Sabtu, 14 Ogos 2021

Kolam Ikan Hiasan Mini

 Salam bertani.

Masa bulan puasa yang lepas pn is3 wak ada pasang kolam ikan hiasan mini di hadapan rumah. Siap ada air terjun dan lampu lip lap sekali. Ada juga diletakkan 5 ekor anak ikan sebagai hiasan. Dulu kan ada entri wak pasal si Kent termasuk ke dalam kolam tersebut sebab nak tangkap anak ikan. Jadi pada entri kali ini wak tunjukkanlah gambar-gambar kolam ikan yang wak snap pada pagi tadi.



Inilah kolam ikan hiasan pn is3 wak
Panel hitam tepi dinding tu adalah tempat air terjun 
dan ada lampu lip lap di dalamnya.
Tapi wak tak onkan air terjun dan lampu tu masa ambil gambar ni


Rupa bentuk kolam ikan mini
Ada satu pam air dan penapis kotoran.
Ikan hiasannya menyorok di bawah penapis air tersebut


Inilah ikan-ikan yang menghuni kolam tersebut
Masa mula masukkan dulu sebesar ibu jari aje


Ada 5 ekor semuanya
Cepat aje membesarnya


Kedudukan kolam ikan hiasan mini di hadapan rumah


Budak ni setiap pagi inilah kerjanya
Mengukur kolam


Salam bertani


42 ulasan:

  1. hahahahhaa bebaik tu wak, takut kang tetiba hilang plak sekor ikan dalam kolam tu :p

    BalasPadam
  2. Suka la kent ada fmly baru.. pagi2 g jumpa ye.. 😀

    BalasPadam
  3. Kolam ni buat sendiri atau beli?

    BalasPadam
  4. Wah menarik ada kolam ikan macam nie..

    BalasPadam
  5. Suka lah nanti Kent ada ramai kawan.

    BalasPadam
  6. kent ngintai ja tiap hari ya ada rezkinya hilang ikan sekor dua

    BalasPadam
  7. Bunyi air tu satu terapi..Kolam mini tu ada jual pasang siap ke,buat sendiri

    BalasPadam
  8. Hati2 pengukur kolam tu... alim2 kucing! hahaha

    BalasPadam
  9. Kent nak ukur ya, nak luaskan lagi atau macam mana tu Kent.. Otto mana..

    BalasPadam
  10. Ikan koi mmg cepat membesar wak..cantik warnanya yg bertompok2 merah,putih,hitam,oren.

    BalasPadam
  11. ukur kolam ke ada projek lain tu WP? =)

    BalasPadam
  12. Wahhhhh.. kena besarkan kolam ni wak, senang mamat tu nak berenang sekali dengan ikan, hihi

    BalasPadam
  13. Hehe tidak serik Encik Kent hendak tangkap ikan.

    BalasPadam
  14. Kent tu depan wak ukur kolam, dalam hati nak ukur panjang ikan tu hahahaha

    BalasPadam
  15. kent.. kent.. ko mmg nakal kent.. hahahaha

    BalasPadam
  16. wahh suka dia tgk ikan2. tu
    agaknya geramm nk tangkap

    BalasPadam
  17. Terbaik la... Teman pun ada kolam mini... first time hari ada letak dalam 10 ekor ikan koi... dibaham pulak yang kecik oleh ikan koi besar... tinggal la 4 ekor je... nie bertambah malang, 2 ekor ikan koi masuk sukan olimpik, lompat kolam... akibatnya mati di lantai... so, sekarang nie tinggal la dua ekor je...

    BalasPadam
  18. Ok Kent sentiasa bersedia.. tak puas masuk kolam ehhh.. Hahaha

    BalasPadam
  19. huhuhu.

    kent tak pernah makan ikan hiasan.

    dia nak cuba la tu...

    selamat pagi wak.

    BalasPadam
  20. betul ke mengukur kolam tu? gerammmmmmmm

    BalasPadam
  21. Kalau malam2 mesti lagi meriah kan wak dengan lampu liplap tu. Rajin puan isteri wak, macam wak juga ya.
    Kent tu ukur kolam saja tau. jangan lebih2 haha

    BalasPadam
  22. Teringin nak bela ikan macam ikan wak tu… tp xde kawasan plak umah saya..

    BalasPadam
  23. Cantik kolam ikan hiasan. Jaga jaga ada yang memerhati anak ikan tu. Dah jadi rutin dia ye jalan jalan kat situ. Kalau ikan hilang, dah tahu dah keje siapa.

    BalasPadam
  24. Cantik kolamnya wak.
    Kent pun, cantik corak belangnya.

    BalasPadam
  25. Kent nak check ikan dah makan ke belum. Hehe

    BalasPadam
  26. Cantik kolam ikan tu, pandai kent nak check ikan ok tak ok hehe..

    BalasPadam
  27. Dia tengah aim ikan2 tu... Hati2 Wak :)

    BalasPadam
  28. Orang yang ada kolam ikan dan bela ikan ni biasanya orang yang rajin.

    BalasPadam
  29. ikan koi eh tu.. ke ikan kap.. haha tak kenal la kite wak :P

    BalasPadam
  30. Cantik dekorasi kolam ikan tue.. kat rumah nie takleh pasang sebab ramai sangat askar wataniah😂😂

    BalasPadam
  31. Cantik dan luas rumah wak ye 👍

    BalasPadam
  32. Jaga baik-baik budak tu Wak. Takut dia cokot ikan!

    BalasPadam
  33. Bestnya ada kolam ikan..baik2 wak..budak kecik tu kang yerjun dlam kolam tangkap.ikan

    BalasPadam
  34. kiudnyaaaa kolam ikan tuu ... best buat terapi

    BalasPadam
  35. Amboiiii si kent hari-hari skodeng

    BalasPadam
  36. wak..senget2 dah pokok daun tepi kolam tu wak ooi heheee ^_^

    BalasPadam