Semalam wak menyediakan cekok lempuyang untuk anak perempuan wak yang pulang ke kampung. Anak perempuan wak sedang menyusukan badan untuk babynya yang berumur setahun. Cucu lelaki wak tu nampak kurus kerana kurang selera makan. Wak buat dua gelas untuk diminum pagi dan malam.
Sejarahnya masa wak kecil dulu pun selalu kena cekok lempuyang oleh ibu wak. Kata ibu wak, dengan meminum cekok lempuyang kulit kita kan tahan penyakit (tidak berkudis dan luka cepat sembuh), menambahkan selera makan dan membunuh cacing di dalam perut.
Antara khsiat cekok lempuyang yang lain ialah untuk memperbanyakkan susu ibu dan dapat menambahkan selera makan bagi bayi yang menyusu ibu tersebut. Lempuyang dapat memperbaiki kesihatan kulit kita terutama kulit muka (untuk awet muda). Ia juga dikatakan boleh merawat dan memulihkan penyakit kanser rahim bagi wanita. Waulahualam.
Cekok lempuyang
Rasanya memanglah pahit.
Bahan2 cekok lempuyang:
Bahan utamanya ialah umbisi lempuyang
Tambah sedikit umbisi halia bara
Tambah sedikit umbisi cekur/kencur
Tambah sedikit umbisi kunyit
Semua bahan di atas dibersihkan, dibuang kulitnya
dan diblender. Tambahkan dua cawan air masak untuk
dapatkan dua gelas cekok.
Larutan cekok selepas ditapis.
Biarkan seketika supaya seratnya mendak.
Mendakan serat selepas ambil cekoknya.
Jamu cekok lempuyang sedia untuk diminun.
Kalau takut terlalu pahit bolehlah tambahkan madu
atau gula batu.
Inilah pokok lempuyang yang banyak khasiatnya.
Pokok cekur/kencur
Pokok halia bara
Pokok kunyit.
Selamat mencuba.
Orang yang sedang diet kurus tak sesuai mencuba sebab cekok ini akan menambahkan selera makan (asyik lapar sahaja).
Salam bertani.
harap cucu Wak sihat sentiasa =)
BalasPadambagus tips ni wak.. untuk ibu2 yg sedang menyusukan anak...
BalasPadamsemoga mujarab..byk khasiatnya..
BalasPadamYang pahit itulah penawar...
BalasPadamDapat ilmu baru, thnk u wak. kat bandar ad x jual pokok ni..ssah nak cari ni
BalasPadamNampaknya saya tak boleh cuba, nanti asik lapar, dengan saiz sekarang ni, seram haha
BalasPadamMesti pahit ni..semo se cucu wak sihat
BalasPadamteringat bau lempoyang yang pahit tu wak, di belakang rumah abah dana ada banyak pokok lempoyang dulu . Dulu masa mak mengandung ke lepas bersalin mesti arwah nyai buatkan emak air cekok lempoyang ni lah, bau lempoyang tu memang kuat baru hidu bau pun dah tahu pahit heheheh...
BalasPadamArwah nyai PC dulu rajin buatkan untuk anak,menantu dengan cucu-cucunya cuma biasanya cucunya yang lari bila di suruh minum..PC suka minum juga sebab boleh kurangkan bau badan,mengatasai masalah pucat juga.Sedap je sebenarnya.
BalasPadamTERBAIK KHASIAT HERBA CAMPURAN MESTI CEKAL HATI NK TELAN TU
BalasPadamDulu selalu dengar 'lempoyang', dan memang mak tanam di tepi rumah. Tak pernah digunakan, jadi tak tahu apa khasiatnya. Terima kasih Wak tambah info.
BalasPadamkunyit tu je yg uncle kenal.... hehe
BalasPadamBanyak khasiat tumbuhan herba..cuma sanggup diamalkan ataupun tidak ja..
BalasPadamwahhh akan rasa lapar aje ek kalo minum air ni...
BalasPadamWPPPP cekok lempuyang satukkkkkk hahaha... ala ala kedai mamak
BalasPadamNak ke anaknya minum tu.... mcm ngeri je hihi
First time tahu pasal ni. Info yg bagus.
BalasPadamKalau SA disua air ni memang sampai esok pagi la x luak tu..hehehe...
BalasPadamNumpang promo ya gan
BalasPadamkami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*