Rabu, 14 Disember 2022

Membiakbaka Ayam Kampung

 Wak ada membiakbaka ayam kampung untuk menghasilkan lebih banyak daging  atau telur. Membiakbaka ialah proses mengkacukkan ayam kampung dengan spesis ayam daging (untuk dapatkan saiz ayam kampung yang lebih besar) dan dengan spesis ayam penelur (untuk dapatkan ayam kampung yang lebih banyak bertelur). Ayam kampung hasil daripada biakbaka juga lebih cepat matang berbanding ayam kampung ori. Jom pergi reban.


Bapa ayam bangkok (siam).
Ayam betina pedaging.
Akan menghasilkan ayam kampung kacuk yang
lebih besar dan cepat matang.


Ayam jantan dan betina siam mempunyai saiz
yang lebih besar berbanding ayam kampung ori.


Ayam yang dibiakbaka akan dikurung di reban pembiakan.
Telur yang dihasilkan akan dipilih untuk dieramkan.
Ayam jantan white leghorn (baka penelur)
Ayam kampung kacuk betina (warna perang)
Ayam betina white leghorn (warna putih)
Ayam betina siam (warna hitam)




Ayam kampung kacuk dara mempunyai saiz yang lebih besar
daripada ayam kampung asli.
Akan dibiakbaka dengan ayam jantan white leghorn
untuk menghasilkan anak ayam kampung penelur.


Anak ayam kampung penelur hasil daripada
proses biakbaka.


Hasil biakbaka ayam kampung 
Saiz yang lebih besar dan bertelur lebih kerap.

Salam bertani

31 ulasan:

  1. Luasnya perumahan ayam wak... bkn reban dh ni.. wak mmg jual ke ayam kampung ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lebih kepada makan sendiri
      Jual kepada kawan2 aje

      Padam
  2. Wah ilmu ni wak... Walau dulu arwah atok memang ada banyak bela ayam2 kampung ni tapi tak pernah amek tau jenis2 nya

    BalasPadam
  3. Saya punya ayam-ayam sudah habis disembelih raya aidilfitri yang lalu. Nak pelihara lagi macam mahal sangat nak beli doc AKK. Dulu dapat seekor RM2.00++ Sekarang dah RM3-4++ seekor.

    BalasPadam
  4. Terima kasih Wak kongsi ilmu tentang baka-baka ayam ni. Yang sayur tahu, ayam kampung & ayam daging je :D

    BalasPadam
  5. wah besarnya reban ayam wak boleh lari keliling. Banyak rumah teres pulak tu. Ayam-ayam wak bela cantik-cantik terutama yang baka siam.

    BalasPadam
  6. hebat sungguh wak membiakbaka ayam.luas reban ayam wak dikelilingi pokok2 dusun nyamannya rasa
    impian saya pencen nanti nak ada rumah kampung tak tau la sempat merasa ke tak wak...

    BalasPadam
  7. Wak ni banyak betul ilmu pertanian dan penternakan .
    Seronok baca

    BalasPadam
  8. ayam biakbaka nampak lebih besar dari biasa berat timbangan n banyak isinya

    BalasPadam
  9. wak just nak tanya... ayam kampung yg berbeza warna bulu ni, dari segi daging dia, ada tak perbezaan? maksud sy dari segi rasa...

    BalasPadam
  10. kalau dekat ngan wak ni...memang pergi sana nak beli ayam kampung tu...geram nengoknya...kalau wak x jual SA TETAP NAK JUGAK BELI HAHAHAHAHA

    BalasPadam
  11. semoga berjaya menternak banyak ayam kampung baka besar wak

    BalasPadam
  12. pandainya wak buat inovasi dlm bidang penternakan. tahniah krna berjaya membiakkan baka ayam yg besar dan produktif...

    BalasPadam
  13. wak tak nk buka bisnes ke boleh beli ayam wak

    BalasPadam
  14. Makin bertambah lah keluarga Wak nanti.

    BalasPadam
  15. Telur ayam kampung bagus..tinggi protein.

    BalasPadam
  16. seronoknya ternak ayam sendiri. kami pun suka beli ayam kampung sebab lebih sihat dan kualiti terjamin.

    BalasPadam
  17. Bagusnya ada bela ayam sendiri macam Wak nie, tak risau kalau keputusan bekalan kat pasaran. Dah lepas dah buat makan sendiri..

    BalasPadam
  18. Saya ingat sama saja semua ayam kampung, kecuali ayam serama.

    BalasPadam
  19. ayamnya kelihatan sehat sehat ya wak..senang mbul melihatnya

    BalasPadam
  20. Ada juga ayam siam rupanya.. banyak betul spesis siam. kat Malaysia ni.. durian siam, ayam siam

    BalasPadam
  21. kacukan yang menghasilkan baka yg lebih baik

    BalasPadam
  22. tengok ayam ni teringat pulak video ayam mercedes benz..terkagum saya kepala ayam ni sangat stabil..padahal kecik2 dulu selalu main kejar dengan ayam, tak pernah cuba pegang sebab ayam asyik lari...hahahah

    BalasPadam
  23. Bagus juga kan wak. Dapat hasil yang baik juga nanti. Ayam besar dan kerap dapat telur ayam.

    BalasPadam