Pagi ini wak dan pn is3 tengah dalam mood kesedihan kerana cucu bongsu kesayangan si Oyen telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Oyen ditemui tidak bernyawa pada pukul 10 pagi waktu kami ingin membawanya ke vet untuk rawatan susulan.
Kisahnya bermula kira-kira tiga hari yang lepas apabila Oyen didapati tidak mahu makan dan tidak mahu keluar bilik. Kami membawanya ke vet tetapi doktor kata Oyen tidak demam dan memberikan suntikan dan tiga jenis pil untuk dimakan, Timbangan Oyen menunjukkan 9 kg, doktor kata beratnya budak ni.
Pagi ini selepas memberikan Oyen ubat dan suapkan makanan, Oyen masuk dalam bilik sementara menunggu pukul 10 untuk dibawa ke vet. Rupanya Allah lebih menyayangi si Oyen dan hanya memberikan kami pinjaman tak sampai setahun pun.
Selamat berehat Oyen. Damai dan tenanglah Oyen di sana.
Sedihnya post ni .. zhi suka kucing .. dulu pernah juga temankan kucing zhi di saat nazak nak pergi dah.. anak mata dia jadi besar tengok je zhi .. sampai lah dia tak ada.. ='(
BalasPadamAllahuuu… sedihnya 😔ðŸ˜. Dulu sy pun ada Oyen.. meninggal kt klinik Vet ðŸ˜
BalasPadamsedihnya.....saya belum pernah lalui kehilangan,tapi sekarang saya memang takut nak hadapi andai kata amber&daisy kembali kepada penciptaNya...
BalasPadamAllah sedihnya wak...terbayang2 anak-anak bulu 4 ekor dirumah.
BalasPadamAllahu...Oyen gelandangan SA dh hilang...x dapat dikesan langsung...mati jugak kot
BalasPadamsedihnya..comel Oyen..
BalasPadamoyen dlm kenangan
BalasPadamAlahai sedihnya, dah la sama macam Cigebu warnanya. https://www.faizalr.com/search/label/Cigebu
BalasPadamoyen mengembara jauh dalam tidurnya comey ja turut bersedih sabar ya babu n bos
BalasPadamsedihnya....
BalasPadammacam mati mengejut...sbb kalau mati sakit badannya akan mengiring...ni mcm mati dalm tidur...apapun Oyen mati membawa kasih sayang wak sekeluarga
BalasPadamðŸ˜ðŸ˜
BalasPadamSedihnya... saya faham perasaan kehilangan kucing ni sebab saya pun bela kucing jugak :'( comelnya oyen, mati pun nmpk mcm tidur je
BalasPadamBaca tajuk pun dah bole agak huhu ...comel je oyen, macam sedang tidur. Wak dah buat yg terbaik, Insha Allah ada ganjaran disisi-Nya 🤲
BalasPadam😢
BalasPadamAllahu.. berkolam mata sy rasa nak pecah dada. Salam takziah, wak dan istri atas pemergian selamanya Oyen.
BalasPadamtenang tgk oyen pergi mcm tiada skit apa2, ðŸ˜ðŸ˜ pastinya kehilangan yg amat menyakitkan..... abadi dlm kenngan spti moktam kami yg telah pergi selamanya
BalasPadamnanti insyaAllah Oyen akan datang balik di Syurga,, menerima keluarga sis.. (follower ain farhana tu lady yer kak.. )
BalasPadamlagi sedih bila dia pergi cepat sangat kan wak, teringat kucing dana yg mula-mula mati dulu dia sakit tak lama dlm 2 ke 3 hari, lps dh bwk vet bagi ubat tup2 dia mati.. masa tu seminggu jugak dana nngis, tiap kali aiyan cerita dia nangis dana pun nngis sama. Peritnya kehilangan kan
BalasPadamSedih baca post kali ini Wak..
BalasPadamT____T
BalasPadamTakziah Wak
Aduh.. Sedihnya.. Kesian oyen
BalasPadamMoga Oyen menjadi asbab wak dan keluarga masuk syurga..Aamin
BalasPadamsedeynyaaa :( bye2 oyen...kat ig rita rudaini pun dia tgh bersedey sbb kucing dia nama pekan pun mati mengejut jugak
BalasPadamSedih sekali ditinggal oyen ya Wak.
BalasPadamAnak saya sampai nangis ketika kucing kesayangannya warna orange juga, namanya si bobop, mati karena sakit.
Salam,
Oyen ni sakit apa sebenarnya.. gemok badan dia, memang sedap peluk ni
BalasPadamallahuakbar :( saya hilang kucing pun mcm nak gila rasa. takutnya kalau jd mcm ni T.T
BalasPadamTakziah... Sedihnya lahai... Walaupun saya x bela kucing.. tapi faham perasaan tu... Pahala wak jaga dia sampai akhir hayatnya .
BalasPadamtakziah ya... sian oyen. dulu mia ada bela kucing, bila kena langgar, sedihnya bukan kepalang.
BalasPadamAllahu...pastinya kesedihan mengahadapi kehilangan abadi...
BalasPadamBaca pun berlinang airmata apatah lagi pakcik dan isteri yang menjaga oyen.. Salam takziah.
BalasPadamSalam takziah. Pernah melaluinya tahun 1993. Kucing pertama dan kesayangan ku 'pergi juga'.
BalasPadamðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ sediiih sangat bacanya. Baru baca ttg oyen dipostingan bawah, eh ternyata dia dah tak ada ðŸ˜.
BalasPadamLihat wajah abu pun nampak sedih Krn kehilangan temannya. Ah, saya tak kuat kalo baca kucing2 yg pergi macam ni. Kebayang kucing2 saya sendiri di rumah 😔
Sedihnya Oyen dah tiada.
BalasPadamteringat kpd si oyen sy yg bernama Jamal. Semlm ia terkurung di dlm kereta. mujur sy terbuka hati nak check dlm tu sebelum tdo. jika tak, mungkin ia akan mati mcm bayi2 yg tertinggal dlm kereta oleh ibu mrka........
BalasPadamtidakkkkkkkkk
BalasPadamoyennnnnnnnnnnn
kenapa pergi cepat sangattttttttttt
sedihnya. walau dia haiwan bila dah sayang terasa sangat kehilangannya kan wak
BalasPadamLarrr kenapa Oyen kenapa....insya-Allah dia akan tunggu tuannya nanti sebagai saksi kebaikan kepadanya.....
BalasPadamDuuh sedih sekali..oyen telah pergi,walaupun hanya seekor kucing, tapi hewan ini mengerti betul dengan tuannya, dan mereka pun menurut ,sudah seperti keluarga sendiri, turut berduka Wak.
BalasPadamWalaupun tak sama dgn yg dh pergi, cari penganti wak..
BalasPadamTumpang sedih, Wak.
BalasPadamSelamat jalan, Oyen.
turut berduka.
BalasPadamAllahuakbar sedihnya..comel betul Oyen tu..sedih sangat sebab sama Oyen tu macam Oyen saya huhu
BalasPadamKesian oyen mungkin ada sakit yg kita tk tahu..
BalasPadamOyen dalam kenangan..
BalasPadamSedihnya..kehilangan si bulus kadang boleh buat kita down beberapa hari. In shaa Allah oyen tengah bahagia di sana..
BalasPadamSedihnya. Saya pun pernah kehilangan.
BalasPadamTumpang sedih Wak.
BalasPadamMoga Oyen berbahagia di sana.
Sedihnya! Takde lagi la tengok gambar Oyen yg gebu kat blog Wak lepas ni 🥲
BalasPadamSelamat Tahun Baru 2024 WP ...
BalasPadamOh! baru baca post ni Oyen sakit rupanya
BalasPadamat least Wak, Oyen mati depan mata dan kita boleh tanam. saya ckp kat anak, kalau boleh kucing2 yg ada ni biar mati depan mata dan kita tanam kat laman yang tak berapa besar dari hilang tanpa tahu mcm mana keadaan dia
BalasPadamSaya turut tumpang sedih wak. Tenanglah Oyen disana.
BalasPadamKami dah beberapa kali berhadapan dengan kucing mati di rumah kami. Kami tak bela tapi kucing datang singgah menumpang kasih. Sedih tak usah cakaplah.
BalasPadamSedihnyaðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
BalasPadam