Khamis, 2 Ogos 2018

Telur Ayam Hutan

Salam bertani

Semasa WP bekerja membersihkan kawasan persekitaran rumah pada pagi tadi, terserempak dengan seekor ibu ayam hutan liar yang sedang mengeram di bawah perdu pokok bunga. Ibu ayam itu terbang menghilangkan diri meninggalkan telur-telurnya di situ. Dapatlah WP mengambil gambar telur-telur ayam hutan tersebut yang hanya sebesar ibu jari kaki sahaja.



7 biji telur ayam hutan liar 


Mengeram di bawah perdu pokok sansevieria

Harap-harap ibu ayam hutan itu akan datang kembali untuk mengeramkan telur-telurnya.
Sekiranya tidak, WP akan tumpangkan telur-telur tersebut  kepada ibu ayam kampung.

Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan