Khamis, 28 Februari 2019

Pokok Pulasan Mula Berbunga

Salam bertani

Pokok pulasan merupakan salah satu jenis buah-buahan bermusim yang paling awal berbunga selain pokok kuini dan pokok durian. Walau bagaimana pun buah pulasan lambat matang berbanding buah-buahan lain kerana tempoh kematangannya yang lebih panjang. Musim panas dan kering yang berpanjangan sangat sesuai untuk pembentukan mata bunga bagi pokok-pokok buah-buahan bermusim.

Kebanyakan pokok pulasan di dusun WP sudah mula berbunga dan akan berputik tidak lama  lagi. Bunganya harum semerbak meberi aroma ke seluruh kawasan dusun.



Sekuntum bunga pulasan sedang mekar


 Gambar-gambar yang sempat dirakam menunjukkan sebahagian pokok-pokok pulasan yang sedang lebat berbunga.






Pokok pulasan ini tidak berbunga kerana baharu dicantas


Gambar buah pulasan matang (musim yang lepas)

Salam bertani.

40 ulasan:

  1. Alhamdulillah. Moga terus membesar dan matang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas raya baru musim.
      Itu pun kena berperang dengan monyet

      Padam
  2. moga semua menjadi ye wak, geram tul nengok pokok pulasan ni, dhla rendang buah lak banyak... teringinnya nk tanam buah pulasan kt kl nih... kt kg ada jgk adik tanam tp lum berbuah lg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pokoknya memang rendang2.
      Boleh petik dengan tangan aje.
      Biasanya lepas menuai wak broning pokoknya supaya tak tinggi.

      Padam
  3. Bunga banyak nanti buah pun mesti banyak. Best nya ada dusun yang menjadi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pernah dulu masa buah banyak, harganya sampai 3kg RM5 aje.

      Padam
  4. jarang jumpa pokok pulasan di kelate ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang peliknya benih pulasan ni dulu asalnya dari Siam
      Tapi orang Kelantan jarang2 tanam.
      Ada kawan Kelantanese JDT kat sini pun kata di kampung mereka tak jumpa pokok ni.

      Padam
  5. Sedapnya pulasan. Banyak bunganya dah ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kebanyakan buah2an bermusim dah mula berbunga sekarang.

      Padam
  6. uishh seronoknyaaa...kita sukaaa buah pulasan ni!

    BalasPadam
  7. pokok kat rmh ayah ejulz x menjadi buah ni.. hehe

    BalasPadam
  8. In shaa Allah ,kalau lekat bunganya pasti banyak buahnya nanti kan. Pulasan ni jarang dapat makan, selalu makan rambutan je :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lebih kurang macam rambutan juga.
      Dulu harganya mahal, tapi sekarang lebih kurang harga rambutan aje.

      Padam
  9. Salam... Nak Tanya info mengenai semalu air@ kangkung puteri... Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada satu entri bertajuk Sayur Kampung : Pokok Setangki bertarikh 06 Februari 2016 di blog Warisan Petani

      Padam
  10. Kalau ada maklumat mengenai semalu air... Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. https://warisanpetani.blogspot.com/2016/02/sayuran-kampung-pokok-setangki.html

      Padam
  11. sekarang ni buah2an tempatan pun tak kurang kalah harganya

    BalasPadam
    Balasan
    1. harga boleh tahan tetapi musuhnya banyak.
      Kadang2 tak dapat menuai pun.

      Padam
  12. HARUM BUNGA PULASAN SEMERBAK DI DUSUN

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha aa PI
      Sekarang dusun tengah mewangi dengan bau2 bunga buah2an

      Padam
  13. macam pernah tgk dalam dia macam buah rambutan kan ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lebuh kurang macam rambutan isinya, cuma kulitnya lebih tebal

      Padam
  14. Syoknya ada pokok sendiri, tak payah nak beli. Penah makan buah pulasan ni. Cara nak buka kena pulas kulit dulu.

    BalasPadam
  15. Kalau berbuah dan masak ranum akan nampak cantik la kebun WP nanti...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cantik merah menyala.
      Pokok rambutan pun banyak.

      Padam
  16. Pergh!! Banyak bunganya tu.. Semoga buahnya jadi elok..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kebanyakan pokok berbunga penuh kecuali yang baru dipangkas tak berbunga.

      Padam
  17. Pokok saya berbunga lebat.. Tapi lepas tu bunga gugur xlekat buah.. Ada cara x nak buat pokok tu berbuah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pokok pulasan kalau tanam menggunakan biji benih, ada yang jantan. berbunga lebat tetapi tak jadi buah.
      Kalau benih klon, in syaa Allah akan jadi buah nanti

      Padam
  18. Kalau da start berbunga berapa lagi kena tunggu sampai masak ?

    BalasPadam