Jumaat, 1 Mei 2020

Hujan Rahmat Ramadan

Salam bertani.

Alhamdulillah, sepanjang bulan ramadan ini hujan turun setiap hari. Ini menandakan kemarau yang berpanjangan selama tiga bulan sudah pun berakhir. Rumput di padang ragut sudah mula menghijau. Lembu-lembu ternakan wak sudah mendapat makanan yang cukup dan akan gemuk kembali dalam masa beberapa bulan. Tugasan wak di kebun juga sudah berkurangan kerana tidak perlu menyiram tanaman. Tetapi rumpai di kebun juga  cepat menghijau semasa musim hujan ini.


Keadaan kawasan ragut yang menghijau selepas hujan


Makanan yang melimpah ruah untuk ternakan.


Si Covid 20 perlu belajar makan rumput.


Cendawan tahi lembu turut meriah selepas hujan


Keadaan kawasan ragut semasa kemarau.
Si ePol kurus kurang makanan.


Anak durian ini sedang sarat berputik
Mengeluarkan bunga semasa musim kemarau.


Harap-harap sebahagiannya akan membuahkan hasil


Anak pokok keladi mawar yang baru diubah


Keladi putih/minyak menghijau selepas hujan


Pokok pegaga, kesum dan cili kampung di belakang dapur.
Rahmat hujan menyuburkan  tumbuhan.

salam bertani.

31 ulasan:

  1. Alhamdulillah. Seronoknya tengok suasana mcm ni.... SS suka bau rumput selepas hujan...

    BalasPadam
  2. 'Ku lihat hijau' ...
    Kat tempat tinggal maq pun dah hari hari hujan turun sejak ramadham ni. Alhamdulillah..

    BalasPadam
  3. Lepas PKP dibuka nanti, aktiviti akan berjalan seperti biasa. udara akan tercemar semula dan cuaca akan berubah. Time tu, mungkin hujan akan mula berkurangan.

    BalasPadam
  4. Samalah Wak, PG pun dah 3 hari hujan aje...
    Wak suburnyaa pegaga tu, daun kesum pun gemukkkk...nanti durian dah berbuah, saya datang ye Wak hahahaha

    BalasPadam
  5. Hujan rahmat//alahai comeinya nama epol..hehe..
    alhamdulillah..semoga kembali subur semua tanaman

    BalasPadam
  6. Alhamsulillah...utara jgk hujan hampir setiap ptg..kasih sayang Allah pd hambaNya..diturunkan hujan agar kita tak kehausan..

    BalasPadam
  7. segarnya tengok tumbuhan hijau tu. eh cendawan tahi lembu? baru pertama kali tau. hehehe. wahhh durian. tu paling terujaaaa >.<

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah cuaca sejuk, kurang sikit dugaan berpuasa. Syukur juga tumbuhan dapat manfaatnya dan haiwan pun dapat juga rezekinya. covid 20 kena makan lebih sikit.

    BalasPadam
  9. RAHMAT HUJJAN TANAMAN SUBUR ALHAMDULILLAH

    BalasPadam
  10. Banyaknya putik durian Wak! Kalau dekat rumah Wak, mau saya datang kutip bunga durian yang gugur. Sedapnya masak lemak cili padi!

    BalasPadam
  11. Seronok tengok bila tumbuh-tumbuhan kembali menghijau. Segar mata memandang

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah Ramadhan kali ni istimewa kan. Hujan turun memang lebat.

    BalasPadam
  13. Sukanya suasana kampung...Marsha seronok tengok pegaga merimbun tu. Sedapnya...Marsha suka bau hujan..hii

    BalasPadam
  14. Seronoknya duduk di kawasan yang boleh berkebun dengan bebas..macam-macam boleh tanam..:)

    BalasPadam
  15. Durian...tak sabar nak makan durian ni...

    BalasPadam
  16. Kt tempat saya pun selalu hujan wak, Alhamdulillah kan, sejuk je ramadhan ni.
    Hijau2 semua tu wak, segar biji mata kan

    BalasPadam
  17. Doakan saya satu hari nanti dapat rasa nikmat macam ni juga..berangan je dulu

    BalasPadam
  18. Alhamdulillah, suka tengok hijau je semua

    BalasPadam
  19. alhamdulillah... betul nikmat rasa ni.

    BalasPadam
  20. Alhamdulillah.Betul Wak Ramadhan ini kerap hujan.Syukur sangat-sangat.Wah ada ahli baru ya Wak,si Covid 20.

    BalasPadam
  21. alhamdulillah, subur sungguh ekkk rumputnya bila hujan...

    BalasPadam
  22. seronok tgk hijau smua . comel2 lembu pn

    BalasPadam
  23. Dapatlah lembu mandi... hehe

    (Pibeday Wak!)

    BalasPadam
  24. Subur yer tanaman wak. Ayah zumal pun baru start berkebun sejak awal tahun. Sekarang banyak sayuran tak perlu beli.

    BalasPadam
  25. cantik pemandangan area tu... rumput menghijau elok..

    BalasPadam
  26. fuh tenang saja tengok pemandangan macam ni

    BalasPadam
  27. seronoknyaa tengok kawasan kampung menghijau. nyaman sungguh

    BalasPadam
  28. seronoknya tengok tanaman tu...jimat kalau nak masak semua ambik kat kebun

    BalasPadam
  29. Alhamdulillah.. kembali subur pokok-pokok dan rumput..

    BalasPadam
  30. alhamdulillah.
    sama la kat sini.
    segar balik pokok :)
    hmmm rumput pun sama! letih mencabut nyer :)

    BalasPadam
  31. Numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    BalasPadam