Sabtu, 18 November 2023

Tuai Bunga Kantan

 Salam bertani

Setiap hujung minggu wak akan menuai bunga kantan untuk dihantar ke pasar minggu di pekan yang berdekatan. Pokok kantan adalah tanaman selingan di dusun WP yang wak tanam sementara pokok durian belum membesar. Wak sedang mempebanyakkan tanaman pokok kantan kerana permintaan untuk bunganya sangat menggalakkan.




Sepenuaian bunga kantan.
Wak jual tolak kepada peniaga pasar minggu 50 sen sebatang.


Pokok kantan yang sudah berbunga.


Perdu pokok kantan yang sudah dibersihkan.
Batang yang sudah tua perlu dipangkas.


Pokok kantan ini belum berbunga
Memerlukan masa hampir setahun sebelum mengeluarkan hasil.

Salam bertani

32 ulasan:

  1. Jenis bunga kantan merah menyala.

    BalasPadam
  2. Baru-baru ni saya perasan kat kedai berdekatan jual bunga kantan warna merah macam ni. Sebelum ni warna pink dan sama seperti yang ditanam di rumah mak. Ada beza rasa ke wak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin sama sahaja, cuma warna yang berbeza.
      Dari segi harga yang warna merah lebih mahal sebab susah jumpa

      Padam
  3. Sy punya pokok kantan dikebun abis dikeroyok monyet wak..tumbuh pucuk baru disiat siatnya..

    BalasPadam
  4. bunga kantan ni my fav, biasanya saya mkn dgn nasi as ulam ie hiris nipis2 mcm ala2 ulam nasi kerabu.kat gombak ni harga one piece RM2-3

    BalasPadam
  5. Mirip bunga kecombrang kalau di sini Wak

    BalasPadam
  6. merah betul colour dia, biasa pink dan sikit putih je.

    BalasPadam
  7. Rendang sahaja pokok Wak. Hemat Wak jaga.

    BalasPadam
  8. Cantik merah kantan lain sikit dari yg selalu tengok

    BalasPadam
  9. Sy beli sekuntum 1.50 Wak! Huhu...

    BalasPadam
  10. Cantiknya warna bunga kantan yang Wak tanam ni.

    BalasPadam
  11. Nampak sihat dan segar bunga kantan hasil tanaman Pakcik WP.. Kat sini pun jual RM1.50 sekuntum. Itu pun belum tentu segar, pernah kena isinya hitam, tak boleh makan..sedih..

    BalasPadam
  12. Balasan
    1. Kalau yang tengah kembang, buat hantaran atau hadiah pun cantik

      Padam
  13. saya suka tumis goreng dgn ikan bilis dan belacan, buah dia lak if dah masak, campur dgn belacan cili. fuh!! pejam celik mata makan.

    BalasPadam
  14. Wahhh.. lama jugak sampai setahun menunggu berbunga. Patutlah bunga kantan mahal ya wak.

    BalasPadam
  15. murahnya WP tolak...saya biasa ambi dalam 70 sen lepas tu jual balik rm 1.00...tempat saya biasa rate kalau macam bunga kantan WP ni biasa jual rm 1 ke rm 2 anggarannya...

    BalasPadam
  16. cantik merah menyala bunga kantan wak, wak tolak 50 sen dekat sini sekuntum dijual rm2 lebih wak kadang ada yang rm3.

    BalasPadam
  17. aritu opismates ada juga bawa ke opis hasil dr kebun bunga kantannya..meriah...sronok tgk byk hasil tu..skarang pun mahal harganya

    BalasPadam
  18. Cantiknya warna bunga kantan ni. Kat rumah saya warna merah jambu. Wak punya ni merah menyala.

    BalasPadam
  19. Murah wak tolak…peniaga jual sampai RM sebatang kat KL/Seremban ni

    BalasPadam
  20. murah je tu wak jual kalau kat pasar orang pasar untung sebab bunga kantan mahal wak. Buat nasi goreng bunga kantan sedap ni

    BalasPadam
  21. Fav saya bunga kantan nie Wak. Ada juga suami tanam kat belakang rumah nie tapi tak banyak bunga macam Wak punya..

    BalasPadam
  22. Lumayan hasil bunga kantan nya.. Kalau balik kg mesti bawa balik penuh seplastik..

    BalasPadam
  23. Pekat betul warnanya ye wak...SA kalau balik kg memang suka ambil bunga kantan

    BalasPadam
  24. Bersih dan kemas je. Nak ambil pun berani sebab tak semak. Kalau semak, risau ada haiwan lain menjelma. huhu..Cantik betul warna bunga kantan wak ni.

    BalasPadam
  25. bunga kantan cantik macam ni, wak tolak 50 sen je? semoga makin murah rezeki wak

    BalasPadam
  26. Bagusnya, dapat hasil jualan bunga kantan. Alhamdulillah. Pernah sekali, di tempat saya, bunga kantan susah nak jumpa, terus jadi mahal.

    BalasPadam
  27. Saya selalu stok bunga kantan, utk buat nasi goreng atau sambal . Tapi di sini Bungan kantan disebut kecombrang atau honje.

    BalasPadam