Musim luruh buah durian sudah hampir ke penghujungnya. Akan ada musim baru pada bulan Ogos nanti. Musim buah rambutan pula akan menyusul tidak lama lagi. Hanya dua jenis buah-buahan tempatan ini sahaja yang berbuah di dusun WP. Pokok cempedak dan rambai baru berputik.
Bila terbaca entri SS dalam WWnya yang lepas tentang buah rambutan di hadapan rumahnya, baru wak teringat nak ambil gambar pokok-pokok rambutan jarum emas di dusun yang sedang berbuah. Buahnya baru nak memerahkan diri. Dalam seminggu dua lagi masak ranumlah. Itu pun sebahagiannya dah dicukai oleh si monyet.
Buah rambutan jarum emas hampir matang
Buahnya rendah hingga mencecah tanah
Perlu masa dua minggu lagi untuk masak ranum
Hampir merah
Berjurai-juraian menunduk ke bumi
'Inilah limpahan rezeki daripada Allah yang tidak sehabis2nya'
Doa yang sentiasa wak baca bila melihat hasil tanaman.
Sepohon yang lain
Pohon yang ini agak tinggi buahnya.
Salam bertani.
Sedapnya rambutan ni...adoi teringat2 makan banyak masa di kampung. Petik2 belakang rumah je.
BalasPadamoo tu namanya rambutan jarum mas..baru tau.snng nk petik bila buah sampai ke bawah..
BalasPadamBerbudi kepada tanah..itulah hasilnya..Sekarang RM10 sekilo
BalasPadamSedapnya, lagi sedap kalau ada orang dah tolong buang kulit, lepastu simpan dalam peti ais, makan sejuk2 hehe
BalasPadamkalau dana dah petik dah merah sikit-sikit tu wak, tak berapa suka yang merah sangat kang berair sangat... teringat masa kecik dulu kuning-kuning sikit pun dah bedal bila rambutan tepi rumah berbuah
BalasPadamMashaALLAH,..rimbunnya buah tuh...Syok ni bentang tikar piknik makan buah rambutan.
BalasPadamSyurga bagi penggemar rambutan ni..... kalau banyak buah tapi tak ada org yg rajin mcm WP susah jugak ek
BalasPadammmg kesukaan saya ni slps durian klasik che embong yg sgt fames di Kelate. x tahu la apa namanya di Johor...
BalasPadamSeronok ni patang-petang duduk bawah pokok.Sambil sembang sambil petik terus makan buah rambutan.Fresh.
BalasPadamBuah febret ni.. sedap :)
BalasPadamBanyaknya jarum emas WP.
BalasPadamPuas sangat makan ni tiap-tiap hari makan samapai tamat musim kan...
sedapnya rambutan
BalasPadamsuka sgt
Macam-macam nama rambutan ye Wak. Seronok ni kalau dapat panjat pokok rambutan dan makan atas pokok heheee... sekadar imbas kenangan zaman kanak-kanak Wak. Tapi dulu buah rambutan tak sempat merah, masih hijau lagi sudah dikekah ramai-ramai dengan anak-anak jiran. Kalau buah rambutan mula kuning sikit tu, kira dah ranum sangatlah masa tu.
BalasPadamLEBAT SUNGGUH BUAHNYA
BalasPadambuah rambutan kat kg pun tengah lebat wak cuma tak tahu mampu bertahan atau tak sebab ada monyet kat kampung saya :)
BalasPadamFav SA ni...tapi x leh makan banyak...SA cepat diserang batuk
BalasPadamSaya suka rambutan jarum emas nie..
BalasPadamSya sndiri ada poko rambutan ni..baru sya tau nama rambutan ni..slma ni tau mkn sja..😁
BalasPadam