Khamis, 28 Februari 2019

Pokok Pulasan Mula Berbunga

Salam bertani

Pokok pulasan merupakan salah satu jenis buah-buahan bermusim yang paling awal berbunga selain pokok kuini dan pokok durian. Walau bagaimana pun buah pulasan lambat matang berbanding buah-buahan lain kerana tempoh kematangannya yang lebih panjang. Musim panas dan kering yang berpanjangan sangat sesuai untuk pembentukan mata bunga bagi pokok-pokok buah-buahan bermusim.

Kebanyakan pokok pulasan di dusun WP sudah mula berbunga dan akan berputik tidak lama  lagi. Bunganya harum semerbak meberi aroma ke seluruh kawasan dusun.



Sekuntum bunga pulasan sedang mekar


 Gambar-gambar yang sempat dirakam menunjukkan sebahagian pokok-pokok pulasan yang sedang lebat berbunga.






Pokok pulasan ini tidak berbunga kerana baharu dicantas


Gambar buah pulasan matang (musim yang lepas)

Salam bertani.

Rabu, 27 Februari 2019

Isnin, 25 Februari 2019

Ahad, 24 Februari 2019

Menanam Serai

Salam bertani

WP ada memulakan projek kecil-kecilan menanam 100 batang serai untuk kegunaan menjelang bulan Ramadan dan Syawal nanti. Anak benih serai diambil daripada beberapa rumpun serai dewasa untuk dibiakkan. Sebelum ditanam, bahan penanaman serai direndam beberapa hari sehingga mengeluarkan akar baru dan anak serai. Selepas itu baharulah ditanam di atas tanah. Memandangkan cuaca panas dan tidak hujan sekarang, pokok-pokok serai yang baru ditanam ini perlu disiram setiap hari.

Mudah-mudahan usaha suka-suka untuk riadah dan  mengeluarkan peluh ini akan memberikan hasil seperti yang diharapkan.


Bahan penanaman serai yang disediakan daripada
satu rumpun serai dewasa.


Bahan penanaman direndam beberapa hari sehingga
mengeluarkan akar dan anak serai.


Menanam tiga baris serai.
Satu batang serai ditanam pada satu lubang.



Keadaan pokok serai setelah beberapa minggu ditanam. 


33 pokok bagi setiap baris.


Setelah sebulan ditanam.
Sudah diberikan baja organik.


Keadaan terkini tanaman serai.
Baris pertama ditanam awal sedikit berbanding baris kedua dan ketiga.
Pokok-pokok serai agak lambat membesar kerana cuaca
yang sangat panas dan tiada hujan sekarang.

Salam bertani.

Selasa, 19 Februari 2019

Isnin, 18 Februari 2019

Ahad, 17 Februari 2019

Projek Menggali Parit

Salam bertani.

WP ada mengupah pekerja menggali dan mendalamkan parit di dusun menggunakan jentera penggali parit. Kerja-kerja perparitan dilaksanakan selama seminggu sehingga siap. Sistem perparitan yang sempurna sangat penting untuk mengelakkan banjir kilat atau air bertakung semasa hujan lebat.


Inilah parit asal yang menyalirkan air di tengah-tengah kebun.
Asalnya digali menggunakan cangkul sahaja.


Keadaan parit selepas diselenggara menggunakan jentera.


Jentera penggali parit. 


Parit baharu digali di sempadan kebun.



Parit sempadan.
Dusun WP bersempadan dengan kebun kelapa sawit terbiar.


Keadaan parit yang baru digali di kawasan hujung dusun.

Salam bertani

Sabtu, 16 Februari 2019

Bunga Musim Panas

Salam bertani.

Sudah menjangkau sebulan tak turun hujan dan cuaca panas sepanjang siang. Panas berpanjangan begini menandakan pokok-pokok buah-buahan akan mula berbunga. Pokok kuini, pulasan dan durian sudah mula berbunga. Begitu juga dengan pokok getah yang telah meluruhkan daunnya dan mula mengeluarkan bunga dan tunas baru.

Pokok bunga kertas juga memerlukan cuaca panas berpanjangan untuk galak berbunga. Sekarang tengah meriah halaman rumah dengan warna warni bunga kertas.






Salam bertani.

Rabu, 13 Februari 2019

Isnin, 11 Februari 2019

Sabtu, 9 Februari 2019

Pokok Labu Manis

Salam bertani

WP memanan sepokok labu kuning/labu manis di tepi pagar rumah dan sudah mengeluarkan beberapa biji buah. Buah labu biasanya sedap dimasak lemak dicampur dengan sayuran lain atau udang. Ia juga sedap dibuat bingka atau kuih koci. Semasa kecil dahulu WP sekeluarga biasa makan labu kuning rebus sebagai sarapan pagi atau minum petang. Pucuk labu muda juga sedap dimasak lemak atau tumis.

Pokok labu boleh hidup subur di kawasan tanah bakar atau tahan yang kaya dengan organik. Ia tidak perlukan sokongan walaupun pokoknya hidup menjalar dan memerlukan pencahayaan penuh untuk pembentuka bunga dan buah.


Sebiji buah labu manis yang hampir matang


Inilah sepohon labu manis di tepi pagar rumah


Jambak bunga betina yang akan menghasilkan buah labu.


Jambak bunga jantan yang menghasilkan debunga.


Buah labu manis muda


Dibalut dengan surat khabar untuk mengelakan kerosakan


Buah labu manis yang sudah boleh dituai.
Tangkai buah bertukar warna kuning.


Buah labu manis/labu kuning ini dikatakan mengandungi pelbagai khasiat kesihatan dan perawatan. Ia rendah kalori dan tinggi serat sesuai dijadikan makanan diet, mengawal kalesterol dan melawaskan pencernaan. Buah labu kuning juga boleh mencantikan kulit dan mencegah penuaan awal kerana kaya dengan vitamin, mineral,serat dan antioksidan.

Ia dapat mengawal tekanan darah kerana mengandungi kalium yang tinggi. Selain itu, pemakanan labu manis dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh, mencegah kanser dan memelihara kesihatan jantung.

Salam bertani.

Rabu, 6 Februari 2019

Isnin, 4 Februari 2019