Jumaat, 6 Ogos 2021

Membaja Organik Anak Durian

 Salam bertani

Pada pagi ini wak selesai memberikan baja organik kepada anak-anak pokok durian yang baru ditanam. Wak hanya taburkan sahaja baja tersebut di sekeliling perdu anak pokok. Nanti kalau ada masa wak akan gemburkan tanah dan baja organik yang ditaburkan itu.

Baja organik lebih sesuai digunakan untuk anak pokok durian yang baharu ditanam berbanding baja kimia. Baja organik tidak merosakkan anak pokok, dapat memperbaiki struktur tanah dan boleh mengekalkan kelembapan tanah. Cuma kandungan NPKnya agak kurang berbanding dengan baja kimia.


Wak gunakan baja organik 555 cap Jambatan
Baja ini membekalkan :
5 % Nitrogen
5% Phospat
5% Kalium


Bentuk baja organik


Ditaburkan di sekeliling perdu anak pokok durian.
Anak pokok durian IOI yang baru sebulan ditanam.


Anak pokok durian jawi super yang berumur sebulan.
Harganya RM 220.00 sepokok.


Anak pokok durian Long Lap Lae (Thailand)
berumur setahun


Anak Pokok durian Musang Queen
berumur setahun


Anak pokok durian Musang King
berumur setahun


Anak pokok durian duri hitam
berumur setahun.


Salam bertani.


33 ulasan:

  1. Woww seronok tengok anak2 pokok Wak membesar dengan elok.. Moga semuanya hidup subur..

    BalasPadam
  2. Baja organik untuk anak-anak pokok ya.., indah permandangan..

    BalasPadam
  3. Wah musang king pun ada ya..tanaman hari ini adalah hasil utk masa akan dtg.

    BalasPadam
  4. oh baja jenis ni ye Wak
    tq tqq bolehlah sy nk cari utk pokok2 durian baru kat kebun

    BalasPadam
  5. Umur baru setahun tp merimbun pokoknya

    BalasPadam
  6. Seronoknya bermain dengan tanah..
    Segar elok tumbuh pokok durian tu..

    BalasPadam
  7. Wahhh soploh taon lg membesar dgn sihat la pokok2 tu ye wak.. Rezeki anak cucu la merasa hasil nya nnt

    BalasPadam
  8. kalau kena gayanya, boleh jadi tauke besar durian nnt :-)

    BalasPadam
  9. pelbagai jenis durian ya kan main mahal harga aak pokoknya..mesti dijaga sebaiknya n diberi makana keperluannya kan

    BalasPadam
  10. Elok ya naik pokoknya wak. Saya boleh suggest dkt abah untuk guna baja mcm wak. Abah saya cukup gemar tanam pokok durian

    BalasPadam
  11. Baru sahaja musim durian habis di tempat Wak, Wak sudah tanam anak pokok baru. Siap tanam Mustang King. Pelbagai jenis durian.

    BalasPadam
  12. Semoga cepat membesar dan mengeluarkan hasil..

    BalasPadam
  13. Wah saya tahu durian Musang King dari film Upin Ipin, wak.. ternyata memang ada ya Durian Musang King..

    BalasPadam
  14. Baja ni macam extra vitamin untuk pokok-pokok kan wak. Semoga pokok-pokok yang wak tanam dan jaga sentiasa tumbuh dengan subur hingga menghasilkan buah.

    BalasPadam
  15. Banyaknya nama durian wak..x dapat SA nak menghafalnya...

    BalasPadam
  16. Hebatlah wak bercucuk tanam. saya tak suka berkebun, so saya support jer semua orang yang berkebun, Berbakti pada tanah ni banyak kelebihannya.

    BalasPadam
  17. baru tau baja jenis ni.
    kat sini kita tanam rumput, pakai baja NPK 15:15:15.

    BalasPadam
  18. Blog ini wajib dikunjungi petani nih

    BalasPadam
  19. Eh Musang Queen pun ada jugak ke?

    BalasPadam
  20. Mahal sungguh ya anak pokok durian jawi super tu..rm220!
    Saya tak pernah tau ada varieti tersebut.

    BalasPadam
  21. Semoga menjadilah pokok durian wak nnt

    BalasPadam
  22. Alhamdulillah..seronok tgk hasilnya tu wak :)

    BalasPadam
  23. Thanks sharing ilmu. Walaupun tak berkebun, at least dapat info baru. Semoga durian Wak semua menjadi

    BalasPadam
  24. Baja tahi ayam ye ? 3 minggu lepas ccl ada semai beberapa biji durian . Dah makin membesar dalam poly bag . Esok nak cuba letak baja sikit .

    BalasPadam
  25. Tudiaaaa....harga anak pokok pun bokeh tahan...maintanance lagi..Tapi kalau dah minat,harga bukan ukuran

    BalasPadam
  26. Ohh baru tahu anak pokok kena guna baja organik. dah besar baru baja kimia. Banyak jenis pokok durian wak ada. Semoga berhasil semuanya. Dapatlah rasa macam macam jenis durian. Musang Queen pun ada ye.

    BalasPadam
  27. ok wak. 10 thn lg bagi sy alamat. sy nak beli durian musang queen ;-)

    BalasPadam
  28. Patut la semua pokok wake gemuk2 penuh kasih sayang Dan khasiat rupany

    BalasPadam
  29. Moga anak-anak pokok tu bertumbuh dengan jayanya.

    BalasPadam