Pagi tadi wak menuai serumpun keladi putih yang ditanam di kebun. Pokok keladi putih sudah boleh dituai apabila berumur enam bulan. Umbisi keladi putih sesuai digoreng atau dibuat pengat, manakala keseluruhan batangnya boleh dijadikan sayuran.
Umbisi keladi putih yang baru dituai.
Serumpun keladi putih.
Ibu keladi di kelilingi oleh anak2 keladi.
Keladi putih tidak mengeluarkan sulur.
Anak2 keladi boleh dipisahkan untuk dijadikan
anak benih atau sayuran batang keladi.
Induk keladi putih sudah matang.
Keladi putih dituai bersama anak2nya.
Keseluruhan batang keladi putih boleh dibuat sayuran.
Setelah dibersihkan.
Beberapa pokok anak keladi putih ditinggalkan
supaya membesar menjadi induk keladi.
Petang ini kudapan keladi putih goreng cicah sambal kicap.
Jemputlah menjamu selera.
Salam bertani.
Sedap tu wak!
BalasPadamalhamdulillah
BalasPadammembuahkan hasil
sedapnya
Lama tak makan keladi.
BalasPadamWak sambal kicap tetap di hati ek, makan dgn yg goreng2 kan, masuk sgt dgn goreng keladi tu.
BalasPadamsedapnya goreng keladi...batangnya buat gulai tempoyak mavles
BalasPadamsedap nya wak, balik kampung nanti nak cari lah keladi putih nih... sedap betul bila di goreng cicah sambal kicap... mantap wak
BalasPadamNampak sedap tu ha wak....geram plak SA...SA penggemar keladi
BalasPadamWak..mcm mana nk menyiang keladi,buang kulit pd isi dan batangnya tu..gatal kalau tak pakai glove..
BalasPadamHa aa kena buanglah kulit dan batangnya. Batangnya boleh buat satur.
PadamKeladi putih ni tak gatal. Masa menyiang tu pastikan keladi tu kering, jangan kena air. Dah siap siang baru basuh.
uiit keladi goreng sedap. keladi ni saya hanya makan kalo digoreng saja. yang lain2 x reti.. eheh..
BalasPadamkeladiiii sedap. cicah ngan sambal kicap + opi waktu hujan mencurah. perfect!
BalasPadamWah sedap tu keladi goreng panas2
BalasPadamSambal kicap tak pun sambal tumis sedapnya makan dengan keladi ni.
BalasPadamxpernah tgok keladi goreng mcm tu..mcm cucur
BalasPadamSaya pernah makan keladi putih goreng gini Wak, tapi tak tahan, lidah jadi gatal macam lidas...kenapa ek Wak..
BalasPadamKeladi putih ni ada dua jenis Lin.
PadamSatu jenis bersulur
Satu lagi tidak bersulur.
Yang ni jenis tidak bersulur. Kadang2 orang panggil keladi minyak, memang tak gatal.
Yang gatal tu keladi putih yang bersulur.
Biasanya orang ambil sulurnya sahaja buat sayur.
nampak sedap tu wak, buat minum petang...
BalasPadamSedapnya keladi goreng.. Sini susah nak jumpa..
BalasPadamNumpang promo ya gan
BalasPadamkami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*