Rabu, 29 Mei 2024

Isnin, 27 Mei 2024

Membaja Putik Durian

 Wak baru saja selesai membaja pokok durian yang sedang berputik di dusun WP. Semasa putik durian bersaiz sebesar telur ayam sehinggalah sebesar penumbuk orang dewasa  wak taburkan baja buah di sekeliling perdu pokok beberapa kali. Selepas itu tak perlulah dibaja lagi sehingga buah durian matang dan gugur. Jom tenguk


Beli baja buah untuk pokok durian
Novatec tu anggaran RM 300 sebeg
Yara Mila anggaran RM 200 sebeg


Dah guna 2 beg baja untuk pokok durian yang sedang berputik


Baja berbentuk butiran kasar dan ditabur saja di sekeliling perdu pokok


Kandungan baja buah.
Berfungsi untuk meningkatkan kualiti buah durian


Jom layan gambar-gambar putik durian  dari dusun WP
Anggaran bulan Julai panenlah.













Salam bertani

Rabu, 22 Mei 2024

WW 561 : Kerja Pomen Tayar Aje

 Salam bertani




Kerja jadi pomen tayar aje
Sampai malam pun masih kerja
Gaji tak dapat pun RM9k

Salam bertani


Isnin, 20 Mei 2024

Pohon Manggis Pun Berbuah Juga

 Salam bertani

Pokok-pokok manggis di dusun WP berputik dua kali pada musim kali ini. Maknanya akan ada dua kali musim buah manggis nanti. Sini wak tunjukkan


Buah manggis dua peringkat pada satu pokok.
Ada yang sudah besar dan ada yang baru berputik.


Pokok manggis yang rendang dan berbuah lebat.


Buah manggis fasa pertama


Buah manggis fasa kedua.


Pokok manggis ini sudah berumur lebih empat puluh tahun.
Pohonnya tidak meninggi sebab wak buat pemangkasan.
Buahnya hingga mencecah tanah.


Ini pokok manggis mesta.
Daunnya lebih tirus berbanding manggis biasa.


Buah manggis mesta.
Buahnya berbentuk lonjong.

Salam bertani

Khamis, 16 Mei 2024

Tanam Pokok Limau Bali Taiwan di Pusara Oyen dan Bubu

 Salam bertani

Pusara Oyen dan Bubu wak buat bersebelahan  sebab mereka mati selang sebulan lebih sahaja. Baru-baru ni wak tanam sepohon limau bali taiwan di atas pusara mereka sebagai tanda dan ingatan wak kepada mereka berdua.


Benih pokok limau bali taiwan ni dah lama wak beli.
Hingga kurus di dalam polibeg.


Bersihkan pusara Oyen dan Bubu


Gali lubang dan tanam pokok limau bali taiwan


Siap tanam.


Ada buah sebiji.


Arwah Bubu dalam dukungan wak.


Arwah Oyen.


Semasa   hayatnya, mereka berdua bersahabat baik.
Gambar diambil beberapa hari sebelum pemergian Oyen.
 Sebulan lebih berikutnya Bubu menyusul.

Salam bertani



Selasa, 14 Mei 2024

Pokok Cempedak Sudah Berputik

 Salam bertani

Kali ini wak nak tunjuk beberapa pokok cempedak di dusun WP yang sedang berputik. Ada pokok yang sudah beberapa minggu berputik dan ada juga yang baru nak keluar putiknya. Nampaknya musim buah akan datang agak panjang kerana kebanyakkan pokok buah-buahan mengeluarkan bunga/putik  berperingkat-peringkat. Ada lebih sepuluh pokok  semuanya berbuah.


Untuk dapatkan buah yang besar dan berkualiti,
perlu tinggalkan satu buah aje setangkai


Mungkin tak larat wak nak balut putik cempedak ni.


Mengeluarkan putik di batang utama.


CH 28.


Bulan Ogos agaknya baru boleh panen.


Berputik di perdu pokok.


Pokok tua yang sudah tumbang ini juga mengeluarkan buah yang banyak.


Ada yang besar, ada yang masih kecil.


Putik buah yang keluar di hujung dahan ini adalah putik jantan.
Akan gugur dan tidak menjadi buah


Sebahagian daripada pokok cempedak yang sedang berbuah.