Salam bertani
Pusara Oyen dan Bubu wak buat bersebelahan sebab mereka mati selang sebulan lebih sahaja. Baru-baru ni wak tanam sepohon limau bali taiwan di atas pusara mereka sebagai tanda dan ingatan wak kepada mereka berdua.
Benih pokok limau bali taiwan ni dah lama wak beli.
Hingga kurus di dalam polibeg.
Bersihkan pusara Oyen dan Bubu
Gali lubang dan tanam pokok limau bali taiwan
Siap tanam.
Ada buah sebiji.
Arwah Bubu dalam dukungan wak.
Arwah Oyen.
Semasa hayatnya, mereka berdua bersahabat baik.
Gambar diambil beberapa hari sebelum pemergian Oyen.
Sebulan lebih berikutnya Bubu menyusul.
Semoga tumbuh subur...Oyen & Bubu dlm kenangan..
BalasPadamSaya suka limau tu..mcm teringin nak tanam jugak laaa
BalasPadamarwah kucing saya yg warna kelabu, namanya babu. yang warna putih namanya utih. yang warna tortoise hitam oren tu, abah panggil beron. Rupanya, brown yang dipahangkan.
BalasPadamKurus² pun ada buah ye Wak... Mudah-mudahan tumbuh subur hendaknya
BalasPadamComel la depa dua tu.
Moga terus subur dan berbuah lebat, nanti updatelah ye wak pasal pokok limau ni bila dah besar nanti.
BalasPadamSemoga tumbuh subur dan berbuah lebat.
BalasPadamSaya tertanya-tanya bagaimana jika buahnya telah besar dan berat sedangkan pokoknya masuk belum kuat.
BalasPadamSedih pula saya baca post ini. Saya pernah kematian kucing. Sedihnya sampai tersedu2 saya menangis.
BalasPadamsemoga pokok limau barli wak akan tumbuh dgn subur...
BalasPadamsemoga membesar dengan sihat, menemani miow2 di alam sana
BalasPadamNak tanya, limau ni sebenarnya dari bali atau taiwan?
BalasPadamKecik² dah berbuah.. Dah cukup baik.
BalasPadamSedih baca entri Wak kali ni. Dua-dua comei, Bubu dan Oyen.
BalasPadamDalam polibeg pun, dah berbuah. Semoga pokoknya tumbuh subur.
turut berduka tentang kepergian dua kucingnya
BalasPadamSedih pula saya baca post ni.. Dulu saya pun penggemar Kucing tapi sekarang tak lagi kerana saya alahan dengan bulu Kucing dan menyebabkan selalu bersin atau selsema. Apapun saya tumpang simpati atas pemergian Oyen dan Bubu. Semoga Wak diberi ganti yang lebih baik.
BalasPadamMereka best friend meow rupanya...sedihnya bab meninggal selang sebulan.....
BalasPadamSayu pulak tengok oyen & bubu
BalasPadamSemoga saja nanti tanaman ini pun berbuah lebat ya Wak. Oyen dan bubu memang sahabat baik lah. Sedih bacanya, tapi bersyukur semasa hidup mereka dipelihara oleh Wak. At least mereka happy lah ❤️
BalasPadamMasa wak beli tu memang dah keluar buah ke pokok limau bali ni
BalasPadamMasa beli pokoknya rendah aje dan tidak berbuah.
Padamtanda ingatan wak pada Oyen dan Bubu.
BalasPadamSemoga pokok dan buah limau bali taiwan tu nanti sesihat dan selebat bulu2 Oyen dan Bubu.
Semoga membesar dengan jayanya pokok ni bila di tanam di pusara Oyen dan Bubu
BalasPadamMoga tumbuh segar dan berbuah.. Senang nak kenal di mana kuburannya Oyen dan Bubu
BalasPadamSemoga pokoknya membesar dengan sihat dan mengeluarkan buah yang banyak..
BalasPadamHibanya ada kenangan dengan Oyen dan Bubu yang sudah pergi. Semoga pokok limau bali hidup subur dan berbuah lebat.
BalasPadam