Isnin, 26 Julai 2021

Jom Nyawit

 Salam bertani

Sudah lama rasanya wak tak cerita pasal kerja-kerja nyawit. Dua pagian ini wak lakukan kerja memotong buah kelapa sawit di kebun tepi sungai. Semalam pagi memotong buah sawit dan hari ini mengumpulkan menggunakan kereta sorong. Memotong buah kelapa sawit biasanya dilakukan 3 minggu sekali. Alhamdulillah selesai juga buat kerja sorang-sorang.


BTS yang siap dituai dikumpulkan di tepi jalan kebun
sebelum dibawa ke pusat jualan



Tandan sawit yang siap dipotong sebelum dikumpulkan


Kumpulkan gunakan kereta sorong aje


Sepohon kelapa sawit


Kebun kelapa sawit


Buah sawit yang lerai juga dikutip dan dilonggokkan sekali.

Salam bertani.

36 ulasan:

  1. Bertandang ke sini banyak mengingatkan zaman sekolah dulu subject Geografi.."Penanam Kelapa Sawit di Labis"
    Johor menjadi pengeluar kelapa sawit utama di Malaysia..Kedah dengan padi,Pahang dengan balaknya,Perak dengan bijih timah,Trengganu dengan hasil lautnya..
    Kini semua negeri terkenal dengan kobit...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa wak sekolah rendah dulu tak panggil geografi
      panggil Ilmu Alam
      Wak memang minat sangat subjek ilmu alam ni

      Padam
  2. Masa sy tingkatan 1 dulu, pernah tolong mak angkat kumpul buah sawit ni masuk dalam kereta sorong.. seronok jugak, tapi kebun kecil, pokoknya tak la banyak

    BalasPadam
  3. sejak kawen dgn husben saya wak..baru lah saya dpt tgk pokok2 sawit ni depan mata hahaaa ^_^

    BalasPadam
  4. Kerja nyawit, dapat udara luar dan segar. banyak juga hasilnya..

    BalasPadam
  5. Penat tu wak mengerjakan sorang sorang. Potong dan angkat sendiri. Hebat wak. Alhamdulillah banyak hasil dapat. Lumayan hasilnya.

    BalasPadam
  6. bersih kebun sawit senang nk nyawit..besar2 tandannya lumayanhasilnya walau kerja berat sorang2

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah. Betul kata Fiza tu, mesti letih bila urus sendirian wak. Semmoga terus Allah limpahkan rezeki wak dan kita semua.

    BalasPadam
  8. tak pernah lagi pergi menyawit. Duduk dekat office felda pernah la kira jumlah sawit. Semoga dipermudahkan urusan wak menyawit. Bersih kebunnya

    BalasPadam
  9. assalam... wak anak pokok durian kimhong ade jual wak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wkmsalam
      Wak tak jual anak benih pokok durian.
      Boleh cari kat nerseri pertanian biasanya ada jual terutama di area Muar atau BP

      Padam
    2. untuk benih kimhong takde stok wak.bnyak skrg MK, duri hitam, ioi, kimhong tiada. klau wak hasilkn benih bole beli dr wak

      Padam
    3. Cuba cari kat sini :
      Maiza Nurseri
      Tel : 013 7842887 (Hj Zailan)
      Fb 'Maiza Nerseri'

      Padam
  10. pernah dulu tolong Lokman kutip biji sawit.

    nak patah pinggang. baru faham kesusahan orang kerja sawit masa tu.

    lebih menghargai mereka.

    BalasPadam
  11. Wak nie mst gagah orgnya.. berat tu nk buat sorg

    BalasPadam
  12. Seronok kalau dapat usahakan semula kebun sawit family....tapi tak tahu bila.

    BalasPadam
  13. Harga sawit kt utara ni sekarang rm800 lbh utk 1 tan..suami saya ada lah sikit pokok sawit..boleh la buat belanja hasilnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah harga BTS agak tinggi sekarang
      tetapi buah pula kurang/melawas

      Padam
  14. Mantap Wak!
    Kuat usaha, kuat kerja alhamdulillah lumayan hasilnya ya Wak :)

    BalasPadam
  15. Saya memang kagum siapa yg mengusahan sawit. bukan sesuatu yang mudah. Ia memerlukan kekuatan kudrat dan ketahan mental yang kuat.

    BalasPadam
  16. Mantap lah ada sawit sendiri.. harap dipermudahkan urusan

    BalasPadam
  17. Lumayan juga hasilnya Wak.. tu kalau dah kait, nanti lori angkut laa ye Wak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang dah susun tepi jalan tu nanti lori datang angkut ke tempat belian sawit.
      Duit jualan sawit biasanya kita amek sebulan sekali.
      Kira macam gaji bulan jugalah.

      Padam
  18. Banyak hasilnya tu wak...lumayan tu....

    BalasPadam
  19. tak pernah menyawit
    yang tau buah sawit tu berat jer
    ahahaha

    BalasPadam
  20. Kawan saya kerja gini.. tapi syg.. keretanya selau rosak.. nak g kebin sawit pun susah.. kesian betul... ahdoi.. Moga dilimpahkan rezeki buat sesiapa yang buat keeja kerja menyawit...

    BalasPadam
  21. Teringat masa PLKN dulu.. Masuk ladang sawit kat gua musang lepas tengok dorang potong sawit. nampak mudah tapi sebenarnya kena guna kudrat..

    BalasPadam
  22. Wak aktiviti kita macam lebih kurang ya hehe. Power lah wak handle sorang. Macam ain , abah akan ajak satu family ( abah , mak , saya , adik lelaki dan abang ) untuk teman dan join aktiviti menyawit ni. setakat ni masih consistent 2 mggu sekali setiap ahad turun kebuh swit hehe. Kami ni kutip buah relai je lah yang perempuan hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak2 wak semua perempuan tak gheti kerja kebun
      Kalau nyoping memang terrer

      Padam
  23. Bersih kebun sawit Wak. Biasanya kebun sawit nampak semak dan banyak longgokan pelepah sawit. Takut nak jalan-jalan di situ , mana tau terserempak ular. Kebun sawit Wak nampak lapang. Boleh pocnoc sekeluarga bentang tikar makan-makan bawah pokok.

    BalasPadam
  24. Kebun sawit ni senang, sembur racun rumpai aje bersihlah.
    Kalau kebun buah tak boleh racun rumpainya, kena potong.

    BalasPadam