan. simpanan untuk generasi akan datang.
BalasPadamTudiaa...bestnya tengok. Pokok durian didusun abang kat kg dah berlajar luruh. Katanya meriah menjadi. Mmm...rasanya tak ada rezeki la kami nak merasa.
BalasPadamAlhamdullilah.. seronoknya ada dusun macam nie kan..
BalasPadamdatang sini cuci mata tengok pokok2 hijau. ya Allah durian lebat tuuuuu. mohon tergolek ke rumah saya >.<
BalasPadamlebat berbuah...teringat zaman kecil masih ada pokok buah buahan....sekarang semua hanya tinggal kenangan...rindu kampung....
BalasPadamAlhamdulillah wak masih mengekalkan durian kampung yang dah jadi pokok rare pada zaman sekarang.. Sayang rasanya bila pokok durian kampung ini ditebang dan digantikan dengan pokok sawit..
BalasPadam