Selasa, 15 Disember 2020

Tanaman Durian

 Salam bertani

Wak nak tunjukkan anak-anak durian klon yang wak tanam di dusun menggantikan pokok getah mulai tahun 2018 yang lepas. Wak tanam berperingkat-peringkat sehingga kini masih ada yang baru ditanam. Wak sedang menjaga dan mendidik lebih kurang 70 pokok anak durian yang perlu dibelai setiap hari. 

Penjagaan anak-anak durian yang baru ditanam sangatlah rumit kerana perlukan penyiraman, pembajaan, penyemburan racun serangga dan kulat, kawalan musuh perosak seperti monyet dan babi hutan, pengawalan rumpai dan sebagainya.

 Selepas berumur dua tahun, anak-anak durian yang berketinggian melebihi 3 meter lebih mudah dijaga Anak-anak durian akan mula berbunga selepas 5 hingga 6 tahun ditanam.


Anak durian duri hitam D200  umur 2 setengah tahun


Anak durian golden bun D13 umur 2 setengah tahun



D200 umur 2 setengah tahun


Anak durian musang king D197 umur dua setengah tahun


D197 umur 2 setengah tahun


Durian Monthong (Thailand) umur 2 setengah tahun


Durian kim hong D198 umur 3 tahun


D197 umur  2 tahun


D197 umur 2 setengah tahun




Durian Puang Manee (Thailand) setahun setengah


Durian nok kracip (Thailand) setahun setengah.


Salam bertani.



28 ulasan:

  1. Banyaknya pokok durian. Mesti luas tanah ni.. Bestnya nanti kalau pokok tu semua dah start berbuah. Dengan pelbagai jenis durian lagi. Terbaik. :)

    BalasPadam
  2. Macam2 jenis ada ya wak... tinghal tunggu masa nk berbuah ni ye

    BalasPadam
  3. pelbagai jenis durian yg ditanam dijaga tumbesarannya skjp saja dh boleh kutip hasil 6 tahun bukn lama terlalu cpt masa berlalu

    BalasPadam
  4. Bila nanti semua sudah mengeluarkan hasil, waktu itu rasa tidak sia-sia dulu keringat yang basah dan kering menguruskan pokok-pokok ini kan wak. Bersyukur sangat-sangat.

    BalasPadam
  5. bertahun juga nak tunggu dia berbuah kan

    BalasPadam
  6. Lama tu amik masa untuk berbuah kan....

    BalasPadam
    Balasan
    1. palin awal berbuah dalam umur 5 tahun.
      Ada yang 10 tahun baru berbuah pun ada.

      Padam
  7. in shaa Allah bila tiba masanya merasa lah hasil tanaman durian wak. Kenal wak nama2 jeis pokok durian kan, expert sungguh :)

    BalasPadam
  8. Lebih kurang sebaya umurnya. Nanti pakat berbuah sama-sama pulak. Jangan lupa jemput kami makan durian Wak!

    BalasPadam
  9. wah banyaknya pokok durian..seronok ni kalau berbuah nanti

    BalasPadam
  10. seronok tanam2 ni.. tapi nak tnggu berbuah tu haihh..
    sabarrrr banyak2 tapi mesti excited kan..

    BalasPadam
  11. Teringin betul nak pergi melawat kebun wak ni. Macam2 pokok ada hidup dengan jayanya.

    BalasPadam
  12. Durian ni kalau banyak air underground susah nak berbunga. Kena tengok tanah juga la kan.
    Banyak hasil wak nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul
      kena tenguk kesesuaian tanah
      kalau kena banjir atau kawasan rendah pun pokok boleh mati sekiranya air bertakung.

      Padam
  13. Thanks wak sharing. Dapat ilmu baru tentang menjaga anak pokok durian. Rumit juga tapi hasilnya berbaloi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penjagaan anak pokok durian yang baru tanam memang rumit.
      Kalau dah umur dua tiga tahun tu baru senang sikit.

      Padam
  14. Wak.. nanti kalau ada duriannya nak pergi beli dgn wak boleh?

    BalasPadam
  15. Wow macam-macam jenis pokok durian ada

    BalasPadam
  16. Beberapa tahun lagi bakal berhasil ni. Banyak jenis durian boleh rasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada berperingkat2.
      ada yang dah buah, ada yang sedang
      ada yang baru tanam.

      Padam
  17. Camana wak boleh ingat jenis dan bila tanam? Wak catit kat buku ke, atau wak ada buat label kat pokok? Hehe.. saya dulu selalu letak sticker kat pasu, kat anak pokok sayur, nak tengok berapa lama keluar hasil. Tapi lama-lama dah malas pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak main ingat dalam kelapa aje.
      Lagi pun kebanyakan jenis pokok durian ni wak kenal daripada bentuk daunnya.

      Padam