Rabu, 9 Februari 2022

Beli Sayur ?

 Salam bertani

Harga sayur-sayuran pun dah mahal sekarang. Jomlah tanam sayur di sekitar rumah untuk kegunaan sendiri. Kalau ada lebihan bolehlah sedekahkan kepada jiran-jiran.

Tak perlu ada kawasan yang luas atau subur. Boleh aje tanam di batas kecil, pasu bunga atau polibeg. Medium tanaman seperti tanah bakar, cocopet, tanah hitam kelapa sawit atau tanah organik banyak dijual di nerseri pertanian atau di pasar minggu.

Guna bahan lebihan dapur sebagai baja. Air siangan ikan atau ayam dan air basuhan beras boleh dijadikan siraman berkhasiat. Kulit telur, kulit bawang, uncang teh terpakai, garam dapur sesuai juga dijadikan baja.

Tanam sayur sendiri dapat mengisi masa lapang, lebih jimat dan pastinya selamat tanpa was-was untuk dimakan.


Sayur kobis atas batas


Tanam sawi dalam pasu bunga


Sayur kangkung
Sekali tanam banyak kali boleh tuai


Pokok kacang panjang
Tanam 2 pokok pun tak habis makan


Cili kampung tumbuh sendiri


Pucuk keledek sayur bila-bila boleh tuai


Tanam bendi di batas


Ulam pegaga


Guna bekas plastik terpakai


Pokok kacang panjang renek dalam pasu


Sebatas pokok lada besar


Pucuk ubi pulut


Pokok terung unggu dalam polibeg


2 pokok salad pun tak habis makan


Tanam lokio dalam pasu bunga
Salam bertani

35 ulasan:

  1. Banyak kebaikannya.. dapat berjimat dan mengisi masa lapang :)

    BalasPadam
  2. cantik & subur2 pokok sayur wak..sayur kobis cantik..pertama kali tengok pokok kacang pajang renek..

    BalasPadam
  3. Berbudi pada tanah, hasilnya melimpah-ruah.

    BalasPadam
  4. seronoknya tengok semua sayur2 subur

    BalasPadam
  5. Itulah ada beli benih sayur konon nk tanam tapi tak jugak tertanama-tanam... baru semalam beli sawi di supermarket, main ambik dam timbang je sekali rm6.. huhuhu... kalau beli di pasar tamu rm5 dapat 3 ikat sayur berlainan jenis.. huhu

    BalasPadam
  6. Bagus kan, kalau nak makan, petik aje, terus masak. Kalau membeli ni, beli banyak, tak dimasak, busuk pulak. Nak pergi beli hari2, sayur makin mahal.

    BalasPadam
  7. teringin juga nak bercucuk tanam di tingkat 8...malas satu hal..tak yakin satu hal

    BalasPadam
  8. Kesiankan Wak yang memang meniaga, semua barang naik, Saya ni tinggal berdua, takat sayur tu, beli kobis sebuku, dua minggu belum tentu habis hahahaha

    BalasPadam
  9. wah segar2 nya sayur. seronok nak mkn petik jaa.

    BalasPadam
  10. Kena rajin dan minat jugak,kalau tidak tak jadi,kagum dgn Wak,tanam apa pun semua subur menjadi elok.

    BalasPadam
  11. dah tua tua ni, malas nak menanam. tinggal pun sorang sorang je dah!

    BalasPadam
  12. Ya allah...geramnya tengok..semuanya menjadi tu ha....SA tanam apa pun x jadi hahahaha

    BalasPadam
  13. Nak pindah sebelah rumah Wak la :D
    Tapi betul Wak, dapat jimat belanja sangat
    Contohnya sy pokok bawang je, alhamdulillah dah byk kali petik dan tak perlu beli dah...

    BalasPadam
  14. Seronoknya tengok tanaman Wak.. menjadi sungguh ya..

    BalasPadam
  15. Wah cantek2 betul sayuran wak... Segar bugar

    BalasPadam
  16. pelbagai sayur ada keliling rumah tiap hari boleh berganti menu makan mudahnya Alhamdulillah berkat rajin usaha

    BalasPadam
  17. untongla wak kangji eneng kebon leh tandoran sayuran kabeh.. 😅😅

    BalasPadam
  18. Banyaknya hasil tanah.. Alhamdulillah...
    Boleh try tanam sawi dlm pasu juga nanti. Segar semua tanaman wak

    BalasPadam
  19. Best dapat bercucuk tanam keliling rumah.

    BalasPadam
  20. sungguh beruntung ada tanah dan masa untuk memgusahakan tanaman..

    saya juga suka bertanam dan tak seronok nak asyik be;i sayur sahaja di kedai

    BalasPadam
  21. Seronoknya ada tanah luas macam macam boleh tanam. Macam ni memang tak payah beli sayur dah.

    BalasPadam
  22. Meriahnya tengok sayur-sayur hasil tanaman wak ni.. seronok. Tangan saya ni tak pasti lah boleh bercucuk tanam ke tak.

    BalasPadam
  23. Puas hati. Bila tanam sendiri bila-bila masa boleh tuai hasil. Untuk sendiri, untuk sedekah. Seronok.

    BalasPadam
  24. ada la juga tanam serai, daun kesom, daun pandan dsb. cuma bab sayur tu x pernah cuba...

    BalasPadam
  25. Masya Allah....sukanya dapat tengok pohon-pohon sayuran segar ni.Terapi mata walau bukan depan mata..
    Wak,pokok keledek sayur dan pokok keledek ubi tak sama yer?

    BalasPadam
  26. wahh bestnya wak,banyak sayur2. dah takyah beli dah. kat rmh saya pun variety juga syr2an, mak tanam. cili 3 pokok siap boleh buat cili flex. daun bawang tak pernah ada, selalu buat pencampur cucur semuan. hahaha

    BalasPadam
  27. seronok kalau bertani & dapat hasil

    BalasPadam
  28. Haah ada tanam sayur dan ada secara tidak sengaja. Buang biji benih hidup pula. Hehe. Tanam sayur yang digunakan.

    BalasPadam
  29. seronoknya boleh tanam sayur. ayah di kampung suka tanam sayur, adalah kebun kecil untuk ayah keluarkan peluh. seronok ada kebun sendiri, dpt makan sayur fresh. :-)

    BalasPadam
  30. syoknya ada pokok salad. Dekat sini makin mahal harga salad padahal kualiti makin teruk

    BalasPadam
  31. Alhamdulillah.. Rajin berbudi pada tanah, meriah hasilnya.. banyak boleh jimat..

    BalasPadam