Rabu, 31 Julai 2019

Durian D2 Dato' Nina

Salam bertani

Ada sepohon durian klon D2 di dusun WP yang berusia lebih 40 tahun dan sudah banyak kali berbuah. Walau pun berbunga lebat tetapi pokok ini biasanya menghasilkan buah yang tidak banyak kerana putiknya kurang menjadi. Cuma kali ini buahnya agak lebat juga. Buah durian D2 paling digemari kerana rasanya yang enak, sedikit pahit dan isinya yang tebal dan lembut.


Durian D2


Tuaian durian D2. Buahnya berwarna hijau semasa muda dan
bertukar lebih cerah apabila matang.


Mempunyai tangkai yang pendek dan besar.
Saiznya sederhana lingkungan 1.5 - 2 kg sahaja

Daging buah durian D2 yang dibuka.
Warnnya kuning terang dan isinya  agak lembut.


Seulas sahaja.


Seulas lagi.


Makan seulas dah kenyang kerana dagingnya yang tebal
dan bijinya yang kesep.
Salam bertani.

21 ulasan:

  1. Ini dapat sebiji pun puas makan.. tebal betul isinya..

    BalasPadam
  2. ya ampun wak... sedapnya dpt makan nh, tebal naw2 isi nya

    BalasPadam
  3. Wahh... sedap tu... WP guna baja apa ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Biasanya gunakan baja organik dan baja sebatian Yara Mila atau Nitrophoska.

      Padam
  4. saya tak makan durian...tapi bau durian fresh..memang sedap... suami pulak hantu durian....dia makan la dengan anak2...mama dia tukang sorak dah la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak pun tak suka durian, cuma suka tanam.
      Biasanya menjamah makan untuk tahu kualiti buah dari pokok yang kita tanam, terutama buah sulung.

      Padam
  5. Balasan
    1. Pakcik suka tenguk aje
      Pn is3 yang habiskan makan.

      Padam
  6. saya ni kan, kalau tengokkan isinya yang kuning tu... huuuhh menitik air liur ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang memang orang kejar yang isinya kaler kuning2 gitu

      Padam
  7. Nama-nama durian. gred durian semua saya tak tau, yang saya tau ada duri tu namanya DURIAN. hihihihihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Durian klon berdaftar aje dah lebih 200jenis.
      Setipa durian kampung pula mempunyai gred dan kualiti yang berbeza.

      Padam
  8. Aduhaiiii...terus rasa teringin sanagt ni....la ni memang banyak orang jual durian kahwin yang agak mahal harganya..durian kampung macam dah habis musim...

    BalasPadam
  9. Fuh terliur tengok buah durian tu

    BalasPadam
  10. Waduh....tengok ulas dan color dia. Memang meletop.😀😀😀

    BalasPadam
  11. Allahu...sedapnya wak....tebal gila isi dia tu! biji pulak kecik ciput ajeeee

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah baru jer selesai cantum d2 ni..hehee

    BalasPadam
  13. Ade buat ank benih x dri d2 ni..

    BalasPadam