Salam bertani
Pada pagi ini wak selesai memberikan baja organik kepada anak-anak pokok durian yang baru ditanam. Wak hanya taburkan sahaja baja tersebut di sekeliling perdu anak pokok. Nanti kalau ada masa wak akan gemburkan tanah dan baja organik yang ditaburkan itu.
Baja organik lebih sesuai digunakan untuk anak pokok durian yang baharu ditanam berbanding baja kimia. Baja organik tidak merosakkan anak pokok, dapat memperbaiki struktur tanah dan boleh mengekalkan kelembapan tanah. Cuma kandungan NPKnya agak kurang berbanding dengan baja kimia.
Wak gunakan baja organik 555 cap Jambatan
Baja ini membekalkan :
5 % Nitrogen
5% Phospat
5% Kalium
Bentuk baja organik
Ditaburkan di sekeliling perdu anak pokok durian.
Anak pokok durian IOI yang baru sebulan ditanam.
Anak pokok durian jawi super yang berumur sebulan.
Harganya RM 220.00 sepokok.
Anak pokok durian Long Lap Lae (Thailand)
berumur setahun
Anak Pokok durian Musang Queen
berumur setahun
Anak pokok durian Musang King
berumur setahun
Anak pokok durian duri hitam
berumur setahun.
Salam bertani.
Woww seronok tengok anak2 pokok Wak membesar dengan elok.. Moga semuanya hidup subur..
BalasPadamBaja organik untuk anak-anak pokok ya.., indah permandangan..
BalasPadamWah musang king pun ada ya..tanaman hari ini adalah hasil utk masa akan dtg.
BalasPadamoh baja jenis ni ye Wak
BalasPadamtq tqq bolehlah sy nk cari utk pokok2 durian baru kat kebun
Umur baru setahun tp merimbun pokoknya
BalasPadamSeronoknya bermain dengan tanah..
BalasPadamSegar elok tumbuh pokok durian tu..
Wahhh soploh taon lg membesar dgn sihat la pokok2 tu ye wak.. Rezeki anak cucu la merasa hasil nya nnt
BalasPadamkalau kena gayanya, boleh jadi tauke besar durian nnt :-)
BalasPadampelbagai jenis durian ya kan main mahal harga aak pokoknya..mesti dijaga sebaiknya n diberi makana keperluannya kan
BalasPadamElok ya naik pokoknya wak. Saya boleh suggest dkt abah untuk guna baja mcm wak. Abah saya cukup gemar tanam pokok durian
BalasPadamBaru sahaja musim durian habis di tempat Wak, Wak sudah tanam anak pokok baru. Siap tanam Mustang King. Pelbagai jenis durian.
BalasPadamSemoga cepat membesar dan mengeluarkan hasil..
BalasPadamWah saya tahu durian Musang King dari film Upin Ipin, wak.. ternyata memang ada ya Durian Musang King..
BalasPadamBaja ni macam extra vitamin untuk pokok-pokok kan wak. Semoga pokok-pokok yang wak tanam dan jaga sentiasa tumbuh dengan subur hingga menghasilkan buah.
BalasPadamsubur pokok durian wak
BalasPadamBanyaknya nama durian wak..x dapat SA nak menghafalnya...
BalasPadamHebatlah wak bercucuk tanam. saya tak suka berkebun, so saya support jer semua orang yang berkebun, Berbakti pada tanah ni banyak kelebihannya.
BalasPadamMesti hasil lumayan ni....
BalasPadambaru tau baja jenis ni.
BalasPadamkat sini kita tanam rumput, pakai baja NPK 15:15:15.
Blog ini wajib dikunjungi petani nih
BalasPadamEh Musang Queen pun ada jugak ke?
BalasPadamMahal sungguh ya anak pokok durian jawi super tu..rm220!
BalasPadamSaya tak pernah tau ada varieti tersebut.
Semoga menjadilah pokok durian wak nnt
BalasPadamAlhamdulillah..seronok tgk hasilnya tu wak :)
BalasPadamThanks sharing ilmu. Walaupun tak berkebun, at least dapat info baru. Semoga durian Wak semua menjadi
BalasPadamBaja tahi ayam ye ? 3 minggu lepas ccl ada semai beberapa biji durian . Dah makin membesar dalam poly bag . Esok nak cuba letak baja sikit .
BalasPadambanyaknyaa anak pokok durian..
BalasPadamTudiaaaa....harga anak pokok pun bokeh tahan...maintanance lagi..Tapi kalau dah minat,harga bukan ukuran
BalasPadamOhh baru tahu anak pokok kena guna baja organik. dah besar baru baja kimia. Banyak jenis pokok durian wak ada. Semoga berhasil semuanya. Dapatlah rasa macam macam jenis durian. Musang Queen pun ada ye.
BalasPadamTak sabar nak tengok hasilnya!
BalasPadamok wak. 10 thn lg bagi sy alamat. sy nak beli durian musang queen ;-)
BalasPadamPatut la semua pokok wake gemuk2 penuh kasih sayang Dan khasiat rupany
BalasPadamMoga anak-anak pokok tu bertumbuh dengan jayanya.
BalasPadam