Salam bertani
Pada awal bulan lepas wak ada membeli 20 ekor anak ayam kampung kacuk hitam. Harganya RM3.60 seekor. Wak suka bela ayam kampung kacuk sebab ianya cepat membesar jika dibandingkan dengan ayam kampung asli. Saiznya pun besar, lebih berdaging dan boleh mencapai berat 2 kg selepas 2 bulan diternak.
Anak ayam kampung kacuk hitam berumur sebulan lebih.
Baharu dipindahkan ke reban lantai pasir
daripada sangkar didik.
Hidup 17 ekor daripada asalnya 20 ekor.
Makanan dan minuman disediakan di dalam reban.
Seekor anak ayam kampung kacuk hitam jantan.
Belajar menyesuaikan diri di tempat baharu.
Boleh dituai selepas 2 bulan diternak.
Ayam kampung kacuk hitam dewasa.
Diternak untuk mendapatkan telur ayam kampung.
Ayam kampung kacuk betina tidak mengeram.
Salam bertani.
Semasa anaknya tu perlu diletakkan lampu untuk pemanasan tak?
BalasPadamWak bagi mentol 40w selama 2 minggu.
PadamKalau tak payah mentol pun okay asal tempatnya bertutup untuk mengelakan kesejukan pada waktu malam
Lebih untung bela ayam kampung kacuk ni wak. Lebih besar dan cepat besar. Cuma tak mengeram je lah, kena guna kaedah yang wak buat tu kan letak bawah lampu.
BalasPadamHa aa sebab lebih cepat boleh tuai. Belanya pun senang sebab dia tak reti bergaduh macam ayak kampung asli.
PadamMasyuk ni wak.. nmpk sihat2 je semuanya
BalasPadamWak dah tak pernah beli ayam bandar.
PadamStok ayam sentiasa ada di belakang rumah
Wak rasa daging ayam kampung kacuk ni liat tak wak
PadamDaging ayam kampung kacuk ni lebih pejal daripada ayam bandar. Biasanya wak sembelih yang dah umur 4 bulan.
PadamSesuai untuk dimasak rendang atau digoreng.
Semua sihat sihat. Rindunya nak pegang ayam bela macam ni.
BalasPadamBetul nampak besar.
BalasPadamTengok ayam kampung, teringat gulai ayam kampung arwah tok masakkan . Sedap .
BalasPadamAsalam teman blogger ku WP..subahanallah limpahan rezeki. Syukur kepadaNya..
BalasPadamWkmsalam
PadamLama menyepi cikgu.
Mudah2an sentiasa sihat walafiat
mesti sedap pg2 blh mkn telur ayam kampung
BalasPadamingat dulu2 suka kutip telur ayam he hee
Bekalan telur ayam kampung sentiasa ada
PadamSelebihnya wak jual juga.
dulu Pak Zain ada bela ayam daging 10-15 ekor, masa kami duk kuarters..seekor cecah 3-4kg..kami makan sendiri jer...rindu nak rasa zaman tu kembali
BalasPadamKalau duduk kampung macam wak ni bolehlah bela ayam kampung.
PadamLembu pun boleh bela.
jika ayam kampung yg x dicucuk hormon pasti sihat utk dimakan. x macam ayam daging tu. 40 hari dah boleh disembelih..
BalasPadamAyam daging di pasaran tu umurnya sebulan aje cikgu.
PadamTERLALU CEPAT MASA MENUAI HASIL MMG TERBAIK TU
BalasPadamBiasanya 3 - 4 bulan baru wak tuai.
PadamLumayan ni wak.... cantik bulu nya klimis
BalasPadamYang kecik2 tu belum lepaskan daripada reban Dana.
PadamDah umur 2 bulan nanti baru lepaskan bebas bawah pokok sawit.
Isinya kaler hitam jugak ke wak...comel warna hitam keemasan..
BalasPadamTaklah
PadamIsinya macam ayam kampung biasa juga.
Oh? Tak mengeram ke?
BalasPadamHaa aa yang betina tak mengeram.
PadamYang jantan pun tak mengeram juga uncle
Ayam kampung kalau masak rendang memang ngam wak hehe Sedapnyaa ayam kampung liat2 gitu dagingnya.
BalasPadamOh,ayam betinanya tidak mengeram rupanya.Selamatlah ayam tu...orang tak boleh nak claim dia "ibu ayam"
BalasPadamBAru tahu ada ayam kampung kacuk. nampak sihat2 semua tu wak. Saya pulak memang dah tak boleh makan ayam daging. sekrang kena makan ayam kg atau ayam organik je.
BalasPadamAyam kampung dan ayam organik yang dijual di pasaran tu ayam kampung kacuk inilah.
PadamAyam kampung asli biasanya orang jual hidup dah harganya dalam RM20 sekg.
saya balik kampung mak pun nak bela ayam2..
BalasPadamKalau duduk kampung memanglah boleh bela ayam kalau berminat.
Padamunik color dia wak..segak semua heheee
BalasPadamTakutnya kita tengok ayam ramai ramai macam tu sebab ada pengalaman pahit dengan ayam >.<
BalasPadamCantik ayam-ayamnya, tidak mengeram, menetas begitu ya? teringin nak bela ayam di rumah, menganggu jiran ke tidak..
BalasPadamTetaskan telurnya gunakan inkubator atau eramkan guna induk ayam kampung asli
PadamOo jenis ni utk kepuarkan telur je ye
BalasPadamSesuai untuk daging sebenarnya.
PadamBoleh juga dipelihara untuk mendapatkan telurnya.
Ayam kampung kacuk di kacuk dengan baka apa wak?
BalasPadamSama ke dengan ayam organik? Ke ayam organik tu dikira ayam kacuk?
Wak guna induk ayam kampung kacuk dan pejantan ayam bangkok (Ayam laga).
PadamAyam kampung organik tu juga adalah ayam kampung kacuk atau ayam kampung asli yang dipelihara tanpa antibiotik dan hormon pembesaran.
Kira yang wak bela ni boleh juga dikategorikan sebagai ayam kampung organik sebab wak pelihara secara tradisional dan ayam akan dilepaskan bebas pada waktu petang memakan rumput dsb.
salam wak..kat mana nk dapat benih anak ayam tu
Padam