Asalnya wak hanya tanam sepohon aje pokok kantan merah pemberian benih daripada seorang sahabat. Sehinggalah pokok kantan merah ini berbunga barulah wak terfikir untuk memperbanyakkan tanaman kantan merah ini kerana bunganya yang sangat digemari dan jarang-jarang terdapat di pasaran.
Semasa HPPNK di JB pada akhir tahu lepas, wak ada ternampak boots yang jual anak benih kantan merah dalam polibeg. Kalau tak silap harganya RM60.00 satu polibeg. Jadi wak pun cuba biakkan sendiri tanaman pokok kantan merah ni dengan menggunakan keratan rizom berakar daripada pokok induk yang ada. Sekarang wak dah ada lebih kurang 30 perdu anak pokok kantan merah yang sedang membesar. Pokok kantan merah memerlukan masa sekurang-kurangnya 8 bulan untuk berbunga selepas ditanam.
Sekuntum bunga kantan merah yang sedang mekar
Inilah perdu asal (induk) pokok kantan merah di kebun WP
Sentiasa menghasilkan bunga kantan merah.
Perdu kantan merah ini baru belajar berbunga
Dibiakkan daripada pokok kantan induk di atas
Yang ini juga sudah berbunga sulung
Anak pokok kantan merah berumur 3 bulan
Seperdu lagi anak pokok kantan merah
Subur menghijau
Rumput di perdu pokok ini perlu dibersihkan
Baru ditanam daripada sebatang induk dewasa
Rizom yang baru ditanam telah menghasilkan anak pokok
Bunga kantan merah
Hasil tuaian
Salam bertani.
Wahhh kalau beli tu dah berapa hinggit dah. Kalau boleh buat sendiri kenapa perlu buang duit kan
BalasPadamCantik betul bunga kantan kembang. First time tengok yang kembang elok.
BalasPadamCantiknya kantan merah..yg biasa jual tu pink. Satu lagi putih kan? Tau 3 kaler tu je.
BalasPadamWak, tolong bagi detail pengeposan kat ruangan email blog saya ya :)
cantiknya kantan merah benihnya pun mahal
BalasPadamApa beza dengan bunga kantan biasa?
BalasPadamDi rumah ada tanam bunga kantan.
Cantiknya. Bunga kantan biasa pun dah mahal dah sekarang.
BalasPadamlawa! bunga kantan jgn di buat main, mahal juga ooo... kekadang beli sekuntum dua untuk masak.. nk tanam sendiri tak pandai hehe
BalasPadamMasa balik Kedah baru ni, berkeliling kami cari bunga kantan ni wak, akhirnya dapat di sebuah kedai runcit, satu RM2.50, hehe
BalasPadamcantik bunga kantan merah..
BalasPadamHai bunga kantan!
BalasPadamCantik pulak si bunga kantan merah ni. Apa beza dengan yang biasa tu yer?
BalasPadammahal kalau dijual ni WP
BalasPadamFirst time tengok bunga kantan merah yang sedang kembang :)
BalasPadamCantik bunga kantan merah bila kembang
BalasPadamBunga kantan pun mahal sekarang, ada kedai jual rm8 sekuntum huhu
BalasPadamCantik merah bunga kantan ni. Sekarang tak kira musim raya ke tak, bunga kantan mahal betul harganya. Valuable comodity ni wak, hehe.
BalasPadamCantik warna merah dia..
BalasPadambelakang rumah abah saya kat raub banyak bunga kantan merah ni...tp suami tak minat rasa kantan... selalu kakak je bawak balik KL jual...dia kata kat KL laku sangat ni...jual kat kedai runcit bawah rumah je...
BalasPadammasak bersama pansuh ayam, perkasam ikan, org tumis ikan bilis belacan sedap bunga kantan ni. buah dia pun if dah masak, makan dgn cili belacan, fuhh!!! skrg susah dah nak cari buahnya
BalasPadamSeronok tengok hasilnya
BalasPadamNi bunga kantan yg biasa tu kan WP... ke lain. Berapa jenis sebenarnya bunga kantan ni WP. Bunga kantan ni kalau time Raya mmg laku
BalasPadamkalo tanam dalam pasu besar boleh tak wak? nak ke dia hidup ek...tinggi jugak pokok dia tu
BalasPadamCantiknya. Mekar elok
BalasPadamMahal jugak ya Wak benihnya tu. Hehe.
BalasPadamSeronoknya tengok wak berbudi pada tanah. Mekar elok bunga kantannya tu.
Buat asam pedas. Atau ulam pun sedap nya 😋😋
Saya beli anak bunga kantan merah sudah 2 kali tak hidup..yang baru keli ke 3 tengah muncuk tunas..harap harap Tak mati lagi..nak beli yg dh hidup kalu Ada org jual online.
BalasPadamAssalamualaikum. Saya Mat Tahir berhajat nak beli anak kantan bunga merah
BalasPadam