Ada sepohon durian klon D2 di dusun WP yang berusia lebih 40 tahun dan sudah banyak kali berbuah. Walau pun berbunga lebat tetapi pokok ini biasanya menghasilkan buah yang tidak banyak kerana putiknya kurang menjadi. Cuma kali ini buahnya agak lebat juga. Buah durian D2 paling digemari kerana rasanya yang enak, sedikit pahit dan isinya yang tebal dan lembut.
Durian D2
Tuaian durian D2. Buahnya berwarna hijau semasa muda dan
bertukar lebih cerah apabila matang.
Mempunyai tangkai yang pendek dan besar.
Saiznya sederhana lingkungan 1.5 - 2 kg sahaja
Daging buah durian D2 yang dibuka.
Warnnya kuning terang dan isinya agak lembut.
Seulas sahaja.
Seulas lagi.
Makan seulas dah kenyang kerana dagingnya yang tebal
dan bijinya yang kesep.
Salam bertani.
Ini dapat sebiji pun puas makan.. tebal betul isinya..
BalasPadamya ampun wak... sedapnya dpt makan nh, tebal naw2 isi nya
BalasPadamWahh... sedap tu... WP guna baja apa ye?
BalasPadamBiasanya gunakan baja organik dan baja sebatian Yara Mila atau Nitrophoska.
Padamsaya tak makan durian...tapi bau durian fresh..memang sedap... suami pulak hantu durian....dia makan la dengan anak2...mama dia tukang sorak dah la
BalasPadamWak pun tak suka durian, cuma suka tanam.
PadamBiasanya menjamah makan untuk tahu kualiti buah dari pokok yang kita tanam, terutama buah sulung.
Ya Allah.Nikmat.Gebu isinya.
BalasPadamPakcik suka tenguk aje
PadamPn is3 yang habiskan makan.
saya ni kan, kalau tengokkan isinya yang kuning tu... huuuhh menitik air liur ni
BalasPadamSekarang memang orang kejar yang isinya kaler kuning2 gitu
PadamNama-nama durian. gred durian semua saya tak tau, yang saya tau ada duri tu namanya DURIAN. hihihihihihi
BalasPadamDurian klon berdaftar aje dah lebih 200jenis.
PadamSetipa durian kampung pula mempunyai gred dan kualiti yang berbeza.
Aduhaiiii...terus rasa teringin sanagt ni....la ni memang banyak orang jual durian kahwin yang agak mahal harganya..durian kampung macam dah habis musim...
BalasPadamMusim durian dah sampai penghujungnya sekarang.
PadamFuh terliur tengok buah durian tu
BalasPadamMemang sedap mal.
PadamWaduh....tengok ulas dan color dia. Memang meletop.😀😀😀
BalasPadamAllahu...sedapnya wak....tebal gila isi dia tu! biji pulak kecik ciput ajeeee
BalasPadamAlhamdulillah baru jer selesai cantum d2 ni..hehee
BalasPadamAde buat ank benih x dri d2 ni..
BalasPadamMaaf tak buat.
Padam