Wak ada membiakbaka ayam kampung untuk menghasilkan lebih banyak daging atau telur. Membiakbaka ialah proses mengkacukkan ayam kampung dengan spesis ayam daging (untuk dapatkan saiz ayam kampung yang lebih besar) dan dengan spesis ayam penelur (untuk dapatkan ayam kampung yang lebih banyak bertelur). Ayam kampung hasil daripada biakbaka juga lebih cepat matang berbanding ayam kampung ori. Jom pergi reban.
Bapa ayam bangkok (siam).
Ayam betina pedaging.
Akan menghasilkan ayam kampung kacuk yang
lebih besar dan cepat matang.
Ayam jantan dan betina siam mempunyai saiz
yang lebih besar berbanding ayam kampung ori.
Ayam yang dibiakbaka akan dikurung di reban pembiakan.
Telur yang dihasilkan akan dipilih untuk dieramkan.
Ayam jantan white leghorn (baka penelur)
Ayam kampung kacuk betina (warna perang)
Ayam betina white leghorn (warna putih)
Ayam betina siam (warna hitam)
Ayam kampung kacuk dara mempunyai saiz yang lebih besar
daripada ayam kampung asli.
Akan dibiakbaka dengan ayam jantan white leghorn
untuk menghasilkan anak ayam kampung penelur.
Anak ayam kampung penelur hasil daripada
proses biakbaka.
Hasil biakbaka ayam kampung
Saiz yang lebih besar dan bertelur lebih kerap.
Salam bertani
Luasnya perumahan ayam wak... bkn reban dh ni.. wak mmg jual ke ayam kampung ni?
BalasPadamLebih kepada makan sendiri
PadamJual kepada kawan2 aje
Wah ilmu ni wak... Walau dulu arwah atok memang ada banyak bela ayam2 kampung ni tapi tak pernah amek tau jenis2 nya
BalasPadamSaya punya ayam-ayam sudah habis disembelih raya aidilfitri yang lalu. Nak pelihara lagi macam mahal sangat nak beli doc AKK. Dulu dapat seekor RM2.00++ Sekarang dah RM3-4++ seekor.
BalasPadamTerima kasih Wak kongsi ilmu tentang baka-baka ayam ni. Yang sayur tahu, ayam kampung & ayam daging je :D
BalasPadam#saya tahu
Padamwah besarnya reban ayam wak boleh lari keliling. Banyak rumah teres pulak tu. Ayam-ayam wak bela cantik-cantik terutama yang baka siam.
BalasPadamluasnya reban
BalasPadamhebat sungguh wak membiakbaka ayam.luas reban ayam wak dikelilingi pokok2 dusun nyamannya rasa
BalasPadamimpian saya pencen nanti nak ada rumah kampung tak tau la sempat merasa ke tak wak...
Wak ni banyak betul ilmu pertanian dan penternakan .
BalasPadamSeronok baca
ayam biakbaka nampak lebih besar dari biasa berat timbangan n banyak isinya
BalasPadamwak just nak tanya... ayam kampung yg berbeza warna bulu ni, dari segi daging dia, ada tak perbezaan? maksud sy dari segi rasa...
BalasPadamRasanya sama sahaja
PadamOOoo... istilah dia 'biakbaka' eh?
BalasPadamkalau dekat ngan wak ni...memang pergi sana nak beli ayam kampung tu...geram nengoknya...kalau wak x jual SA TETAP NAK JUGAK BELI HAHAHAHAHA
BalasPadamsemoga berjaya menternak banyak ayam kampung baka besar wak
BalasPadamMesti sedap ayam baka kacuk macam ni.
BalasPadampandainya wak buat inovasi dlm bidang penternakan. tahniah krna berjaya membiakkan baka ayam yg besar dan produktif...
BalasPadamTerbaik WP ... 👍
BalasPadamwak tak nk buka bisnes ke boleh beli ayam wak
BalasPadamMakin bertambah lah keluarga Wak nanti.
BalasPadamTelur ayam kampung bagus..tinggi protein.
BalasPadamseronoknya ternak ayam sendiri. kami pun suka beli ayam kampung sebab lebih sihat dan kualiti terjamin.
BalasPadamBagusnya ada bela ayam sendiri macam Wak nie, tak risau kalau keputusan bekalan kat pasaran. Dah lepas dah buat makan sendiri..
BalasPadamSaya ingat sama saja semua ayam kampung, kecuali ayam serama.
BalasPadamayamnya kelihatan sehat sehat ya wak..senang mbul melihatnya
BalasPadamAda juga ayam siam rupanya.. banyak betul spesis siam. kat Malaysia ni.. durian siam, ayam siam
BalasPadamkacukan yang menghasilkan baka yg lebih baik
BalasPadamtengok ayam ni teringat pulak video ayam mercedes benz..terkagum saya kepala ayam ni sangat stabil..padahal kecik2 dulu selalu main kejar dengan ayam, tak pernah cuba pegang sebab ayam asyik lari...hahahah
BalasPadamwak duduk mana? nak beli ayam hehe
BalasPadamBagus juga kan wak. Dapat hasil yang baik juga nanti. Ayam besar dan kerap dapat telur ayam.
BalasPadam