Kebanyakan pokok pulasan di dusun WP berbuah lebat kali ini. Cuma pokok-pokok pulasan ini dah lama tak dipangkas, jadi dahannya panjang mengejar cahaya matahari. Apabila beban terlalu berat sebahagian dahannya akan sekah. Selepas musim buah nanti, kena buat pemangkasan major untuk mengembalikan bentuk yang rendang.
Dahan utama sekah kerana beban yang berlebihan.
Pokok ini juga sekah, dahannya menyembah bumi.
Yang ini sekah tetapi masih bertahan
Buah yang hampir matang
Sebahagian buah pulasan menyembah bumi.
Sekah di atas.
Seminggu lagi bolehlah dituai.
Setangkai buah pulasan matang.
Tunduk hampir ke tanah.
Salam bertani.
Sedapnya..pulasan...pulas2 makan.
BalasPadamDah mula musim sekarang.
Padamsyg nya wak, semua pokok sekah... pulasan bila berbuah mmg puas makan, lebat sangat3
BalasPadamAda 3 - 4 pokok yang sekah sebab buahnya terlalu banyak.
PadamSedapnya pulasan....nak beli sekilo dua boleh...? Hahaha
BalasPadamBoleh aje
Padambuah pulasan berat kan WP, u yang senang sekah, tapi mana yang boleh bertahan tu senang lah WP nak tuai nanti.
BalasPadamSekah tu sebab dahannya panjang2.
PadamDulu2 tak sempat pangkas
Saya suka pulasan dari rambutan tapi susah nak cari pulasan yg longkah isinya
BalasPadamWak tanam ni pulasan klon
PadamIsinya memang longkah dan manis.
dah lama tak makan pulasan ni,susah nak jumpa pula
BalasPadamKat sini banyak tengah musim.
PadamBila cabang dahan sekah atau kopak ni..kadang ok pokoknya..kadang mati..dan kadang kalau hidup pun tak seperti sediakala..pokok cempedak di kampung lepas sekah terus merajuk tak nak berbuah langsung..kat rumah mertua PC..pokok rambutan sekah..terus mati pokoknya..sedihnya la..ni lagi buah tengah lebat tu..tapi bukan kehendak kita..ada hikmahnya.
BalasPadamPokok yang sekah biasanya pakcik akan buat pemangkasan major. In syaa Allah akan tumbuh tunas2 baru.
PadamOhhhh...emamng kena pangkas ye..patut tengok pak lang lepas habis je buah pulasan dia pu pangkas...
BalasPadamPokok rambutan dan pulasan memang kena pangkas selepas berbuah sebab kita tak mau pokoknya meninggi.
Padampulasan, adik beradik rambutan. hehe
BalasPadamMacam rambutan tapi daripada spesis yang berbeza.
PadamTanah wak berapa puluh ekar agaknya yek, macam2 buah ada, bestlah sangat nih.
BalasPadamSekilo pulasan rm5, adalah beberapa biji, tak dan puas makan. Kalo ada kebun cam wak ni kan best.
Taklah sampai puluhan ekar.
PadamCuma kalau boleh semua pokok wak nak tanam.
Dah lama tak makan pulasan. Rasanya dah 10 tahun lebih
BalasPadamOwh, kat sini setiap tahun ada musimnya.
BalasPadamlagi pun Wak tanam banyak pokok pulasan.
sedapnya buah pulasan. kat kelate ni tak femes mana buah ni ,tak nampak orang tanam pun ..
BalasPadamooo itu istilahnya ya....sekah...
BalasPadamWALAU POKOKNYA SEKAH BUAHNYA MASIH BERTAHAN SEHINGGA MATANG KOT
BalasPadamLebat NAU buahnya.. APA petua wak.semua pokok menjadi ye.. share laa
BalasPadamOwh.. kalau sekah begini lepas wak buat pemangkasan, pokoknya kembali bertunas cantik ye??
BalasPadam