Ahad, 4 Disember 2022

Sujud Menyembah Bumi

 Salam bertani

Sepohon cempedak tua di dusun WP telah tumbang beberapa hari yang lalu. Mungkin terkena ribut ditambah pula musim hujan menyebabkan struktur tanah menjadi longgar kerana banyak mengandungi air. Nasib baik tidak menghempap pokok-pokok lain yang ada bersebelahan dengannya. Wak biarkan dulu ia begitu dan belum bercadang untuk memotongnya.


Sepohon cempedak yang tumbang beberapa hari yang lalu


Keadaan banir pokok
Mujurlah tiada akar yang putus


Batangnya sudah sebesar sepemeluk


Keadaan pokok yang sama  pada musim buah yang lepas


Biasanya menghasilkan beratus-ratus buah cempedak


Ini adalah pokok cempedak lain yang pernah tumbang
 beberapa tahun yang lalu.
Wak biarkan sahaja ia sujud ke bumi dan telah menghasilkan
buah yang lebat pada musim yang lepas.


Salam bertani


23 ulasan:

  1. Allahu...bila Allah berkehendak,
    pokok sepemeluk pun boleh tumbang..
    Alhamdulillah bukan berlaku waktu Wak kat kebun & tiada kejadian tak diingini..
    Hikmah nanti dapat panen cempedak yang sudah rendah..

    BalasPadam
  2. Sampai sudah masanya untuk pergi

    BalasPadam
  3. sayang juga tengok kan, musim lalu byk hasilnya tapi mana lah kita nak melawan alam kan. bsyukur tak menimpa pokok lain.

    BalasPadam
  4. Banyak sungguh hasil dari pokoknya wak..

    BalasPadam
  5. Setiap yg hidup pasti merasa mati....

    BalasPadam
  6. Geram plak tgok hasil yang pokok lagi satu tu...sayang la wak kalau dipotong yang baru rebah ni....

    BalasPadam
  7. masih bertahan ye wak pokok yang satu tu, walau dah tumbang, moga-moga hat yang baru tumbang tu pun masih mampu bertahan hayatnya dan terus berbuah.. in syaa allah

    BalasPadam
  8. Semoga Allah ganti dgn yang lebih baik.
    Assalamualaikum WP

    BalasPadam
  9. Begitulah jua manusia kn wak.. setelah puas berbakti, akhirnya tumbang jua rebah ke bumi

    BalasPadam
  10. Wah.. walaupun rebah tetap mengeluarkan hasil ye wak.. Mungkin yang tumbang ini pun akan begitu..

    BalasPadam
  11. akar xputus walau tumbang masih hidup n mengeluarkan hasil yg banyak..Alhamdulillah

    BalasPadam
  12. Tapi ajaibnya pokok cempedak ni kadang dah tumbang pun tapi buahnya lebat je, teringat pokok cempedak rumah atok, tumbang tp cempedaknya lebat berbuah jadi mudah nak petik sebab dah kat bawah kan semuanya

    BalasPadam
  13. Masyaallah, walaupun dah tumbang, tetap mengeluarkan hasil..geramnya tengok buah cempedak..

    BalasPadam
  14. Aduh.. sayangnya. Belakang rumah saya ada tanam sepokok cempedak. Moga² menghasilkan buah suatu hari nanti.

    BalasPadam
  15. wow banyak betul buahnya.. banyak berjasa pokok ni

    BalasPadam
  16. Walau dah tumbang masih boleh berbuah ya pokok yang lagi satu.. bagus lah macam tu, tak perlu potong dulu pokok yang tumbang tu, mana tau ada rezeki pokok tu pun berbuah nanti kan Wak..

    BalasPadam
  17. Selagi akarnya masih hidup pokoknya masih boleh mengeluarkan hasil ye wak. Geram je tenguk buahnya lebat sungguh

    BalasPadam
  18. setiap yg gagah akan jatuh juga akhirnya...ehhhh tiber

    BalasPadam
  19. Tumbang menyembah bumi dah ya. Rezeki kan wak setelah dia banyak berbakti

    BalasPadam
  20. Masih ada rezeki walaupun sudah tumbang menyembah bumi. Akar tak putus masih boleh hidup subur pokok ni. Senang juga nak ambil buahnya.

    BalasPadam