WP memanan sepokok labu kuning/labu manis di tepi pagar rumah dan sudah mengeluarkan beberapa biji buah. Buah labu biasanya sedap dimasak lemak dicampur dengan sayuran lain atau udang. Ia juga sedap dibuat bingka atau kuih koci. Semasa kecil dahulu WP sekeluarga biasa makan labu kuning rebus sebagai sarapan pagi atau minum petang. Pucuk labu muda juga sedap dimasak lemak atau tumis.
Pokok labu boleh hidup subur di kawasan tanah bakar atau tahan yang kaya dengan organik. Ia tidak perlukan sokongan walaupun pokoknya hidup menjalar dan memerlukan pencahayaan penuh untuk pembentuka bunga dan buah.
Sebiji buah labu manis yang hampir matang
Inilah sepohon labu manis di tepi pagar rumah
Jambak bunga betina yang akan menghasilkan buah labu.
Jambak bunga jantan yang menghasilkan debunga.
Buah labu manis muda
Dibalut dengan surat khabar untuk mengelakan kerosakan
Buah labu manis yang sudah boleh dituai.
Tangkai buah bertukar warna kuning.
Ia dapat mengawal tekanan darah kerana mengandungi kalium yang tinggi. Selain itu, pemakanan labu manis dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh, mencegah kanser dan memelihara kesihatan jantung.
Salam bertani.
labu direbus dan dimasak begitu sahaja pun sedap
BalasPadamWak masa kecik2 dulu selalu sarapan labu rebus
PadamBestnya ada pokok labu, nak cuba tanam jugalah nanti..teringin nak makan bunga labu goreng celup tepung! 😋
BalasPadamTanam sepokok tu adalah 5 -6 biji buahnya yang jadi.
Padambelum pernah buat bunga labu goreng celup tepung.
rasa teliur pulak nak makan masak lemak umi bila tgok labu tuu
BalasPadamBuat masak lemak memang uump
PadamAsalam WP..blog ni lebih ringan mesra ruangan komentar..bukan Google + dah..
BalasPadamseronok membaca gambar2 menarik buah labu..memang ramai suka buah labu ni
G+ dah gone.
Padamtapi habis komen2 lama dibawa sekali.
Ya Allah. . Berbudi kepada tanah pasti ada hasilnya kan
BalasPadamTanam suka2 aje tepi rumah.
PadamDapatlah buat makan sendiri.
Segarnya labu.. byk.ilmu bertambah yg mama xtau
BalasPadamYe buah labu memang banyak khasiatnya
PadamApatah lagi kalau kita tanam sendiri tak guna bahan kimia.
labu kuning ni feveret saya sekeluarga...tumis air dan tambah santan...sedap sangattt!
BalasPadamBuat koci labu pun sedap
PadamSedapnya..buat pengat labu campur biji sagu..
BalasPadamDah buat pengat hari tu separuh biji aje.
PadamOrang tua-tua suka makan labu terutama yang berpenyakit
BalasPadamSebab labu banyak khasiat perubatan.
PadamSha tak berapa suka makan labu.. Selalunya kalau buat gulai, memang ambil kuahnya sahaja.. :)
BalasPadamBoleh buat kuih bingka, tentu suka
Padammasak pengat pun sedap, tambah sagu biji
BalasPadamDah buat dah.
PadamMakan tak cukup semangkuk
KAK DULU SUKA TANAM LABU BERGOLEKGOLEK BUAHNYA...LABU YG HALUS ISINYA SEDAP DIMASAK SAYR R BUAT KUIH
BalasPadamPelbagai kegunaannya.
PadamLagi pun buah labu boleh simpan lama
Walaupun labu ni mudah hidup tapi dalam tempoh menanam 5 tahun ini labu saya tak pernah menjadi besar.
BalasPadamLabu suka hidup kat tapak tempat pembakaran
Padamatau guna tanah bakar, tentu subur dan rajin berbuah
Biasa petik buah labu di perbatasan sawah. Sekarang tak ada tempat nak tanam labu.
BalasPadamOrang dulu2 memang suka tanam labu kat batas sawah.
PadamTak payah siram
Baru lepas masak lemak putih labu..
BalasPadamBuat pengat pun sedap..😋
Pelbagai kegunaannya.
PadamEmak WP terror buat kuih koci labu
saya cukup suka makan labu.. tambah2 ni makanan kegemaran Rasulullah.. pernah juga tanam sekali lepas tu x nk dah sbb buah x berapa nk menjadi. :D
BalasPadamkalau beli kat pasar pun tak mahal buah labu ni.
PadamAda yang dah dipotong2.
mcm tajam je dahan..
BalasPadamSayangnya SA tak boleh makan labu..semput...
BalasPadamOwh orang semput tak boleh makan labu ek
BalasPadamAs'salam dekat sini ada yg nk memborong labu manis. Saya tgh mencari pembeli labu manis.bole contact/wassap 01127058574 #Admin tq
BalasPadamSaya baru nak petik buah labu ni.. pokok naik sendiri kat tepi rumah.. banyak buahnya..
BalasPadamAda 3 biji yg menjadi...alhamdulillah..suka buat pengat labu ...
BalasPadam