Ahad, 14 Jun 2020

Durian Golden Phoenix

Salam bertani

Sepohon durian Golden Phoenix (GP) yang wak tanam di dusun WP berusia lima tahun sudah dua kali berbunga.  Bunga kali pertama pada tahun lepas hanyalah beberapa tangkai dan tidak menghasilkan buah langsung. Alhamdulillah bunga musim kedua kali ini menghasilkan beberapa biji buah yang cantik. Buah sulungnya gugur pada hari ini dan dapatlah  wak merasai kelazatannya.

Durian Golden Phoenix tersenarai di antara tujuh jenis durian popular di Malaysia tetapi taburannya amat terhad tertumpu di negeri Johor sahaja. Ia didaftarkan sebagai durian D198 dan ciri istimewanya ialah mempunyai biji durian yang kesep dan isi yang tebal.

Wak ada rakamkan perkembangan buah durian GP dari mula berbunga sehinggalah dituai.


Buah sulung durian GP yang gugur pada hari ini.
Buahnya masih susah dibuka.
Isinya berwarna krim atau kuning pucat dan bertekstur halus.


13.02.2020 -  Bunga durian GP.


22.02.2020 - Bunga durian GP mula berkembang.


28.03. 2020 - Putik buah durian GP.


04.04.2020 - Putik buah semakin membesar.
Kebanyakan putik buah akan gugur.


21.04.2020 - Buah muda durian GP.


18.05.2020 - Keadaan pokok durian GP.
Ada lebih kurang 30 biji buah yang kekal.


01.06.2020 - Buah durian GP semakin membesar.


09.06.2020 -  Buah durian GP hampir matang.
Oleh kerana buahnya rendah, 
wak mengikatnya dengan tali.


14.06.2020 - Buah sulung yang matang.


Buah durian GP bersaiz sederhana (1.5 - 2.0 kg)
Berbentuk lonjong sekata.
Duri yang halus dan bau yang agak tajam.




Dua ulas sepangsa dan ada isi kecil di hujungnya.
Rasanya lemak manis berkrim dan sedikit pahit.


Biji yang kesep.
Tentulah isinya tebal dan puas makan.

Salam bertani.

29 ulasan:

  1. Saya suka makan durian, malangnya harga durian terlalu mahal bagi saya... :(

    BalasPadam
  2. Wak !! kenapa rumah kita berjauhan !!
    kalo tak buat muka x malu da pi mintakkkk..

    BalasPadam
  3. Wahh bestnya.. bijinya kec! Puas makan ni wak

    BalasPadam
  4. Banyaknya durian. Lepas tu rendang buah-buahan tu bergayutan di pokok.

    BalasPadam
  5. Wow bestnya..cubaa wak bagitau di mana kebunnya..saya nak pergi

    BalasPadam
  6. Sedap ny durian...dpt tempoyak pn sedap

    BalasPadam
  7. sedapnya durian biji kesep mmg puas makan

    BalasPadam
  8. dia punya tangkai tu panjang yek wak... kene selalu di jaga dusun wak ni senang kalau orang nak mencopet buahnya sebab rendah tu wak... bestnya lahai

    BalasPadam
  9. First time dengar nama durian Golden Phoenix

    BalasPadam
  10. Warnanya cantik.Isinya tebal dan berbiji kesep.Allahu.Nikmat sangat.

    BalasPadam
  11. Meriah nya buahnya wak.. syukur byk hasilnya..

    BalasPadam
  12. First time dengar durian golden phoenix..teringin nak cuba.

    BalasPadam
  13. Baru nak tanya rendah ke pokoknya. Rupanya betul. Syok betul senang nak jaga pokok durian ni siap boleh ikat. Gerammmmm je tengok durian ni

    BalasPadam
  14. Fuh..nama GP tu dah bunyi hebat!
    Memang terbaik...buah rendah, biji kesep.

    BalasPadam
  15. Peminat durian mesti geram tengok buah ni

    BalasPadam
  16. Tebal betul isinya.. Puas makan..

    BalasPadam
  17. ora eneng maling yo wak WP neng kebon duren kuwe?

    BalasPadam
  18. 5 tahun sudah berbuah ye WP..
    Pokoknya pun rendang..
    Untung berbudi pd tanah ni..

    Saya sangat suka durian..
    Di Shah Alam beli durian kg 4 biji RM100.00

    Baru2 ni balik kg bila Abah PM beri kelepasan merentas negeri.. Alhamdulillah syukur dpt mkn durian puas2. 10 biji RM 60.00

    BalasPadam
  19. Fuhh! cantiknya isi durian. saya belum berkesempatan lagi nak makan durian ni

    BalasPadam
  20. Aduh.....sedapnya! Pokoknya tak besar tapi hasilnya boleh tahan. Nampak puashati kalau dapat durian begini.

    BalasPadam
  21. Allahuakbar...sedapnya tengok biji dia kecik bebenor....mesti puas gilerrr makan!

    BalasPadam
  22. SA hanya tau makan durian je..kalau tanya jenis dan nama dia memang SA x tau la...

    BalasPadam